Makanan Untuk Tambah Darah

Makanan Untuk Tambah Darah


Makanan Untuk Tambah Darah | Cegahlah sebelum terlambat. Mungkin anda boleh mengubah segala-galanya dengan cara pemakanan yang sihat. Perhatikan beberapa jenis makanan yang baik untuk menghindari anemia. Ada kalanya boleh membawa maut.

Makanan Untuk Tambah Darah

1. Makanan laut/ikan

Ikan bukan sahaja kaya dengan lemak omega-3. Tetapi ikan juga kaya dengan zat besi yang baik untuk tubuh. Jadi banyakkan pengambilan ikan dalam menu seharian anda.


2. Daging merah

Daging merah adalah makanan yang paling baik untuk menambah darah dalam tubuh. Pengambilan yang konsisten boleh menambahkan hemoglobin. Tetapi harus diingat jangan pula mengambil daging merah yang berlemak. Dibimbangi darah bertambah kolesterol juga turut sama meningkat.


3. Beras perang

Beras perang memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia boleh menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol dan juga gangguan pencernaan. Tahukah anda bahawa darah merah juga mempunyai zat besi yang banyak iaitu dapat meningkatkan hemoglobin.


4. Hati lembu

Hati lembu antara makanan yang sangat kaya dengan zat besi. Dengan 100 gram hati lembu ia mengandungi hampir 9mg zat besi.


5. Strawberi

Strawberi bertindak dengan dua keadaan iaitu ia membekalkan sumber zat besi yang tinggi. Mereka yang suka memakan strawberi akan mempunyai kelebihan pada tubuh.


6. Bayam

Selain dapat meningkatkan hemoglobin bayam juga mampu mengelakkan kanser dengan cara memperlambatkan pertumbuhan sel.


* Jadi sentiasalah amalkan kesemua jenis makanan ini ke dalam menu harian anda. pastinya mampu mengurangkan risiko alami anemia.

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon