TIPS MEMILIH PRODUK PENGHALAU NYAMUK

Leave a Comment

TIPS MEMILIH PRODUK PENGHALAU NYAMUK

TIPS MEMILIH PRODUK PENGHALAU NYAMUK

Terdapat banyak jenis produk yang dikatakan boleh menghalang gigitan nyamuk. Secara amnya ada dua kategori produk. Jenis yang pertama adalah losyen/cream/spray yang disapu di permukaan kulit. Jenis kedua adalah dalam bentuk alat seperti gelang atau sticker/patch yang ditampal di bahagian badan tertentu.

Produk juga bergantung kepada bahan aktif yang digunakan untuk menghalau nyamuk. Bahan aktif bagi penghalau nyamuk ini juga boleh dibahagikan kepada bahan sintetik dan bahan ekstrak tumbuhan.

Contoh bahan aktif sintetik:
1. Diethyltoluamide (DEET)
2. Picaridin
3. Ethyl butylacetylaminopropionate

Contoh bahan ekstrak tumbuhan:
1. Citronella
2. Eucalyptus
3. Peppermint

Oleh kerana terdapat puluhan produk di pasaran yang menganduni pelbagai bahan aktif dan juga formulasi, agak sukar untuk mendapatkan jawapan tentang produk mana yang paling berkesan.

Secara teorinya, produk seperti losyen dan spray yang dipakai di atas kulit akan memberikan perlindungan yang lebih berbanding produk dalam bentuk gelang dan sticker/patch. Ini disokong oleh satu kajian yang menunjukkan penggunaan gelang hanya dapat mengurangkan nyamuk hinggap di kawasan tangan dan lengan sahaja 

(1). Ini menunjukkan walaupun bahan aktif pada gelang tersebut dapat menghalau nyamuk, ia tidak cukup untuk melindungi seluruh badan. Bahan aktif juga memainkan peranan untuk perlindungan. Bahan aktif yang paling terbukti berkesan berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan adalah DEET .

(2). DEET juga telah diuji selamat dan tidak akan mendatangkan bahaya kepada pengguna sekiranya dipakai mengikut aturan. Bahan sintetik lain juga turut mempunyai bukti keberkesanan yang tinggi.

(3). Bahan ekstrak tumbuhan juga didapati berkesan untuk menghalang gigitan nyamuk. Namun begitu, akibat dari kepalbagaian bahan dan formulasi, tidak dapat dipastikan secara jelas samaada ia setanding atau tidak dengan bahan aktif sintetik lain yang dicadangkan oleh Centers for Disease Control and Prevention 

(4). Kebanyakan kajian menunjukkan formulasi yang menggunakan ekstrak tumbuhan ini hanya memberikan perlindungan sekitar 30 minit sehingga 1 jam sahaja 

(5). Namun begitu harus diingatkan bahawa tempoh perlindungan ini sangat bergantung kepada formulasi dan mungkin berbeza antara satu produk dengan yang lain walaupun mempunyai bahan aktif yang sama.

Oleh yang demikian, saranan kami adalah:

1. Pilih produk dalam bentuk losyen dan spray untuk perlindungan yang lebih tinggi. Produk dalam bentuk gelang dan sticker/patch boleh digunakan sebagai perlindungan tambahan. 
2. Sapukan losyen/spray ke bahagian kulit yang terbuka. Pastikan kulit kering dan bersih sebelum menyapu produk tersebut. 
3. Sekiranya anda luka atau mempunyai masalah kulit, elakkan dari menyapu produk di kawasan tersebut.
4. Sesetengah orang mungkin alah terhadap bahan dalam produk. Kulit mungkin terasa pedih atau gatal. Sekiranya ia berlaku, cuci dengan air yang banyak dan hentikan penggunaannya. 
5. Kebanyakan produk akan memaklumkan jangkamasa perlindungan bagi setiap kali aplikasi. Baca label produk dengan betul. Sapu semula produk sekiranya waktu perlindungan telah tamat. 
6. Gunakan produk bila perlu sahaja. Sekiranya anda sudah berada di rumah, cuci kawasan yang disapu sehingga bersih.

Suka kami ingatkan sekali lagi penggunaan produk penghalau nyamuk hanyalah tindakan sementara yang tidak dapat menyelesaikan punca masalah zika. Lungkan masa setiap hari untuk mengenalpasti dan menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan rumah.

Tiada aedes, tiada zika, tiada denggi.

Sumber :
Fahmi Hassan (F. H. Abad)
Pegawai Farmasi
Medical Mythbusters Malaysia
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...