CARA MENANGANI PERASAAN CEMBURU PADA PASANGAN

CARA MENANGANI PERASAAN CEMBURU PADA PASANGAN


CARA MENANGANI PERASAAN CEMBURU PADA PASANGAN

1) Kawal penggunaan handphone. Kalau bercakap dengan pasangan seminit dua dah penat, tapi bercakap dengan orang lain sampai 15-20 min selamba saja. Dari dapur sampai bawa masuk toilet mandi, keluar toilet sambung lagi. Macam mana pasangan tak jeles? Alat komunikasi untuk mendekatkan yang jauh tapi jangan sampai menjauhkan yang dekat.

2) Sentiasa ungkapkan perkataan sayang, cinta, rindu pada pasangan dua tiga kali sehari. Peluk dan cium pasangan setap kali pergi dan balik kerja. Hantar sms ungkapan sayang setiap beberapa jam sekali supaya pasangan rasa dihargai.

3) Kenalkan pasangan pada sahabat dan rakan baik supaya mereka tahu siapa siapa pasangan anda dan kurangnya perasaan cemburu pada pasangan.

 

4) Lihat semula gambar-gambar lama bersama seperti gambar semasa bertunang, nikah, masa anak 1 dan seterusnya untuk mengembalikan nostalgia dan mengeratkan kasih sayang.

5)Tidak pilih kasih pada mertua. Sentiasa bersikap adil dan tidak membezakan antara ibu bapa sendiri dan mertua. Sentiasa menjenguk keluarga mertua.

6) Para suami tolong isteri buat kerja rumah. Suami jangan terlalu taksub dengan TV, handphone, whatsapp grup, Ringankan tulang menolong isteri sebab membantu isteri adalah sunnah Rasulullah. Rasulullah sendiri kerja teruk di luar, tapi bila balik ke rumah baginda tolong isteri bantu jaga anak, memasak dan baju koyak pun sendiri yang jahit.


7) Berhenti main game baik di handphone, gadjet mahupun ps3, ps4 once dah berkahwin sebab tak mendatangkan faedah. Lebih baik menghadap muka pasangan, makan bersama dan membantu pasangan dari bermain game.

8) Sentiasa mengajak pasangan mengikuti aktiviti kita diluar supaya pasangan tahu apa yang pasangan mereka lakukan di luar. Walaupun pasangan tidak gemar tetapi at least dia tahu apa yang kita buat.

9) Sentiasa mengawal batas pergaulan di media sosial. Janganlah memuji kecantikan dan kelebihan orang lain tetapi tidak pernah memuji pasangan sendiri.

10) Sentiasa duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati apa yang kita dan pasangan suka atau tidak. Pasangan sangat tidak suka apabila pasangan mereka berwhatsapp dan berkomunikasi dengan lelaki atau perempuan lain secara sembunyi di belakang pasangan. Elakkan CURANG!

Bila adanya pengorbanan, kesungguhan dan dan kasih sayang dari pasangan maka kuranglah perasaan cemburu pada pasangan. Cemburu itu perlu tapi jangan sampai melampaui batas.

Sumber :(DMFK INSPIRASI SINAR)
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon