Tip Menghindari Semut Dengan Bahan Semulajadi

2 comments

Tip Menghindari Semut Dengan Bahan Semulajadi

Tip Menghindari Semut Dengan Bahan Semulajadi

Tip Menghindari Semut Dengan Bahan Semulajadi | Semut, haiwan yang sangat unik.. kita selalu perhaikan sikap kerjasama mereka sangat kuat.. Saling membantu.. Satu contoh sikap yang sangat baik.. Namun begitu, semut sangat cepat tertarik dengan makanan atau minuman... cebisan roti yang sedikit sahaja sudah mampu menarik perhatian ratusan semut.. 

Terdapat beberapa tip untuk menghindari semut :

1) Jus Lemon - Semburkan jus lemon yang diperah ke tempat yang yang dilalui semut. Mungkin kerana rasa dan baunya, semut akan menjauhi tempat itu!

2) Kulit Kayu Manis - Cari punca laluan semut, dan letakkan kulit kayu manis disitu. Atau, semburkan minyak dari pati kulit kayu manis di pintu, tingkap, lantai dan tempat lain bagi mengelakkan kehadiran semut.

3) Daun Pudina - Gunakan minyak dari pati daun pudina a.k.a peppermint dan semburkan disekitar tingkap dan pintu atau tempat masuk semut. Bukan sahaja semut akan lari, baunya juga sangat menyegarkan.

4) Campuran Borax, Air dan Gula - Borax atau Sodium Borate biasa didapati dalam industri runcit dan digunakan sebagai campuran kimia. Boleh didapati dalam bentuk serbuk atau kiub. Campurkan borax dengan air dan gula hingga menjadi seperti paste dan letakkan di atas kepingan kad keras. Letakkan kad tersebut di tempat masuk semut. Semut akan memakan paste tersebut dan membawa balik ke koloni mereka dan akan hilang selepas itu.

5) Air Mendidih dan Sabun Pinggan - Jika anda menjumpai koloni semut a.k.a sarang semut di luar rumah atau didalam rumah anda, antara cara efektif utk memusnahkan adalah dengan menyiram air mendidih yang telah dicampur dengam sabun basuh pinggan ke atas sarang semut tersebut.

6) Kapur - Lukiskan garisan di atas lantai atau meja dengan kapur dan semut tidak akan melintasinya! Atau boleh juga letakkan serbuk kapur di tempat semut masuk.

7) Biji Kopi - Letakkan biji kopi di celahan atau rekahan tempat semut keluar dan masuk. Mereka tidak akan kembali disitu dan akan keluar mencari 'tempat laluan' lain.

8) Cuka - Mop lantai atau bersihkan meja anda dengan campuran air dengan cuka. Masalah semut pasti akan hilang!

9) Doa Nabi Sulaiman untuk Menghalau Semut..
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s,
Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yang sentiasa berzikir kepadaNya.
Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"

Selamat mencuba...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...