Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea

4 comments

Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea 


Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea

Baru-baru ni Reen ada terbaca komen dari kawan facebook yang mengatakan drama Patah Sebelah Sayap, jalan cerita sama seperti sebuah drama Korea iaitu Secret (2013).. Kalau nak tahu sama ada jalan cerita sama atau tidak, korang boleh lah tonton kedua-dua drama ni... Sebagai penonton, korang boleh nilai sendiri tentang drama ni.. kalau suka teruskan menonton, kalau tak suka kritik lah dengan berhemah...

 

Drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bertajuk Patahnya Sebelah Sayap akan bersiaran pada 20 September ini setiap Isnin hingga Rabu di TV3. Antara pelakon yang membintangi Aeril Zafrel sebagai Khuzairi, Izzue Islam sebagai Amzar dan Ummi Nazeera sebagai Alisha.

INFO DRAMA
Pengarah: Ayie Mustafa
Terbitan: Creative Skill Solution
Tarikh: 20 September 2016
Jumlah episod: 15
Lagu tema: Hancur - Estranged ft Fazura

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan.

Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

 

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya.

Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar

Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Sama eh.. Tak tengok lagi kedua2 cerita nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. try tgk yg korea punye sbelum malay punye..sementara nak tggu malay abis tayang..mmg best and sedih yg korea punye..rase kejam sgt jek nasib prempuan tuh..

      Padam
  2. Dekat nk sama..suka korea lg sb masa kat penjara ad mcm2 kisah...dan lg sedih

    BalasPadam
  3. Dekat nk sama..suka korea lg sb masa kat penjara ad mcm2 kisah...dan lg sedih

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...