Jawapan.. Kenapa Jerawat Tumbuh Di Bahagian Muka, Hidung, Telinga Dan Sekitarnya?

Leave a Comment

Jawapan.. Kenapa Jerawat Tumbuh Di Bahagian Muka, Hidung, Telinga Dan Sekitarnya? 


Jawapan.. Kenapa Jerawat Tumbuh Di Bahagian Muka, Hidung, Telinga Dan Sekitarnya?

Jerawat merupakan musuh utama bagi kalangan wanita dan ia bukan sahaja tumbuh pada wanita malah lelaki juga turut merasai kepedihan jerawat tersebut. 

Adakah kamu tahu mengapa jerawat tumbuh pada tempat yang tidak sepatutnya terutama apabila kamu ingin hadir pada majlis tertentu?

Kadang-kadang jerawat tumbuh di bahagian pipi, dahi, hidung dan ada juga yang mengalami jerawat di bahagian telinga. Apakah punca utama jerawat itu terhasil?

Jom kita selidik dan ketahui apakah punca utamanya dan semoga dengan penemuan kajian ini dapat menyelesaikan masalah kamu terutama jerawat muncul pada saat akhir.

Dahi
  • Jerawat di dahi sering dikaitkan waktu tidur yang tidak menentu. Bagi perempuan yang mengamalkan diet, pastikan pemakanan kamu itu seimbang. Jika tidak, jerawat akan terhasil di dahi kamu.
  • Selain itu, untuk mengelakkan jerawat di dahi, amalkan pengambilan air masak yang banyak dan jaga setiap pemakanan yang diambil.

Pipi kanan
  • Jika kamu mengalami jerawat di bahagian pipi belah kanan, faktor utama jerawat itu terhasil adalah kerana terlebih mengambil produk tenusu.

Pipi Kiri
  • Ramai yang mengalami jerawat di pipi kiri tidak kira ia besar atau kecil. Faktor utama ia terhasil adalah kerana kamu mengalami tekanan dan alergik pada sesuatu.

Hidung
  • Jerawat di hidung sering dikaitkan terhadap masalah penghadaman. Kamu berkemungkinan mengalami masalah aliran darah yang tidak lancar.
  • Selain itu juga, kamu harus mengelak atau kurang mengambil makanan yang berminyak. Hidung merupakan rongga yang amat sensitif. Jadi, pastikan setiap makanan yang kamu ambil pada setiap hari membawa kebaikan pada rongga badan.

Mulut Dan Dagu
  • Jika kamu mengalami masalah jerawat di bahagian mulut dan dagu, kamu mengalami masalah hormon yang tidak seimbang. Mungkin kamu berasa tertekan akibat kerja atau masalah yang dihadapi ketika itu.
  • Kurangkan makan makanan yang manis dan kamu disarankan untuk membuat pemeriksaan doktor kerana kamu berkemungkinan bakal mengalami penyakit buah pinggang.

Telinga
  • Jika terdapat jerawat di bahagian telinga, kamu disarankan segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan. Ia bukan kerana jerawat tersebut, akan tetapi ia menandakan bahawa kamu mengalami masalah buah pinggang.
  • Mungkin kamu kerap tahan untuk membuang air kecil atau sistem pemakanan kamu tidak stabil.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...