Cara Pagar Rumah, Kedai, dan Pejabat

Cara Pagar Rumah, Kedai dan Pejabat


Cara Pagar Rumah,Kedai,dan Pejabat

Cara Pagar Rumah, Kedai,dan Pejabat | Anda baru beli rumah,baru masuk rumah sewa, rumah yang ada duduki selama ini tiba-tiba rasa seakan ada makhluk lain yang cuba menganggu, ahli keluarga anda selalu mengadu tidak boleh tidur, di tindih atau nampak sesuatu atau anda rasa suasana dalam rumah anda tidak seperti sebelumnya. Pertama sekali pastikan rumah anda bebas tangkal, tak kiralah pelaris ke, ibu duit ke, minyak pengasih ke, sila kumpulkan dan musnahkan terlebih dahulu. Musnahkan barang-barang tersebut dengan air yasin selama 1 hari diluar rumah. Kemudian anda boleh bungkus masuk dalam plastik dan ditanam, dibakar atau dibuang ke sungai yang jauh dari kawasan rumah.


Kaedahnya:

1. Buka semua pintu depan,belakang,pintu bilik dan pintu bilik air Rumah.
2. Ambil Wuduk
3. Hamparkan sejadah ditengah-tengah rumah.
4. Azan .
5. Selesai Azan Tutup semua pintu yang telah dibuka tadi.
6. Solat Hajat 2 rakaat (selesai solat memperbayakan berzikir dan berdoa)
7. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam.


 

NOTE:
Apa pun pagar yang anda ikhtiarkan, yang paling utama sekali ialah penghuni rumah tersebut. Anda haruslah menjaga suasana kerohanian didalam rumah. Hidupkan suasana rumah anda dengan solat, mengaji, zikir, ibadah seluruh isi keluarga dengan ikhlas sepenuh pengharapan pada Allah SWT. Jadilah rumah anda sebagai rumah orang Islam, buang semua gambar-gambar artis yang ada di dinding, buang tangkal-tangkal azimat, buang patung-patung yang menyerupai makhluk bernyawa, elakkan perkara berunsur zina dalam rumah dan kurangkan dimain muzik-muzik yang melalaikan. Inilah antara punca rosaknya suasana kerohanian didalam rumah sehingga anda sendiri yang sebenarnya membuka ruang yang besar dengan dibentang karpet merah berserta bunga api bagi mengalu-alukan kehadiran syaitan memasuki rumah anda. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan jaga kita, Wallahualam, .Insya Allah.

Jangan tinggal kan Amalan ini kerana rumah yang sentiasa dilaungkan azan dan membaca suruh Al-Baqarah syaitan atau jin tidak berani masuk.

Kredit :
Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon