Drama Isteri VS Tunang

2 comments

Drama Isteri VS Tunang


Drama Isteri VS Tunang

Antara Isteri Dan Tunang, Siapa yang menjadi pilihan?
Menggantikan drama Sha Dan Sha... Drama Isteri Vs Tunang akan di siarkan pada 1 Februari 2016. Pada Setiap Hari Isnin hingga Khamis di saluranAstro Ria dan Ria HD, Jam 10 malam..

Drama ini di bintangi oleh 
Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Lia Natalia sebagai Putri
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Shah Rezza sebagai Dahlan



Sinopsis:

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”

BACA ONLINE NOVEL ISTERI VS TUNANG


BIODATA SCHA AL-YAHYA

BIODATA SCHA AL-YAHYA


Nama Sebenar :Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya

Nama Komersil : Scha AlYahya

Tarikh Lahir : 30 Mei 1983 (32 tahun)

Asal : Sungai Petani,  Kedah

Kerjaya : pelakon, pelawak, pengacara,peragawati

Tahun aktif 2006 - Kini
Pasangan Awal Ashaari
Anak Lara Alana


Twitter : www.twitter.com/iamschaalyahya



BIODATA HISYAM HAMID

 BIODATA HISYAM HAMID

Nama Penuh: Hisyam Bin Hamid

Nama Komersial : Hisyam Hamid

Asal: Singapura

Umur: 31 tahun (2016)

Status : Berkahwin

Kerjaya: Model dan pelakon

Drama: Tuan Rumah Pembantu Rumah, Cinta Ibadah, Memori Cinta Suraya

Nama isteri: Rosmawati Hanafi

Facebook : www.facebook.com/HisyamHamidFC (Fan page)

Twitter : www.twitter.com/HisyamHamid7

Instgram : www.instagram.com/Hisyamhamid7



BIODATA SHARIFAH SAKINAH

BIODATA SHARIFAH SAKINAH

NAMA SEBENAR: Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar

NAMA KOMERSIAL: Sharifah Sakinah

TARIKH LAHIR: 28 Mei 1989

ASAL: Kuala Lumpur

Read More

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

1 comment

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Sebuah lagi novel yang diadaptasi ke drama..  Novel TUNDUKKAN PLAYPOY ITU akan disiarkan di slot AKASIA menggantikan drama CINTA SI WEDDING PLANNER pada 17 FEBRUARI 2016, jam 7.05 petang... Drama Tundukkan Playboy Itu akan di bintangi oleh Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose.

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU


Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


Read More

Perfume Limited Edition Gorgeous Che Ta

2 comments

Perfume Limited Edition Gorgeous Che Ta



PERFUME LIMITES EDITION GORGEOUS - Reen baru berkesempatan nak Review minyak wangi keluaran Che Ta... Reen beli minyak wangi ni dari seorang rakan blogger... Nanti Reen bagi detail rakan blogger tu, kalau korang nak beli, boleh beli dari dia.. Mesti korang berpuas hati sama macam Reen..

Wangian Gorgeous merupakan salah satu wangian Limited Edition Keluaran Che Ta ni... Reen suka wangian Gorgeous ni.. Wangiannya TAHAN LAMA. Reen guna waktu nak turun kerja pagi hari.. Balik kerja petang, wangian masih bertahan.. Sebelum ni, dengar je orang sebut perfume Che Ta.. Alhamdulillah, akhirnya Reen dapat miliki sebotol untuk Reen sendiri..


Keistimewaan Minyak Wangi Eau De Perfume Rozita Che Wan

TAHAN LAMA
  • Kedua-dua jenis perfume ini merupakan jenis Eau De Perfume, bermaksud jenis yang tahan lama. 
  • Sapu sedikit sahaja tahan sepanjang hari, mungkin boleh sampai keesokan harinya.
  • Apabila terkena pakaian, pun pakaian boleh berbau wangi berhari-hari sehingga lah pakain dibasuh 

HALAL
  • Kedua-dua jenis perfume adalah HALAL.


Seperti yang di janjikan, Reen akan bagi tahu kat mana Reen beli Perfume Che Ta ni.. Reen beli dari Blogger Mawar Biru, Korang boleh pergi IG atau whatsap dia terus kalau nak order. 



Whatsap 019-9009 213
Read More

Ais Krim Milo Promosi RM1

2 comments

Ais Krim Milo Promosi RM1


Ais Krim Miko Promosi RM1

Buzz... Tengah hari.. Bunyi mesej watsapp..
Lelong.. lelong... Ais krim milo Rm1, siapa nak?..
Bunyi mesej kat group family..
Hahaha... Dengar je RM1, semua nak.. ingatkan nak bagi free...
Rupanya kena beli sendiri.. hahaha..
Bermulalah episod mencari aiskrim milo...

Ais Krim Milo Promosi RM1

Harga asal ais krim milo ni ialah RM1.50..
Promosi RM1 ni, hanya di 7Eleven je..
Promosi ni bermula 19 Januari hingga 1 Februari  2016..
Huhuh... last minit baru tahu ada jualan murah ni...
Insya Allah, kalau ada rezeki, adalah...

Ais Krim Milo Promosi RM1


Petang tu, Reen pergi ke 7 Eleven di Jalan Sultan Tengah, tu je yang paling dekat dengan rumah, tapi aiskrim dah habis... huhu.. Esok harinya, Reen cari di 7 Eleven di Matang Jaya.. Fuh.. Nasib baik ada.. banyak lagi.. Masa tengah syok ambil aiskrim milo, Staf tu bagi tahu "Kak, seorang limit 3 aiskrim je". Musnah harapan aku nak beli 10 bungkus aiskrim.. dapat 6 bungkus pun Alhamdulillah. Reen 3 bungkus, kakak Reen 3 bungkus.

Staf 7Eleven tu bagitahu, dia orang kena limitkan pembelian sebab kalau tak aiskrim tu kena borong dan habis dengan cepat.. Bahagian limit tu aku memahami sangat.. kalau tak buat macam tu, orang lain tak dapat merasa sama.. kan kan... Berkongsi Rezeki tak kan merugikan..

Jadi, hanya 6 bungkus je aiskrim milo dapat di borong oleh Reen dan kakak.. Balik rumah, bermulalah episod makan aiskrim.. nyum nyum... esok lusa nak pergi beli lagi... buzzz
Read More

Januari 2016 Tanpa Gaji

2 comments

Januari 2016 Tanpa Gaji


Januari 2016
Surat Notis Berhenti Tempat KerJa Sebelum ni

Januari 2016, tahun baru dan azam baru.. 
Awal Januari 2016, Reen mula bekerja di tempat baru. Teringin nak rasa suasana kerja yang baru. Reen lapor diri pada 4 Januari 2016. Dalam tempoh 2 tahun tak boleh berhenti kerja, kalau resign, kena bagi notis 2 bulan dan bayar 2 bulan gaji.. Nak berhenti, bukan senang nak cari kerja sekarang. Zaman kegawatan dan taraf hidup yang tinggi.

Bulan Januari ni memang dugaan bagi Reen dan staf lain sebab tak de gaji. Tapi tak pe, Reen faham. Staf lain pun okey juga Sebab sebelum sain penerimaan jawatan hari tu, dah tertulis gaji akan di bayar berdasarkan panel yang di buat. Minimum gaji akan di bayar bila siap buat 8 panel dan akan dapat gaji penuh... Kalau mampu buat lebih panel, dapatlah lebih pendapatan.

Nak di ceritakan, kerja akan di mulakan selepas habis kursus ke 2. Kursus pertama dulu pada bulan Disember 2015 iaitu kursus NIOSH. Selepas itu, diikuti kursus ke 2 dan praktikal. Kursus ke 2 ni nanti akan di buat di Miri. Tarikh belum pasti lagi, Insya Allah, pihak pentadbiran janji akan usaha buat kursus secepat yang mungkin. 

Nak salahkan pihak pentadbiran tak boleh juga sebab dia orang dah usaha nak urusakan cepat yang mungkin. Kursus ke 2 ni, diorang kena pastikan dengan betul, bahawa itu adalah kursus yang betul sebab kalau salah kursus kena ambil lagi kursus yang betul. Perkara yang nak di elakkan ialah kerugian masa dan wang. Harga kursus untuk seorang antara RM200-RM300. Sewa bas dari Kuching ke Miri. Bayaran hotel lagi. Makan minum staf -staf seramai 20 orang. Semuanya di tanggung oleh syarikat... 

Banyak yang dah syarikat laburkan, Jadi Reen sebagai staf, cuma doakan semoga semua dipermudahkan. Sebenarnya Reen tak sabar nak mulakan kerja.

Bagi Reen, dugaan tak de gaji ni hanya sikit je Ujian dari Allah untuk Reen sebab kat luar sana, Reen tahu ada yang lagi susah dari Reen.. Tak de kerja, di buang kerja.. 


Read More

Hantu Punya Bos

5 comments

Hantu Punya Bos


Hantu Punya Bos

HANTU PUNYA BOS.. Satu lagi novel yang akan di adaptasi untuk TV3 di SLOT IRIS... Novel ni Reen dah baca dan Reen bagi 5/5. Sangat best, sangat jenaka, sangat romantik... heheh senyum dan gelak sorang-sorang masa Reen baca.. 

Abby Si Latah dan Arrayyan si Bos... Hahaha.. Abby ni memang lawak sangat... setiap kali di jerkah dia akan melatah siap bagi penampar kat pipi bos. Bos ni pula, bila tahu si Abby ni kuat melatah, dia jadi hantu.. Setiap saat dan masa suka cari kesalahan Abby supaya Abby melatah... Kacau punya kacau, si bos jatuh hati kat Abby... Percintaan diaorang di rahsiakan... hehehe.. nak tahu lebih lanjut kisah novel ni, pergi lah baca online atau tunggu slot IRIS ni nanti.

Drama ini akan dilakonkan oleh Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Juliana Farhana, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor dan ramai lagi
  
Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos


SINOPSIS HANTU PUNYA BOS

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 
 
“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?
Read More

Ayam Coca Cola

3 comments

Ayam Coca Cola


Ayam Masak Coca Cola... Resepi ni Reen dapat masa zaman sekolah dulu, dari seorang rakan.. 10 tahun lebih dah Reen tamat sekolah.. Waktu tu, Reen aktif dengan kelab ERT (Ekonomi Rumah Tangga).


Bahan-bahan :

  • 1 Dada Ayam (potong ikut kegemaran korang, Reen suka potong kecil sikit sebab nak rasa ayam meresap ke dalam isi ayam)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 halia sebesar Ibu Jari (Gaul dalam ayam mentah yang dah dipotong)
  • Rempah tumis 
  • Kicap pedas (atau cili kering)
  • Kicap Masin
  • Coca Cola (1/2 dari botol 1/5L)
  • 1 sudu tepung jagung



Cara-cara
  • Panas kan minyak masak. Masukkan bawang yang telah di tumbuk bersama rempah tumis. Tumis sehingga sedikit kekuningan.
  • Masukka ayam. Gaul rata. Biar sekejap.
  • Masukkan kicap pedas 2 senduk (ikut kepedasan yang korang nak). Gaul.
  • Masukkan air Coca Cola. Biarkan, Gaul sekejap-sekejap.
  • Biarkan sehingga mendidih. Biarkan sehingga ayam masak.
  • Masukkan kicap masin. Biar sehingga air sedikit surut.
  • Masukkan tepung jagung (gaul dengan sedikit air dalam bekas lain). Gaul sehingga kuah ayam sedikit pekat. Biar mendidih sekejap. 
  • Tutup api.


SELAMAT MENCUBA
Read More

CARA MENCEGAH PENYAKIT KEPUTIHAN

Leave a Comment

CARA MENCEGAH PENYAKIT KEPUTIHAN


CARA MENCEGAH PENYAKIT KEPUTIHAN


Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.

  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).

  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.

  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.

  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.

  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

*Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Read More

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh

Leave a Comment

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh


Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh


1. Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu. Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan lenguh-lenguh sebagai gejala awal tanda kolesterol yang tinggi. Gejala ini muncul disebabkan oleh kekurangan oksigen. Gejala kolesterol tinggi yang biasa ialah berat di kepala tapi rasa sakitnya tidak tajam, hanya berat kepala sahaja.

2. Tanda kolesterol tinggi yang lain adalah cepat mengantuk, terutama bila kadar kolesterolnya sudah terlalu tinggi, contohnya trigliserida yang normal dibawah 200 mg atau 150 mg. Rasa cepat mengantuk ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengambilan oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.

3. Selain itu, jika sering merasa semut-semut. Kadang-kadang kesemutan juga boleh kerana darahnya agak pekat. Kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi berkurang.

4. Gejala lain adalah terjadi timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi. Namun ini hanya terjadi pada sebahagian kecil orang sahaja.

5. Gejala kolesterol tinggi lain yang sering dirasakan adalah mudah merasa letih. Ini disebabkan ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koronari dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan-keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6. Tanda-tanda lainnya adalah sering sakit kepala. Ini terjadi disebabkan kolesterol yang tinggi dalam darah sehingga memuncak dan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuatkan arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

7. Gejala kolesterol tinggi dalam tubuh yang terakhir adalah kaki bengkak. Hal ini disebabkan ketika pembuluh darah menyempit dan aliran oksigen berkurang, maka yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki menjadi bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan situasi ketika terlalu lama duduk dalam sesuatu perjalanan.

Jadi, jika anda menghadapi gejala atau tanda-tanda kolesterol tinggi dalam tubuh seperti yang disenaraikan diatas, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat yang sepatutnya. Jangan dibiarkan kerana jika terlewat dirawat, berkemungkinan kita terdedah dengan risiko penyakit berbahaya.

Jaga kesihatan kita...
Read More

PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI

1 comment

PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI


Jeragat dan Pigmentasi di wajah boleh menyebabkan seseorang itu kurang yakin pada diri sendiri. Dan jeragat juga menyebabkan seseorang itu malu untuk berhadapan dengan orang lain... Pelbagai usaha di ikhtiar untuk menghilangkan jeragat dan pigmentaasi di wajah.. Cuba dan cuba Insya Allah jeragat dan pigmentasi akan hilang..


PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI


1. Kulit pisang :
  • Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

2. Daun sireh muda :
  • Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

3. Daun betik, beras, air dan kayu manis :
  • Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

4. Hampas kelapa :
  • Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

5. Putih telur :
  • Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Read More

Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan Online Subtitle

4 comments

Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan Online Subtitle


Filem yang menjadi viral selepas tayangan Filem Dilwale.. Ramai yang mengatakan Filem lakonan Salman Khan ni lagi best dari filem Shak Rukh Khan.. Itu orang kata ye, bukan Reen sebab Reen belum tengok lagi filem Dilwale.. Tapi Reen suka dengar lagu Janam Janam dan Garua.. Filem je Reen belum dapat nak komen... Filem Bajrangi ni, beberapa kali Reen cuba download tapi Reen tak pandai.. Hari ni tergerak hati nak cari online dan Alhamdulillah Reen jumpa kat Youtube Full Movie Bajrangi Bhaijaan berserta subtitle Indonesia..

Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan Online Subtitle

Filem Bajrangi Bhaijaan ni mengisahkan seorang anak Pakistan yang telah terpisah dari Ibunya.. Anak kecil yang bernama Shahira merupakan seorang yang tak boleh bercakap.. Bermacam cara yang di lakukan Bajrangi untuk mengembalikan Shahira kepada orang tuanya.. Di sebabkan Shahira tidak boleh bercakap, Bajrangi memanggilnya dengan nama Munni.

Lapor kepada polis, bawa ke duta dan Shahira hampir di jual kepada ibu ayam oleh agen pelancongan apabila Bajrangi hampir terpedaya  dengan agen tersebut yang telah berjanji untuk menghantar Shahira kembali kepada Ibunya. Di sebabkan itu, Bajrangi mengambil keputusan untuk menghantar sendiri Shahira kepada Ibunya untuk memastikan Shahira betul-betul selamat kembali kepangkuan ibunya.

Apabila sampai ke Pakistan, niat baik Bajrangi di salah ertikan dan Bajrangi di salah anggap sebagai perisik India... Kemelut yang melanda dua negara ini, menyulitkan misi Bajrangi bila dia di buru pihak berkuasa Pakistan...

Berjaya atau tidak, Bajrangi menyatukan Shahira dengan Ibunya?? Korang Tengok lah sendiri...
Sebelum tu, sediakan tisu ye... sob sob sob..

Untuk Filem Bajrangi Bhaijaan Reen bagi 5/5 BINTANG..

 
Read More

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Leave a Comment

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.


- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.
Read More

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR

Leave a Comment

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR


Kelemumur, masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan kita. Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-dua menghadapi masalah kelemumur ini. Bermacam-macam cara dan syampu di gunakan untuk mengatasi masalah kelemumur ini sampai satu tahap kita rasa putus asa apabila tak dpat mengatasi masalah ini..

PETUA HILANGKAN KELEMUMUR


Boleh cuba mana-mana petua berikut :

1. Lemon
  • Tuang 2 sudu besar jus limau dalam kepala Anda. Perah rambut dan kulit kepala Anda. Ambil segelas air dan tambahkan 1 sudu besar jus lemon ke dalamnya, maka siramkanlah kepada rambut Anda. Bilas dengan air selepas beberapa minit. Kepala Anda akan bau limau bagus dan segar dan kelemumur Anda hilang. Ulangi beberapa kali sehingga kelemumur Anda hilang sepenuhnya.


