PANDUAN TERKINI CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA HAJI AIDILADHA / KORBAN

Leave a Comment

PANDUAN TERKINI CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA HAJI AIDILADHA / KORBAN 


PANDUAN TERKINI CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA HAJI AIDILADHA / KORBAN

Solat hari raya Iduladha dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir

Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai 

Khutbah Iduladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua 

Berikut sertakan panduan terkini dan cara menunaikan Solat Sunat Hari Raya Haji/Korban atau Aidiladha 

TATACARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 
Bahasa rumi: Usalli sunnatan Eidil Adha rak’ataini makmuman lillahi ta’ala 



Bacaan Tasbih 

Rakaat Pertama 
1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati 
2. Membaca doa iftitah 
3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih 
4. Membaca surah al- Fatihah 
5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa) 
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama 

Rakaat Kedua 
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua) 
2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih 
3. Membaca surah al-Fatihah 
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah) 
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua 
6. Memberi salam

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...