RAHSIA AL-FATIHAH

Leave a Comment

RAHSIA AL-FATIHAH


RAHSIA AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah memang sangat lazim di dengar. Di dalam solat, Al-Fatihah merupakan surah yang wajib di baca. Ada di antara kita hanya tahu membaca surah Al-Fatihah tanpa mengetahui kelebihan dan maksud surah ini.. Reen ingin berkongsi dan mari kita sama-sama memhayati tentang kelebihan surah Al-Fatihah .

1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.


FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH.

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Rahsia ini di kongsi seorang bapa. Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga. Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...