2. Cuka putih
  • Cuka putih adalah ubat yang sangat baik untuk kelemumur. Menggabungkan cawan cuka putih dengan cawan air, dan tuangkan pada kulit kepala Anda selepas mencuci, sebagai akhir bilas. Mari duduk, kemudian bilas dengan air bersih.
  • Anda juga boleh mencuci rambut Anda dengan satu sudu cuka 3 sudu minyak, kemudian dibersihkan dengan syampu. Kaedah ini memberi kesan yang sama baik.

3. Serbuk penaik
  • Tidak menjejaskan rambut anda. Ambil segelintir baking soda dan gosok kulit kepala Anda dengan baking soda. Kemudian bilas dengan baik supaya semua soda hilang dari rambut Anda. Adakah ini beberapa kali. Pada mulanya, rambut Anda boleh menjadi sedikit kering, tetapi selepas seminggu anda akan melihat perbezaan. Kulit kepala Anda menghasilkan minyak semula jadi, menjadikan rambut anda perlahan-lahan ke belakang dan kelemumur akan hilang.

4. Garam
  • Gunakan garam apabila anda mencuci rambut. Taburkan dan gosok kulit kepala anda dengan garam. Bilas selepas beberapa ketika dan mencuci rambut anda dengan syampu.

5. Santan
  • Campurkan santan dari separuh kelapa, segelas jus nanas, jus limau, dan setengah gelas air kelapa. Kacau rata. Gunakan campuran ini untuk mencuci rambut Anda sekali setiap lima hari. Bersihkan dengan syampu setiap kali Anda lakukan.
Read More

PETUA ELAKKAN MABUK KENDERAAN

Leave a Comment

PETUA ELAKKAN MABUK KENDERAAN

Mabuk Kenderaan.. hehehe.. Reen kalau orang lain yang bawa kereta atau Reen tak biasa cara pemanduan seseorang tu, Reen mudah mabuk.. Pakej mabuk tu termasuklah pening kepala dan muntah.. Kebiasaannya untuk elak mabuk kenderaan ni, Reen akan fokus je dalam kereta, tak nak baca apa-apa jenis bacaan, tak nak main hanphone atau balas mesej, bekal gula-gula atau makan makanan masam-masam macam samboi... Dan yang paling penting, bekal minyak angin..hehe

PETUA ELAKKAN MABUK KENDERAAN


Selain cara di atas, korang yang jenis mabuk kenderaan macam Reen boleh cuba mana-mana cara berikut...

1. Madu lebah dan garam :
  • Minum 3 sudu besar madu lebah asli dicampur bersama sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

2. Batang kangkung :
  • Dapatkan batang kangkung yang menjalar panjang, kemudian lilit dan ikat di pinggang semasa perjalanan.

3. Ubi keledek :
  • Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan ubi tersebut mentah-mentah jika terasa loya dalam perjalanan.

4. Limau :
  • Bawa limau dan cium limau tersebut semasa dalam perjalaan. Mudah kan..
Read More

MAHARAJA LAWAK 2016 KEMBALI LAGI

1 comment

MAHARAJA LAWAK 2016 KEMBALI LAGI

Maharaja Lawak 2016 kembali, pasti ramai yang menanti MLM 2016, termasuklah Reen. Harap tahun ni lebih lawak dari tahun sebelumnya.. 


MAHARAJA LAWAK 2016 KEMBALI LAGI


Program realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan pelawak lama dan baru yang bakal menemui peminatnya bermula 29 Januari ini.

“MLM 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti sebelum ini kerana kami sudah mengenalpasti kumpulan yang layak untuk bertanding untuk edisi kali ini.

“Format ‘Hotseats’ tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016. Di samping itu kami turut memperkenalkan beberapa kelainan terutamanya gandingan para peserta,” katanya ketika majlis sidang media di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur.

Istimewanya, MLM 2016 menyaksikan beberapa pembentukan kumpulan baru pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti kumpulan LOL yang disertai oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro. Tidak ketinggalan kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor.

Lebih mengejutkan, MLM 2016 turut menyaksikan gabungan Along dan Azrul menerusi kumpulan Cham yang sebelum ini dikatakan sudah berpecah.

Selain itu, dua nama baru bakal muncul sebagai peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.

15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.

Sementara itu, sebuah slot istimewa diperkenalkan iaitu Misi Lawak yang akan dikendalikan oleh CK Faizal yang akan ke udara selama 15 minit sebelum bermulanya siaran MLM 2016 pada jam 10 malam.

Saksikan program Maharaja Lawak Mega 2016 setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Empat barisan juri tetap akan diketahui pada hari episod pertama MLM 2016 bersiaran.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!

Sumber
Read More

Tip Elak Badan Menjadi Lesu Di Pagi Hari

3 comments

Tip Elak Badan Menjadi Lesu Di Pagi Hari

Lesu ketika bangun tidur, diikuti dengan rasa malas kadang-kadang boleh mengganggu mood pada hari itu dan pastinya boleh mengganggu aktiviti kita... Terdapat beberapa tip yang boleh di amalkan,  agar badan kita tidak lesu di pagi hari..

Tip Elak Badan Menjadi Lesu Di Pagi Hari

  • Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

  • Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

  • Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

  • Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

  • Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

  •  Anda minum dulu segelas air putih / suam sebelum bersarapan,.,.


Amalkan tip ni bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi,.,.

Selamat Mencuba!
Read More

Buah Engkabang Kebanggaan Sarawak Yang Makin Pupus

2 comments

Buah Engkabang Kebanggaan Sarawak Yang Makin Pupus


Buah Engkabang Kebanggaan Sarawak Yang Makin Pupus

Salah 1 kebanggaan Sarawak ketika dahulu dan pernah mencetuskan fenomena. Buah ini dikenali sebagai buah Engkabang atau lebih dikenali sebagai "The Flying Helicopter", oleh kerana cara buah ini jatuh ke tanah bepusing seperti helicopter.

