6 Punca Utama Diri Menjadi Kuat Tidur

6 Punca Utama Diri Menjadi Kuat Tidur


6 Punca Utama Diri Menjadi Kuat Tidur


1) Kencing Manis

Awas dengan penyakit berbahaya ini sekiranya kamu selalu mengalami keletihan dan kerap mengantuk. Apabila kadar di dalam gula tinggi dalam darah, tenaga tidak dapat dihasilkan dengan baik.

Penghidap kencing manis akan muda menjadi letih dan tidak bermaya. Jika sudah mengalami kencing manis solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan 10 peratus, risiko untuk mengalami kencing manis akan berkurangan separuh.


2) Kurang Darah Merah

Perhatikan tahap kesihatan darah kamu dan pastikan kamu bebas daripada penyakit anemia. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan kamu berada dalam keadaan berisiko.

Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruhan organ. Lemah, sesak nafas dan sering berdebar-debar merupakan simptom penyakit Anemia. Oleh itu, segeralah berjumpa doktor sekiranya kamu mempunyai simptom-simptom ini.


3) Pengambilan Kafein

Kafein membantu kamu untuk segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila kamu mengambil dos yang tidak keterlaluan. Tetapi, sekiranya kamu mengambil terlalu banyak kafein dalam sehari, ia akan menyebabkan kadar degupan jantung kamu bertambah laju dan menyebabkan tekanan darah meningkat serta bada menjadi cepat letih.


4) Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Sebenarnya tekanan bukan sekadar emosi sahaja tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal. Lemah, sakit kepala dan hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

Lakukan perkara-perkara yang dapat mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada Tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan juga, sebaiknya kamu mendapatkan nasihat daripada pakar psikiatri.

5) Tidak Cukup Tenaga

Makan terlalu sedikit akan menyebabkan badan kamu menjadi lemah. Sebenarnya pemakanan yang seimbang dapat membantu kamu untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras gukosa menjadi rendah, kamu akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Oleh itu, ambillah sarapan yang ringkas setiap hari supaya tenaga kamu dapat dibekalkan di waktu pagi kerana pada waktu ini badan kamu sangat memerlukan tenaga yang tinggi.

6) Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan kamu kurang minum air. sama ada kamu melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan sangatlah memerlukan air. Apabila kamu berasa dahaga itu bermakna kamu sedang didehidrasi. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan liter sehari untuk memberi tenaga dan mengurangkan dehidrasi sepanjang hari.

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Jumaat, September 30, 2016 12:32:00 PTG delete

kite kuat tidow..hobi kite adalah tidow..hahaha

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon