Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

4 comments

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi


Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Penangan Gegar Vaganza.. hahaha.. bersungguh nak reload Njoi sebab nak layan Gegar Vaganza.. Korang ada tak mengalami kesukaran untuk mereload prabayar Njoi.. Ni kali ketiga Reen mengalami kesukaran untuk mereload prabayar Njoi... Kali pertama dulu berjaya.. Kali ke dua tak berjaya, reen call astro service dan diaorang tolong reload dan melanggang.. Kali ketiga ni.. Huhuhu.. Sekali lagi terpaksa call Astro Service... diaorang tunjuk macam mana cara nak reload..huhuhu.. Bagus jugakan dia ajar cara nak reload.. Takkan asal nak reload kena call service kan..

Huhuhu... selepas 30 minit mencuba dan 15 minit selepas terlepas siaran Gegar Vaganza baru  berjaya melanggan siaran berbayar dari Astro Njoi...


BANYAK KALI CUBA TAPI TAK BERJAYA RELOAD

Mana silapnya, ni bukan kali pertama tak berjaya reload kat prabayar njoi ni.. Rupa-rupanya silap dari talian telifon yang digunakan... huhuhu.. Untuk pengetahuan korang.. Reload Prabayar Njoi ni hanya akan berjaya dengan 3 talian sahaja iaitu DIGI, MAXIS dan CELCOM.. kalau korang guna talian lain.. Reload prabayar tak akan berjaya... huhu

Mana nak dapatkan Reload Prabayar Njoi :

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi


Cara Nak Reload Prabayar Njoi :
Untuk Mengaktifkan kad prabayar anda 
Taip 111<jarak>No IC Pendaftar Njoi<jarak>No Pin 16 Digit dan SMS ke 33310

Sekiranya korang pernah mereload dan ini merupakan kali kedua, sila guna nombor ID Njoi bukan no IC Pendaftaran Njoi... 
Contoh : Taip 111<jarak>ID  Njoi (014001499012)<jarak>No Pin 16 Digit dan SMS ke 33310

Tunggu sebentar, dan korang akan menerima mesej, RELOAD BERJAYA..

Untuk Membeli Siaran Berbayar Njoi

Ambil remote Astro dan sila ke Portal Njoi di Saluran 200. Klik Prepaid TV Channel


Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi


Pilih siaran yang korang nak langgan.. Sekarang tengah demam Gegar Vaganza.. jadi Astro Ria 104 menjadi pilihan Reen.. hehehe..

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Lepas itu korang pilih nak langgan berapa lama, 3 Hari, 7 Hari, atau 30 Hari..

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Akan keluar seperti gambar kat bawah... 
Ikut step dia Taip NJE<jarak>15 Digit Di kaca TV dan SMS ke 33888.

Dalam tempoh  5 hingga 10 minit, korang boleh menikmati siaran yang di langgan tadi..

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Selamat mencuba.. Dan sekiranya korang tak berjaya selepas ikut langkah yang Reen tunjukkan.. Reen syorkan korang hubungi Astro Njoi Service di 03-95433838

MENANGI BEG LV, MACBOOK DAN iPAD hanya dengan Klik dan daftar

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. wah bagusnya... boleh berguna info ni tq Reen

    BalasPadam
  2. mcm sy pengguna baru...kt mana nk dapatkan no ID tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu dapatkan no Id melalui call Astro Call Service lepas tak dapat reload njoi untuk kali kedua... :)

      Padam
  3. Hmmm.. Patut la nk semak baki & beli siaran x dapat2.. Rupa nya sbb Line.. Sblm ni pkai Telco MAXIS Pastu tukar talian ke telco WEBE.. Dah seminggu cuba x dpt2.. Mls plk nk call njoi servis.. Google jap terbaca blog ni.. Hahaaa... Terbaik la.. :-) settle mslh.

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...