Buah Engkabang cukup sinonim dengan masyarakat Sarawak kerana buah ini dapat dibuat minyak seperti minyak kelapa sawit. Tidak hairanlah sekitar tahun 70an, 80an dan penhujung 90an banyak orang berebut-berebut mencari buah Engkabang di dalam hutan sama ada untuk dijual atau untuk kegunaan sendiri.

Dahulu sesiapa mempunyai pokok Engkabang ibarat orang kaya baru, kerana harga buah Engkabang ketika itu cukup mahal untuk sekilo jika dijual, lebih-lebih lagi selepas disalai. Namun sayangnya banyak pokok-pokok buah Engkabang hampir pupus oleh pembalakan haram yang semakin rakus dibumi Sarawak.

Read More

PETUA MENJAGA MATA

Leave a Comment

PETUA MENJAGA MATA


PETUA MENJAGA MATA


BULATAN HITAM BAWAH MATA
  • Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB
  • Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA
  • Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit

PETUA ATASI PUKAU
Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.
  • Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir.
  • Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.
  • Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir.
Read More

Petua Merawat Gigi Sakit

2 comments
Petua Merawat Gigi Sakit

Banyak-banyak sakit, sakit gigi paling Reen tak boleh tahan.. Kalau sakit kepala ke, Reen masih mampu nak buat kerja tapi kalau sakit gigi, satu apa pun kerja tak jadi. Kadang-kadang tu, bila gigi sakit, tempat lain pun sakit juga.. sampai boleh demam kalau sakit gigi..

Ni ada beberapa petua yang boleh di gunakan kalau sakit gigi.. Insya Allah..

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam... Gunakan air ini untuk berkumur... Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang...

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat... Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang...

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam...

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit... Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas...

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas...

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka... Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi...

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit...

8) Amalkan doa sakit gigi
Petua Merawat Gigi Sakit

Read More

Urut Tapak Kaki Melegakan Kesakitan

Leave a Comment

Urut Tapak Kaki Melegakan Kesakitan


Urut tapak kaki atau bahasa lainnya REFLEKSOLOGI merupakan salah satu cara melegakan kesakitan. Reen akui cara ni sebab Reen selalu urut tapak kaki bapa Reen. Dan Reen sendiri pernah pergi ke refleksologi untuk mendapat urutan di tapak kaki... Walaupun sakit semasa di urut tapi kesannya sangat melegakan selepas itu. Mula-mula kena urut tu geli je.. hahahah... lepas tu rasa nak terajang je tukang urut tu sebab sakit dia urut... hahaha...

Setiap kawasan-kawasan di tapak kaki kita mewakili setiap anggota badan kita.  Kalau badan rasa sakit, urutan di tapak kaki mampu mengurangkan atau melegakan kesakitan... InsyaAllah...

Urut Tapak Kaki Melegakan Kesakitan

Urut Tapak Kaki Melegakan Kesakitan

Read More

Mengapa Flip Flop Menjadi Pilihan Wanita

2 comments

Mengapa Flip Flop Menjadi Pilihan Wanita


flip flop wanita


Apakah kasut pilihan anda? Walaupun wanita mempunyai begitu banyak pilihan jenis kasut yang boleh didapati dalam pasaran seperti kasut tumit tinggi, kasut baji, kasut ballerina flats dan sebagainya namun pasti ramai yang akan bersetuju dengan fakta bahawa selipar atau flip flop masih tetap menjadi pilihan ramai wanita di luar sana!

Apakah yang membuatkan koleksi flip flop wanita sentiasa menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia? Jom kita lihat beberapa point di bawah yang berkaitan dengannya.



1. Koleksi flip flop wanita masih dan akan terus kekal popular kerana ianya sangat selesa untuk dipakai walau ke mana sahaja anda pergi dan sepanjang hari!

2. Flip flop wanita sangat versatile. Ianya boleh dipadankan dengan hampir apa sahaja persalinan yang anda ada dalam koleksi almari pakaian anda.

3. Flip flop yang diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi akan tahan lama dan dapat dipakai untuk satu tempoh masa yang panjang. Pastinya satu bentuk pelaburan yang terbaik ke atas sepasang kasut!

flip flop wanita

flip flop wanita

Ianya bukan sahaja menjadi pilihan orang biasa, malah para selebriti terkenal Hollywood turut berkongsi pandangan yang sama bahawa flip flop adalah antara kasut yang paling selesa untuk dipakai terutamanya dalam musim yang panas seperti di Malaysia.
Read More

Kesan Kurang Tidur

2 comments

Kesan Kurang Tidur


Tidur merupakan nikmat yang paling mengasyikkan dan tidak terungkap dek kata-kata apabila anda bangun dan terasa segar untuk meneruskan aktiviti harian. Walau bagaimanapun jika anda mempunyai masalah untuk tidur lena ia akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.

Kesan Kurang Tidur

1.Lemah pemikiran
Tidur memainkan peranan yang penting dalam pemikiran dan pembelajaran. Kekurangan tidur menyakitkan proses kognitif dalam pelbagai cara. Salah satunya ia merosakkan perhatian, kepekaan,tumpuan, pemikiran, dan menyelesaikan masalah. Ini menjadikan ia lebih sukar untuk belajar dengan lebih cekap.

2.Masalah kesihatan yang serius
Menurut sesetengah anggaran, 90% orang akan mengalami insomnia iaitu gangguan kesukaran tidur. Gangguan tidur dan kehilangan tidur yang kronik boleh meletakkan anda berisiko untuk terkena serangan jantung, kegagalan jantung, denyutan jantung tidak teratur, tekanan darah tinggi, strok dan diabetes.

3.Tiada minat pada hubungan intim (Suami Isteri)
Kekurangan tidur juga akan menyebabkan anda tidak dapat memberikan kepuasan serta tiada keinginan untuk ‘bersama’. Untuk menceriakan kehidupan suami isteri, tuntutan dalam memberikan kepuasan dalam hubungan intim adalah penting agar pasangan anda dapat menikmati keasyikkan dalam melayari bahtera perkahwinan.
Selain itu juga, ia akan menggangu pernafasan anda ketika tidur seperti berdengkur dan kesannya pasangan anda akan terganggu semasa tidur.

