Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Sukar melakukan aktiviti harian sebab badan gemuk dan obesiti.. Apa yang nak di lakukan terasa sangat terbatas.. huhuhu... Terasa tua dari usia! Semua sakit. Nak duduk sakit. Nak bangun sakit. Nak berjalan sakit. Nak solat sakit. Nak exercise lagi la sakit. Aduh... 

Sampai satu tahap kita rasa give up nak turun kan berat badan dan kembali kepada cara hidup sebelumnya... Dah bermacam-macam cara, bermacam-macam ubat dan pelbagai produk kurus pasaran dicuba. Duit dah beribu ringgit terbang melayang. Tak menjadi juga. Ada yang turun sekejap lepas tu naik dua tiga kali ganda. huhuhu...

Semua sedia maklumkan yang Obesiti boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejaskan kesihatan. Antara penyakit yang berkait rapat dengan Obesiti ialah :
  • Diabetes (Kencing manis)
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Kolestrol Tinggi
  • Penyakit jantung koronari
  • Stroke (Angin Ahmar)
  • Batu hempedu
  • Kanser Payudara
  • Kanser Prostat
  • Kanser kolon (usus besar)
  • Masalah pernafasan (respiratori)
  • Masalah muskuloskeletal
  • Vena varikos
  • Masalah kulit
  • Osteoarthritis
  • Penyakit Alzheimer’s
  • Gout
  • Sleep Apnea
  • Infertility (Ketidaksuburan)
  • Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
  • Depressi


Penyakit ni datang bagai ribut, nak sihat kita kena rajin macam semut.. Dan pasti pengalaman Pernah Di Hina Kerana Obes masih terasa sakitnya di hati... Untuk mendapat sesuatu seperti badan yang kurus perlu ada keazaman dan usaha... Salah satu usaha alternatif yang berjaya dan di sarankan ialah Program Mudah Kurus.

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Program Mudah Kurus Merupakan Revolusi Terbaru Dalam Rawatan Obesiti iaitu Rawatan yang akan di lakukan nanti ialah hCG.


APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga. hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.



BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan. 

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.

hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.


APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.


DIET RENDAH KALORI DAN PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?

Jangan Risau. pemakanan. Semua manual dan menu akan disediakan untuk anda!

Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.

Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.


ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?

BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.


BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.

Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).


ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?

Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.


BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!

Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.


TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?

Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.


APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.


APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?

Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.

Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!


ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O & G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.


BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : 
Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!


KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?

Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!

Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah.

Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.


BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi dan kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak dan detoksifikasi.

Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.

Kuatkan semangat untuk melawan nafsu dan keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.


TRANFORMASI CLIENT MELALUI PROGRAM HCG:

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
Cikgu Azilah

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
Amy Madzlan berjaya turunkan berat dari 75kg ke 53kg

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
En, Saiful Nizam berjaya turunkan berat dari 80.6kg ke 70.5kg


Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi :

WhatApps 017 508 4430 
Email : drmalinda@gmail.com

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon