Drama Sayang Papa Saya Tak

Drama Sayang Papa Saya Tak




Nantikan drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Diarahkan oleh Amie Maziah di bawah terbitan Suhan Movies & Trading. Membawakan gandingan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai teraju utama. Dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Aida Khalida, Wan Sharmila, Eleena Sui, Fahad Iman dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Februari tahun hadapan.


JUDUL : SAYANG PAPA SAYA TAK?
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 9 Januari 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Hanni Ramsul
PENGARAH : Amie Maziah
PENERBIT : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Hisyam Hamid, Emma Maembong, Aida Khalida, Wan Sharmila, Izara Aishah, Eleena Sui, Fahad Iman, Luqman Hafidz


WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Farish
Emma Maembong sebagai Raisya
Wan Sharmila sebagai Azyan
Izara Aishah sebagai Kasih
Eleena Sui sebagai Aleya
Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
Sweet Farhanna Qismina sebagai Fathiya



SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya. 

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.


Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Zafirah Nazri
AUTHOR
Ahad, Disember 25, 2016 2:34:00 PTG delete

yeay , dah kluar . sy mmg suka sgt baca novel nih . hihi

Reply
avatar
IsmiNur
AUTHOR
Ahad, Disember 25, 2016 8:43:00 PTG delete

assalamualaikum dik...dh maju blog ni...akak dh follow awk sejak dulu, mungkin awk pon dh lupa..hihi...blog lama dh terkubur dh...btw, salam perkenalan...

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
Isnin, Disember 26, 2016 10:38:00 PG delete

Taksabaaar nak tengok. Dah lah budak kecik tu comel sangat 😀

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon