7 Masalah Utama Foundation Yang Tidak Di Sukai Wanita

2 comments
7 MASALAH UTAMA FOUNDATION YANG TIDAK DI SUKAI WANITA

7 Masalah Utama Foundation Yang Tidak Di Sukai Wanita

Wanita dan kecantikkan tak dapat di pisahkan.. Wanita memang mudah tertarik dengan apa sahaja kecantikan tak kira dapur cantik, bunga cantik dan lebih-lebih lagi dengan rupa yang cantik.. Salah satu alat kecantikkan yang wanita suka ialah FOUNDATION..

Tapi untuk mencari foundation yang sangat sesuai kadang-kadang memerlukan seseorang wanita tu 'try dan error' setiap foundation.. huhuhu.. untuk 'try dan error' ni kadang-kadang memakan masa dan wang..

Antara sebab sesuatu Foundation itu tidak sesuai dengan seseorang ialah :

1. Melekit | Selalunya struktur foundation agak melekit menyebabkan apabila kita memakainya berasa kurang selesa. Muka rasa tidak selesa, malah jika memakai tudung, foundation yang dipakai akan melekat di tudung anda dan mengotorkannya.

2. Mencair ketika berada di tengah panas | Kebanyakan foundation akan berubah strukturnya jika anda berada di tengah panas terik matahari. Strukturnya akan jadi cair dan melekit.

3. Berminyak | Kebanyakan foundation yang ada di pasaran sekarang adalah berminyak. Apabila memakainya, kulit wajah akan kelihatan berminyak, malah lebih teruk turut akan meninggalkan kesan minyak di kulit wajah walaupun telah dicuci.

4. Bersifat ‘Hipokrit’ | Rata-rata wanita yang memakai foundation bertujuan untuk menutup masalah kulit wajahnya. Contohnya, jeragat, jerawat dan parutnya, kulit kusam atau pelbagai masalah cela lain yang memalukannya. Namun, ‘penyamaran’ itu bersifat sementara sahaja kerana masalah tersebut tetap ada dan kelihatan semula selepas muka dicuci. Ini kerana foundation tersebut bukan bersifat merawat masalah tersebut.

5. Sukar dicuci - Tak Mesra Solat‘ | Make-up remover’ diperlukan untuk mencuci dan membersihkan foundation di wajah anda. Keadaan ini menyukarkan wanita yang ingin bersolat. Masa yang lama diperlukan untuk mencuci muka.

6. Menyebabkan muka bercapok | Rata-rata foundation sering menyebabkan muka jadi bercapok. Keadaan ini disebabkan oleh strukturnya yang longgaar akibat peluh

7. Tekstur berat dan mudah merekah | Tekstur foundation yang berat boleh menyebabknya tidak tahan lama dan akhirnya menyebabkan rekahan. Kesan ini menampakkan wajah tidak sekata. Tambahan lagi kebanyakan foundation terpaksa dilapisi pula dengan bedak compact.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. memang susah nak cari foundation yang sesuai dengan kulit.. melainkan kulit memang dah cantik bak telur dikupas, tepek apa pun cantik je jadinya... heheheheee.. :)

    ...

    BalasPadam
  2. Kak lya kurang pkai foundation seseklai jer pkai..tq reen sudi kongsi..

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...