4.Tekanan atau stress
Akibat kekurangan tidur, anda akan lebih rasa tertekan kerana anda tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak fokus dalam sesuatu hal. Ini memberikan kesan yang buruk semasa membuat persiapan perkahwinan. Wajah anda juga akan menggambarkan kesangsian serta kecelaruan di dalam kotak fikiran. Seri pengantin pada wajah juga akan hilang serta merta.

5.Menggemukkan
Akibat daripada kekurangan tidur, anda akan lebih mudah berasa lapar dan berselera. Oleh itu, ia akan meningkatkan selera makan yang tinggi sekali gus berat badan anda akan naik lebih cepat. Untuk kekal cantik dan sihat,anda perlulah menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi.

6.Tiada seri wajah
Apabila tidur tidak cukup menjelang hari persandingan anda akan menyebabkan mekap serta seri pada wajah tidak naik. Selain itu juga, wajah anda akan mempamerkan rasa kurang selesa serta tidak bermaya. Penjagaan tidur yang bagus adalah tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Sekali gus anda akan merasakan perbezaanya. Kulit nampak lebih bermaya dan anda kekal cergas di hari bahagia.

SUMBER
Read More

TIP MENGHILANGKAN BAU BADAN

Leave a Comment

TIP MENGHILANGKAN BAU BADAN

Masalah bau badan seringkali menjadi kerisauan setiap orang. Masalah seperti ini boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang itu untuk bertemu orang lain. Malah, bau badan seringkali dikaitkan dengan peluh yang banyak serta kurang penjagaan kebersihan diri pada ruang-ruang tertentu pada anggota badan.
TIP MENGHILANGKAN BAU BADAN

Jom ikuti beberapa tip untuk menghilangkan bau badan sekaligus anda tampil yakin melayan tetamu dan sahabat handai dihari bahagia.

1. Makan herba dan rempah ratus
Amalan memakan herba dan rempah ratus seperti ‘Medicago Satina’, ‘Petroselinum Crispum’, dan ‘Rosmarinus Officianlis’ dapat membunuh bakteria di dalam tubuh yang menjadi penyebab utama bau badan akibat berpeluh. Anda juga boleh menggunakan air rebusan sireh yang dicampur garam sebagai air mandian untuk menghilangkan bau badan. Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

2. Diet seimbang
Masalah bau badan juga boleh berlaku sekiranya anda tidak menjaga pemakanan dengan baik dan teratur. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal metabolisme badan sekaligus dapat mengawal berat badan anda. Amalan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari juga dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mengakibatkan masalah bau badan.

3. Jaga kebersihan tubuh
Pastikan tubuh sentiasa bersih dan dijaga dengan baik. Sekiranya anda melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan badan mengeluarkan peluh dengan banyak, pastikan badan anda kering terlebih dahulu sebelum mandi.

4. Deodaran
Setiap individu mempunyai bau badan yang berbeza. Ini kerana kitaran hormon dan cara pemakanan serta aktiviti yang berbeza membuatkan segelintir individu mengeluarkan peluh yang banyak walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti luar. Gunakan deodoran yang sesuai supaya tidak berlaku sebarang iritasi kulit selepas penggunaannya. Carilah deodoran jenis anti peluh supaya baju di bawah lengan anda tidak basah yang boleh mencacatkan penampilan di hari persandingan.

5. Wangian
Ramai menggunakan wangian sebagai penyelamat kepada masalah bau badan. Namun, harus diingat penggunaan wangian semasa badan berpeluh boleh menimbulkan bau yang lebih busuk dan tengik. Pastikan anda menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada waktu itu, badan anda dalam keadaan bersih dan segar. Pikat pesona si dia dengan bau badan yang menyenangkan di hari bahagia anda berdua.

6. Pakaian bersih
Pastikan anda menyarungkan pakaian yang dibasuh bersih di majlis persandingan. Kebanyakan bakal pengantin hanya menggunakan pakaian yang disediakan pihak butik tanpa menyelidik terlebih dahulu sama ada pakaian tersebut sudah dibasuh kering (dry cleaning) ataupun tidak.

7. Timun muda
Caranya sangat mudah. Seminggu sebelum hari bahagia, anda boleh mempraktikkannya di rumah. Kupas sebiji timun muda kemudian gosokkan di bahagian badan yang berpeluh. Lakukan selepas mandi. Sekiranya anda mandi sebanyak 3 kali sehari, lakukannya sebanyak 3 kali juga untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Read More

Ciri-ciri Pemerah Bibir

Leave a Comment

Ciri-ciri Pemerah Bibir

Ciri-ciri Pemerah Bibir


Mengoles pemerah bibir adalah rutin harian si gadis agar tampil cantik dan menawan. Memakai pemerah bibir sememangnya memberikan kepuasan peribadi dan menjadikan lebih percaya pada diri. Bukan itu sahaja, secalit gincu bibir mampu menjadikan penampilan lebih menawan dalam majlis apa jua majlis dihadiri.

Pemerah bibir dianggap sebagai sahabat baik buat si gadis. Selain bedak, pemerah pipi dan pembayang mata, gincu bibir merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam beg tangan. Dengan satu olesan sahaja mampu menyerikan wajah si mempelai.

Pemerah bibir satin
Sesuai digunakan untuk mereka yang cenderung memiliki bibir yang kering. Jenis gincu ini boleh melindungi bibir indah anda dari kekeringan dan pecah-pecah kerana pelembap yang terkandung di dalamnya adalah cukup tinggi. Pemerah bibir ini dapat menonjolkan diri anda dengan ketegasan warnanya.

Gincu bibir pensel
Sesuai bagi anda yang memiliki bibir yang tidak berbentuk. Gincu bibir pensel ini boleh menjadi penyelamat buat diri anda kerana ia mudah untuk membentuk lakaran bibir. Sifatnya seperti penggaris mata dan juga digunakan sebagai bingkai bibir.

Pemerah bibir ‘glossy‘
Pemerah bibir ini adalah bersifat lembap dan dilengkapi dengan ‘glitter’. Bibir anda akan kelihatan lebih seksi. Namun begitu, gincu bibir ini mudah hilang, jadi anda harus sentiasa membawanya setiap masa.

Pemerah bibir ‘matte’
pemerah bibir ini mempunyai banyak warna, dan ia berbentuk solid. Lakukan dengan mengoles pelembap bibir sebelum olesan pemerah bibir matte pada bibir. Ini kerana pemerah bibir matte mengandungi sedikit sahaja pelembap bibir berbanding gincu ‘glossy’ dan gincu ini bersifat tahan lama.

Pelembap bibir
Pelembap bibir atau ‘lips balm’ tidak mempunyai warna tetapi hanya rasa. Namun ada juga produk yang didatangkan dengan sedikit warna untuk lebih menyerikan lagi bibirmu . Pelembap bibir ini digunakan untuk melembapkan lagi bibir supaya tidak kering. Sesuai digunakan kepada si jelita yang bekerjaya.

Read More

Gaya Dan Solekkan Ikut Warna Kulit

Leave a Comment

Gaya Dan Solekkan Ikut Warna Kulit


Gaya Dan Solekkan Ikut Warna Kulit


Setiap wanita pasti ingin menjadi ratu sehari paling sempurna di hari bersejarah. Seri si ratu sehari pasti menyerlah jika anda pandai memilih warna busana dan solekan paling tepat untuk tona kulit anda. Tona kulit yang berbeza memerlukan penggayaan busana dan solekan wajah yang berbeza.

Malah, penggayaan warna bersesuaian dengan faktor lokasi dan tema majlis juga sedikit sebanyak mempengaruhi gemerlap seri wajah si ratu.

1.Busana warna cerah
sesuai untuk si gadis mempelai yang berkulit sedikit sawo matang dan tidak terlalu cerah.

2.Solekan natural
Dengan lebih warna pink pasti menjadikan anda mempelai yang ‘sweet’ dan bersahaja.

3.Solekan warna terang
Kepada bakal mempelai yang ingin tampil berani mengenakan solekan warna terang sesuai dengan tona kulit cerah kuning langsat.

4.Busana pengantin
Yang sedikit terang dan berwarna sesuai digayakan mempelai berkulit kuning langsat.

5.Solekan bibir warna pastel
sesuai untuk si ratu sehari berkulit sedikit gelap kerana ia menaikkan seri wajah secara semula jadi.

6.Pemakaian layah
Warna cerah sesuai untuk semua tona kulit mempelai dan ianya pasti menjadikan penampilan anda lebih dramatik.

7.Solekan ‘smokey eyes’
Juga sesuai untuk semua tona kulit namun penggunaan warna gelap solekan ini pasti lebih menyerlah pada mempelai berkulit cerah.

8.Untuk tona kulit cerah
Anda boleh mencuba solekan lebih dramatik dan seksi dengan penggunaan warna ‘bronze’ dan kilauan pembayang mata dengan rona metalik.

9.Pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata
Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau pada kulit gelap anda.

10.Berkulit kuning langsat
Bagi anda yang mempunyai warna kulit kuning langsat disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.
Read More

"AKU ISTERI YANG BERMASALAH........"

2 comments

"AKU ISTERI YANG BERMASALAH........"

"AKU ISTERI YANG BERMASALAH........"


Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.

والله اعلم بالصواب
ربي أجعلني زوجة و أم صالحة

Kuatnya seorang wanita itu..
Apabila tetap bersabar walau diuji,
Tetap berbelas walau dikeji,
Tetap tersenyum walau disakiti,
Tetap mengasihi walau dibenci,
Tetap mendoakan walau dikhianati.


Read More

18 ORANG YANG DICINTAI ALLAH SWT

Leave a Comment

18 ORANG YANG DICINTAI ALLAH SWT

18 ORANG YANG DICINTAI ALLAH SWT


Inilah 18 orang yang beruntung karena telah dicintai Allah SWT. Siapa saja mereka dan kenapa Allah SWT sangat sayang dan mencintai mereka.

Orang-orang yang dicintai Allah SWT:
1. At-Tawwabin.
Orang-orang yang bertaubat

… Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah [2]: 222)

2. Al-Mutathohirin.
Orang-orang yang suka bersuci /menjaga wudhu

… Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah [2]: 222)

3. Al-Muqsithin.
Orang-orang yang adil

… sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang adil. (QS. Al-Maa’idah [5]: 42)

4. Al-Muttaqin.
Orang-orang yang taqwa

… maka sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Imran [3]: 76)

5. Al-Muhsinin.
Orang-orang yang suka berbuat kebaikan

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS. Ali ‘Imran [3]: 134)

6. Al-Mutawakilin.
Orang-orang yang bertawakal kepada ALLAH Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-NYA. (QS. Ali ‘Imran [3]: 159)

7. As-Shobirin.
Orang-orang yang sabar ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.
(Ali ‘Imran [3]: 146)

8. Orang-orang yang mengikuti Rasul
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, niscaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. Ali ‘Imran[3]:31)

9. Orang-orang yang berperang di jalan ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang berperang dijalan-NYA dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
(QS. Ash-Shaff [61]: 4)

10. Orang-orang yang tidak suka mengeluarkan kata-kata yang keji, berpikir mandiri, sabar dan rajin melakukan sholat malam.
Imam al-Baqir as berkata, ”Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yan (apabila) bersenda gurau tidak mengeluarkan kata-kata yang keji, yang berpikir mandiri, selalu bersabar (apabila) sendirian, dan suka melakukan shalat malam”

11. Orang-orang yang hatinya senantiasa sedih namun tetap bersyukur kepada ALLAH subhana wa Ta'ala .
Imam Ali Zainal ‘Abidin as berkata, ”Sesungguhnya ALLAH mencintai setiap hati yang selalu merasa sedih, dan setiap hamba yang selalu bersyukur”

