Salah Faham Terhadap Paracetamol

1 comment
Salah Faham Terhadap Paracetamol

Salah Faham Terhadap Paracetamol

Kebanyakkan kita apabila tidak sihat akan mengambil penadol untuk melegakan kesakitan.. Apa yang ada dalam fikiran kita masa tu cuma nak cepat sembuh.. Huhuhu.. Ramai di antara kita salah faham terhadap paracetamol dan fungsinya.

Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.

PENADOL dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

  • PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

  • PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

  • PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

  • PANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

  • PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamool *500*mg dan Pamabrom *25*mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

  • PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

Saya tidak bertujuan menggalakkan atau menghalang penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati.

Kredit : Dr Zubaidi b Hj Ahmad
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...