Selalu Pening Kepala Dan Cara Mengatasi

1 comment

Selalu Pening Kepala Dan Cara Mengatasi


Selalu Pening Kepala Dan Cara Mengatasi

Pening kepala atau sakit kepala.. Sejak akhir-akhir ni, Reen selalu menghidap sakit kepala ni.. Nak kata banyak masalah tak rasanya, walaupun kebanyakkan yang mengalami sakit kepala berpunca dari masalah yang di hadapi.. Nak kata sebab rambut panjang sangat, tak juga sebab rambut sedang-sedang je.. Mungkin cuaca antara salah satu sebab sakit kepala, panas dan hujan..  Banyak faktor dan sebab yang boleh menyebabkan punca sakit kepala.. Antaranya ialah :
  • Demam atau selesema. (Menyerang seluruh kepala)
  • Radang hidung. (Depan kepala, selalu waktu pagi)
  • Radang otak. (Pening terus-menerus)
  • Penurunan penglihatan. (Pening depan kepala, sakit sebab letih)
  • Hipertensi. (Rasa sakit di bahagian belakang kepala)
  • Gangguan saraf. (Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah)

Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban - Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai - Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam - Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.

Selain itu dapatkan rawatan di klinik atau hospital dan nasihat dari doktor

Amalkan juga doa sakit kepala, pening dan migrain -

Selalu Pening Kepala Dan Cara Mengatasi

Insya Allah, setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. Bonde mmg ada niat nak buat.. tapi bila dah sihat InsyaAllah akan buat.

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...