Apa Ciri-Ciri Pasangan Yang Romantik

Leave a Comment

Apa Ciri-Ciri Pasangan Yang Romantik


Apa Ciri-Ciri Pasangan Yang Romantik

Romantik.. semua wanita ingin kan pasangan yang romantik tetapi definasi romantik bagi setiap orang tak sama.. Ada yang kata romantik tu bila pasangan memberi hadiah dan bunga, ada yang kata bila pasangan bawa makan malam yang romantik, ada yang kata pasangan yang kelakar itu romantik dan ada yang kata apa saja yang pasangan kita lakukan memang romantik...

Ada pasangan suka menunjukkan sikap romantik yang berlebihan dan apa pasangan suka sikap romantik yang bersederhanaan.. 

Hmmm.. lain orang lain pandangannya kan...

 

Antara ciri-ciri romantik yang harus kamu ketahui:

Berikan Kejutan Kepada Si Dia
  • Wanita sebenarnya suka akan kejutan. Berikanlah mereka dengan kejutan sekali sekala. Jangan sering melakukan kejutan kepada mereka. Ia akan membuat mereka lali dengan setiap kali kamu lakukan.
  • Kejutan yang kamu boleh lakukan untuk si dia, mungkin kamu boleh menunjukkan bakat terpendam kamu kepada si dia. Pastikan kejutan itu akan membuat si dia lebih ceria. Jika sebaliknya kamu harus mempunyai rancangan kedua agar tidak mengeruhkan keadaan ketika itu. Sentiasa berwaspada!


Selalu Memberi Pujian
  • Wanita suka apabila pasangan mereka memberi pujian. Pujian daripada kamu amat berbeza dengan pujian daripada teman atau orang sekelilingnya. Sesuatu yang keluar daripada mulut kamu menentukan sama ada hari dia akan menjadi lebih baik atau sebaliknya kerana ia menganggapkan kamu adalah teman istimewa dalam hidupnya. Berhati-hatilah ketika bercakap!


Pujuk Si Dia Apabila Merajuk
  • Perkara ini ramai yang memberi alasan, 'tidak tahu pujuklah', 'tak reti pujuklah'. Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya alasan seperti ini adalah tidak membantu kamu dalam menyelesaikan masalah dalam hubungan. Jika kamu tidak tahu untuk memujuk, jadi belajarlah untuk memahami apa yang si dia suka. Perkara itu boleh dijadikan sebagai pujukan kepada si dia untuk kembali ceria!
  • Jangan kamu sesekali untuk tidak memujuk dia. Ia kerana akan membuat si dia senang untuk hidup sendiri tanpa memerlukan orang lain. Jika berlaku pertelingkahan dalam hubungan, pasti akan sukar buat kamu untuk menerangkan apa perkara yang sedang berlaku ketika itu. Baginya tidak perlu untuk si dia ketahui semua itu kerana si dia sudah tahu untuk hidup sendiri. Jadi, belajar la untuk memujuk dan kamu tidak rugi apa-apa!


Membawa Ke Tempat Romantik
  • Dalam hubungan, jangan kamu sering membawa si dia ke tempat yang dia tidak suka. Bawalah dia ke tempat yang romantik seperti makan malam di sebuah restoran. Tidak perlu mahal untuk menunjukkan romantik itu, cukup sekadar suasana tenang dan tempat yang menarik sudah dapat menarik perhatian si dia terhadap kamu.
  • Jangan kamu sesekali membawa si dia ke tempat yang padat dan bising. Ia akan memberi tamparan kepada emosi si dia untuk menjadi sebaliknya. Emosi wanita senang berubah berbanding dengan lelaki. Jadi berhati-hati ketika memilih tempat dan banyakkan teroka!


Jadilah Pendengar Setia
  • Ketika si dia mengalami hari yang indah atau sebaliknya, pasti si dia akan menceritakan apa yang berlaku ketika itu. Maka, sebagai lelaki budiman dan romantik, kamu haruslah dengar cerita apa yang diceritakan itu walaupun bagi kamu ia adalah remeh atau agak membosankan. Wanita mencari pendengar cerita mereka kerana mereka hanya ingin seseorang ketahui apa yang mereka alami ketika itu. Jika si dia berceritakan kepada kamu, kamu amat bertuah kerana bukan senang si dia untuk menceritkan sesuatu kepada orang lain walaupun teman baik sendiri!


Jadilah Seorang Yang Menghiburkan

  • Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak kamu ataupun cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar dengan kamu. Ia akan membuat si dia lebih aktif dan suka keluar dengan kamu. Tidak perlulah kamu sering membawa si dia ke pangung wayang atau taman tema untuk berhibur. Lama-lama ia akan menjadi bosan kepada si dia dan silap haribulan kamu turut berasa perasaan yang sama!

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...