Sumber Ayu Produk Penjagaan MISS V Wanita

Sumber Ayu Produk Penjagaan MISS V Wanita



Bahagian intim merupakan salah satu aset penting wanita yang perlu penjagaan khas. Penjagaan khas ini sangat penting kerana bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalankan aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan dan rasa tidak selesa pada kawasan Miss V. Reen yakin, setiap wanita sangat menitik beratkan kebersihan di bahagian intim mereka.

Penjagaan Miss V ni Reen dah mula dari zaman sekolah lagi, dari zaman remaja sehingga lah zaman wanita Reen.. Dari zaman mula-mula naik dara (period), Reen risau macam mana nak jaga bahagian intim dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan.. Masa tu, Reen kurang dapat pendedahan cara penjagaan dan kebersihan miss V.. hanya bilis dengan air je.. huhuhu.. memang dapat di rasakan rasa kurang selesa walaupun di bilas dan di cuci lama dengan air dan sabun.. 

Sangat penting seseorang gadis remaja dan wanita menjaga bahagian intim mereka dari terdedah dari sebarang risiko jangkitan.. Dengan adanya PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU, yang diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan.

Dengan wajah baru dan bahan utama iaitu ekstrak Daun Sirih yang di pertingkatkan dalam Pembersihan Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Dan formula ini diperhebatkan dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran yang berpanjangan.

Yang penting Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu di perakui HALAL oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna MUSLIMAH.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam enam rangkaian wangian yang menarik dan pelbagai. Reen telah mencuba 3 rangakaian iaitu MUSH, ORCHID dan FRUITY..

1) Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu MAWAR
Wangian mawar mekar yang manis memberi aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.

2) Pemberish Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu FLORAL
 Kombinasi percikan aroma pelbagai  bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

3) Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu GAMBIR
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Sumber Ayu Produk Penjagaan MISS V Wanita

4) Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu MUSH
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Variasi ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman potchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Sumber Ayu Produk Penjagaan MISS V Wanita

5) Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ORKID 
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Sumber Ayu Produk Penjagaan MISS V Wanita

6) Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu FRUITY
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sirih Sumber Ayu boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).

Rangkain penjagaan kebersihan berkualiti Sumber Ayu ini di bawa kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk Sumber Ayu ini boleh didapati di semua pasaraya utama dan farmasi.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon