Sinopsis Abang Bomba I Love You

Leave a Comment

Sinopsis Abang Bomba I Love You


Sinopsis Abang Bomba I Love You


Kau membakar jiwaku tapi kau juga memadamnya.

Takdir mempertemukan Lily dan Rayqal apabila nyawa Lily pernah diselamatkan oleh Rayqal beberapa kali dalam operasi menyelamat membuatkan Lily menganggap lelaki itu adalah superhero dalam hidupnya. Kehadiran Rayqal banyak memberi inspirasi dan kekuatan buat Lily untuk bangkit demi masa depan namun hubungan mereka tidak lebih umpama adik dan abang.

“Abang dah banyak berkorban tenaga, jiwa dan nyawa berbakti pada masyarakat. Kalau tak ada orang yang menghargai abang, tak salahkan kalau Lily jadi orang yang pertama?”- Lily

“Siapa pun ada di tempat Lily, abang akan selamatkan sebab dah jadi tugas abang. Tak perlulah rasa terhutang budi dengan abang.” - Rayqal


Lily sentiasa dicemburui dan didendami oleh Mawar, kakak kandungnya sendiri yang sanggup lakukan apa saja untuk merampas apa yang Lily ada. Akhirnya dia berjaya membuatkan Rayqal jatuh cinta padanya dan merosakkan hubungan baik antara Rayqal dan Lily kerana fitnahnya. Memiliki Rayqal adalah satu kemenangan besar buat Mawar kerana dia tahu Lily mencintai lelaki itu.

“Akak akan berkahwin dengan Rayqal dan hidup bahagia sampai bila-bila. Dan itu yang akan Lily saksikan sampai akhir hayat Lily. Hahaha...” – Mawar

“Lily minta maaf, Lily dah jatuh cinta dengan abang tanpa Lily sedar. Tapi Lily janji, sebaik saja Lily pulang nanti, perasaan cinta ni akan terkubur sampai bila-bila. Lily doakan abang bahagia bersama Kak Mawar. Buat kali terakhir Lily nak ucapkan, abang bomba, I love you!” - Lily

Sekuntum Lily tiada seri tapi bersih, suci dan sejati. Mawar, mekar mewangi dan mempesona tapi durinya sungguh menyakitkan. Dan Rayqal, terpedaya.

Mampukah pemergian Lily selama 5 tahun di perantauan dapat memadam cinta buat Rayqal, bakal abang iparnya sendiri? Kuatkah Lily menyaksikan kebahagiaan insan tersayang di depan mata selepas kepulangannya nanti?



JUDUL : ABANG BOMBA I LOVE YOU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : MP Roslin Md Sharif
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Amira Othman, Nadya Syahera, Jaslin Puasa, Kazar Saisi, Fikhree Bakar, Roy Azman, Najua Pramlee, Kuna Muzani, Rosnah Johari

SweetMuslimah.com

WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Rayqal
Amira Othman sebagai Lily
Nadya Syahera sebagai Mawar
Jaslin Puasa sebagai Haziq
Najua Pramlee sebagai Wani

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...