Petua Hilangkan Derita Sakit Tekak

1 comment

Petua Hilangkan Derita Sakit Tekak



Punca Sakit Tekak

Sakit tekak biasanya disebabkan oleh dijangkitan virus dan pantogen bakteria. Virus biasanya akan sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu manakala pantogen bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik.Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.


Tanda-tanda Sakit Tekak

- Gatal di bahagian tekak.
- Mata dan hidung berair.
- Suhu badan meningkat.
- Sakit-sakit badan.
- Sakit kepala.
- Sesak nafas.
- Rasa sakit semasa menelan makanan.
- Loya dan muntah.


Rawatan Hilangkan Sakit Tekak

- Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak.
- Ubatan jenis cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.
- Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.
- Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.


Petua Tradisional Hilangkan Sakit Tekak

1) Kumur Dengan Air Garam
- Ambil segelas air dan masukkan sesudu garam. Kacaukan sehingga larut lalu berkumur. Air garam dipercayai mampu menjadi penawar sakit tekak dan mengurangkan radang sakit tekak.

2) Jus Timun
- Kisarkan timun sehingga menjadi jus. Jus timun boleh mengurangkan gatal-gatal di bahagian tekak.

3) Air Limau & Madu
- Ambil segelas air suam dan campurkan perahan limau nipis. Kemudian tambahkan sesudu kecil madu lebah. Minum campuran ini 3 kali sehari.

4) Air Asam Jawa
- Segelas air suam, dicampur dengan asam jawa. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...