10 Tanda Kegemukkan

3 comments

10 Tanda Kegemukkan

10 Tanda Kegemukkan


1.Bila anda terpaksa menambah lubang pada tali pinggang dan tali jam akibat bertambah saiz badan.

2. Bila anda terpaksa beli baju dan seluar baru yang saiznya lebih besar dari sebelumnya.

3. Bila berjalan di shopping compleks, ada banyak pekerja di kedai Ogawa, Gintel dan kedai fittness memanggil manggil anda untuk cuba alat senaman di kedai mereka.

4.Bila nak taip guna smartphone untuk taip Whatsapp atau FB, selalu sangat typo error ketika menaip. Itu tandanya jari anda dah semakin melebar.

5. Bila berjalan, paha kiri berlaga dengan paha kanan. Itu tandanya isi di paha dah terlebih besar. Lebih sadis bila kerap berjalan, then melecet di celah kangkang sebab paha kerap bergesel semasa berpeluh.

6. Bila nak selfie guna kamera phone, kemudian bila tengok gambar tu terasa macam ada 'ketumbuhan' di bawah dagu. Itu tandnya anda dah ada 'double chin'.

7. Bila terlalu ramai yang kerap tegur anda, "Eh... Kenapa badan dah mula nampak berisi. Pregnant ker?"

8. Bila anda berasa 'sentap' kalau orang cakap anda gemuk.

9. Bila berdiri tegak, kemudian anda tengok ke bawah. Kalau tak nampak organ reproduktif, itu tanda-tanda awal anda mula gemuk. Tapi, kalau anda tak nampak hujung kaki anda. Ini tanda dah betul-betul gemuk.

10. Bila anda tengok tajuk "Entri" ini. Anda terasa nak baca. Itu tandanya anda nak tahu betul ke aku ni dah mula nak gemuk. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...