Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

Leave a Comment

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian


Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

1)Tititskan sedikit cuka ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan untuk beberapa minit kemudian gosok-gosok dengan jari di atas kesan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi kesan dakwat. Selepas itu cuci pakaian tersebut seperti biasa.

2) Campurkan sedikit garam halus dan beberapa titis jus limau nipis ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan beberapa minit sebelum anda gosokkan dengan jari ke atas kesan dakwat. Ulangi beberapa kali untuk menghilangkan kesemua kesan dakwat. Kemudian barulah cuci pakaian tersebut seperti biasa.

3) Ambil sedikit susu tepung dan bancuh dengan air. Sapukan bancuhan susu itu ke atas kesan dakwat dan biar sehingga kering. Selepas itu cuci pakaian tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan kesan susu.

4) Selain itu anda juga boleh sembur penyembur rambut pada kesan dakwat di pakaian anda. Biarkan kering. Kemudian ambil sebaldi air dan tuangkan beberapa titis cuka. Rendamkan pakaian tersebut untuk beberapa minit. Kemudian barulah cuci dengan air bersih.

Biarpun Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian ini nampak mudah dilakukan, tetapi harus diingatkan kemungkinan ada jenis fabrik yang tidak sesuai untuk mengunakan petua-petua ini.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...