9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia

Leave a Comment

9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia


9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia

9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia | Kesetian amat penting dalam setiap hubungan dan memang sukar untuk mengukur sejauh mana si dia setia terhadap kamu.

Cuba kamu teliti dan perhatikan perangai dan tindakan si dia dalam menjalinkan hubungan cinta bersama kamu. Adakah si dia berkelakuan seperti ini? Jika ada, maka dia merupakan seorang yang setia dan jangan lepaskan!

1. Membimbing dan melindungi

Tanda paling ketara jika kekasih kamu merupakan seorang kekasih yang setia adalah apabila si dia boleh membimbing dan melindungi kamu.

Dalam sesebuah hubungan, si dia merupakan ketua dan pemimpin. Jadi apabila bersama, si dia seharusnya membimbing kamu ke arah kebaikan demi hubungan cinta kamu dan dia.

 

2. Menghormati dan menghargai

Kamu juga perlu tahu bahawa kekasih yang setia tidak akan menjadikan temannya sebagai seorang 'orang suruhan' seolah-olah hanya dia yang berkuasa.

Si dia perlu menghargai setiap pendapat dan perbezaan yang kamu berikan. Pada masa sama, si dia juga turut menghormati dan menjaga kamu sebaik mungkin. Si dia tidak akan berkasar sama ada dari segi perbuatan atau percakapan.

3. Jujur

Si dia juga akan jujur dalam setiap tindakan dan percakapannya. Si dia akan sentiasa memberitahu kamu perkara yang sebenar kalau si dia telah melakukan kesilapan tanpa apa maksud yang negatif.

Si jejaka tidak akan selalu mencari 'approval' darimu dengan cara memberikan pujian. Sebaliknya, dia tetap akan mengkritik sekiranya kamu telah melakukan kesalahan.

Ya, memang benar. Pujian amat penting untuk menaikkan semangan tetapi kamu harus tahu bahawa kritikan juga penting untuk dijadikan kamu sebagai gadis yang lebih baik untuk masa depan kamu berdua.

4. Bersyukur

Lelaki yang setia adalah lelaki yang tahu bersyukur. Dia akan merasa puas dengan apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dimilikinya.

Ini kerana si dia percaya bahawa semua yang diperolehnya itu adalah hasil uasaha kerasnya sendiri. Ini termasuklah dalam hubungan, dia akan sentiasa berusaha agar hubungan kamu terus baik dan rapat.

 5. Menepati janji

Jika sesekali dia terlambat tiba untuk janji temu, kamu cubalah untuk bertolak ansur. Akan tetapi, kamu juga perlu tahu bahawa lelaki yang setia akan tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.

Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa si dia benar-benar menghargai dan menjaga komitmen cinta yang sedia terjalin. Jika si dia terlewat, dia akan mengajak kamu berbincang dan akan berterus terang untuk mencari penyelesaian.

 

 6. Tidak memberontak dan tidak dahagakan perhatian

Lelaki yang setia tidak akan memberontak dan tidak terlalu dahagakan perhatian. Dia tidak akan meminta-minta atau mencari pujian daripada gadis lain semata-mata mahu memastikan dia cukup tampan atau selayaknya untuk menjadi teman istimewa kamu.

7. Selesa dan yakin

Lelaki yang setia akan berasa selesa dan yakin dengan kemampuan dirinya. Dia sentiasa tahu apa yang harus dilakukan ketika kamu atau si dia menghadapi masalah.

Paling penting, si dia percaya bahawa dia mampu menyelesaikan masalah tersebut.

8. Bukan jenis yang suka mencuba

Si dia punca cita rasa tersendiri dan yakin dengan apa yang dimahukan. Si dia juga bukan jenis lelaki yang suka 'cuba-cuba' dengan mengurat gadis-gadis lain.

Dia tidak akan sanggup unutk korbankan hubungannya demi orang yang baru dikenalinya. Selain itu, si dia juga yakin dengan pilihan hatinya serta tidak akan goyah dan ragu sekalipun dipuji dengan pelbagai rintangan dalam perhubungan.

9. Bijak mengawal emosi

Si dia mungkin mudah marah saat egonya tercabar. Akan tetapi, kriteria lelaki yang setia juga adalah bijak mengawal emosi serta tidak mudah melenting.

Lelaki perlu thau apakah perkataan yang harus dicakapkan ketika sedang marah, lalu mencari jalan terbaik untuk menyalurkan emosi tersebut. Ketahuilah kebanyakkan lelkai lebih suka diam dan mengalah kerana mereka tidak ingin bertengkar dengan orang paling disayangi.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...