Jadual Pembayaran BR1M 2017

2 comments

Jadual Pembayaran BR1M 2017


Jadual Pembayaran BR1M 2017

Bagi mereka yang berjaya mendapatkan BR1M pasti akan menunggu pembayaran ke dalam akaun. Pembayaran pertama akan bermula pada bulan Februari...

Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM1200 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :

  • Februari - RM400
  • Jun - RM400
  • Ogos - RM400


Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001-RM4000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM900 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :

  • Februari - RM300
  • Jun - RM300
  • Ogos - RM300


Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M RM450

  • Februari - RM450


Bagi sesiapa yang belum kemaskini BR1M boleh KLIK SINI untuk panduan..

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Kemukakan Salinan:
  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. 
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.


SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
  2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
  • Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kad Pengenalan Asal Waris

HUBUNGI

☎ Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
📞 Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716
✉ eMel : br1m@treasury.gov.my
📃Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933
📭Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara 
Kementerian Kewangan Malaysia 
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya 


NOTIS AMARAN ⚠⚠⚠⚠⚠

AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M


PERINGATAN ⚠⚠⚠⚠⚠
1. MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/

2. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
3. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

Sumber : https://ebr1m.hasil.gov.my/


p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...