Sinopsis Drama / Novel Suri Hati Mr Pilot

1 comment

Sinopsis Drama / Novel Suri Hati Mr Pilot

Suri Hati Mr Pilot merupakan novel yang di adaptasi dari karya novelis Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Akan menemui penonton di Astro Ria saluran 104 & HD 123 pada bulan Oktober nanti.


Sinopsis

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang

menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus

bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”



A photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren


WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Ejaz
Neelofa sebagai Warda
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan

 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...