12. Orang-orang yang memiliki sifat malu (al-hayya’) dan santun (al-halim).
Rasulullah saw. bersabda, ”Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang memiliki sifat malu, orang yang senantiasa santun, orang yang selalu menjaga kesucian dirinya (‘afif) , dan orang yang enggan berbuat keji (muta’afiffah)”

13. Orang-orang yang rajin sholat malam, bersedekah, dan tidak takut mati di jalan ALLAH. Rasulullah saw bersabda, ”Tiga macam orang yang ALLAH ‘Azza wa Jalla mencintai mereka yakni mereka yang senantiasa bangun di malam hari (untuk mengerjakan shalat malam) lalu membaca

Kitab ALLAH (Al-Qur’an), mereka yang senang bersedekah dengan tangan kanannya sambil menyembunyikannya dari tangan kirinya, dan mereka yang mengalahkan dan mengusir musuhnya dalam perang sementara kawan-kawannya menyerahkan diri kepada musuh”

14. Orang-orang yang saling mencintai di jalan ALLAH, bersilaturahiim dan bertawakkal kepada ALLAH.
Di dalam hadits Mi’raj diriwayatkan bahwa ALLAH ‘Azza wa Jalla telah berfirman, ”Wahai Muhammad! Wajib bagi-KU mencintai orang-orang yang saling mencintai di jalan-KU, dan wajib bagi-KU mencintai orang-orang yang saling berkasih sayang di jalan-KU, dan wajib bagi-Ku mencintai orang-orang yang suka bersilatur-rahim di jalan-Ku, dan wajib bagi-KU mencintai orang-orang yang senantiasa bertawakkal kepada-KU…”

15. Orang-orang yang mencintai amal yang diwajibkan kepadanya.
ALLAH Tabaraka Ta’ala berfirman, ”Tiada yang lebih Aku cintai dari seorang hamba-KU daripada kecintaan sang hamba kepada apa yang telah Aku wajibkan baginya”

16. Orang-orang yang mampu meredam kemarahannya dengan santun.
Rasulullah saw bersabda, ”Wajiblah kecintaan ALLAH atas orang yang marah tetapi ia mampu meredam kemarahannya dengan santun”

17. Orang-orang yang banyak mengingat mati.
Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa yang banyak mengingat kematian niscaya ALLAH mencintainya”

18. Orang-orang yang mencintai apa yang dicintai ALLAH dan Rasul-NYA, dan membenci apa yang dibenci ALLAH dan Rasul-NYA.
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, ”Aku ingin sekali menjadi orang yang dicintai ALLAH dan Rasul-NYA”.

Rasulullah saw pun berkata, ”Cintailah apa yang dicintai ALLAH dan Rasul-NYA, dan bencilah apa yang dibenci oleh ALLAH dan Rasul-NYA”

Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan yang dicintai Allah SWT.

Read More

Kenapa wanita wajib menutup aurat dari rambut hingga ke kaki?

1 comment

Kenapa wanita wajib menutup aurat dari rambut hingga ke kaki?

Kenapa wanita wajib menutup aurat dari rambut hingga ke kaki?


Jika dihidangkan pada awak gula-gula yang masih bertutup rapi belum dibuka dengan gula-gula sudah siap dibuka sekian lama. Mana satu yang akan awak pilih?

Wanita itu bukanlah umpama gula-gula tapi kita mahu tunjukkan betapa jaganya Allah pada seorang wanita, betapa bersungguhnya Rasulullah SAW menaikkan martabat seorang wanita.

Wanita tu berharga dan hanya dia mampu menjaga dirinya agar sentiasa berharga.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (QS an-Nur: 31)

*Wanita solehah itu melindungi auratnya.
Read More

Tip Untuk Mereka Yang Malas Lipat Pakaian

1 comment

Tip Untuk Mereka Yang Malas Lipat Pakaian


Malas.. Reen ingat Reen sorang je malas lipat Pakaian rupanya ramai juga yang makan vitamin M ni.. Tapi tak semua malas, ada yang tak sempat lipat pakaian sebab kekangan masa.. Terdapat beberapa tip untuk mereka dan orang macam Reen yang malas lipat pakaian..

Tip Untuk Mereka Yang Malas Lipat Pakaian

TIP LIPAT PAKAIAN

1. Menggunakan penyangkut baju
Ini tips paling mudah yang mia dapat waktu dengar talk tentang pengurusan masa. Semua baju, seluar tak perlu di lipat. Hanya gantung guna penyangkut baju dan masukkan dalam almari. Lagi senang apabila kita jemur kain pun guna penyangkut baju. Lepas baju dah kering terus masuk dalam almari masing-masing.


2. Basuh dan lipat baju secara berkala
Kalau kain kotor banyak, pastikan basuh kain setiap hari. Bila mesin basuh dah berbunyi terus je masuk bakul dan sidai diampaian. Pada mereka yang berkerja, waktu bangun subuh tu, masukkan terus baju kotor dalam mesin basuh. Waktu nak bersiap pergi kerja, sambil-sambil tu boleh la sidai kain diampaian. Dah kering, terus lipat. Bila kain tak banyak, sekejap je dah siap lipat. Jangan tunggu hujung minggu baru nak basuh. Bila kain dah banyak, mula la malas nak lipat.


3. Terus lipat fabrik yang bersaiz besar dan tebal
Contohnya kain cadar, selimut atau kain pelikat. Lepas kering di ampaian terus lipat kain tersebut diampaian juga. Masukkan dalam bakul dan boleh terus simpan dalam almari. Sebab senang nak lipat kain yang besar kan. Ini supaya kain yang berlonggok tu tak nampak banyak sebab ada kain yang besar-besar. Bila nampak kain banyak, lagi la kita malas nak lipat. Tapi, jangan pulak buat macam ni bila hujan dah turun, baru nak angkat kain.


4. Bakul kain untuk setiap penghuni rumah
Ini boleh dipraktikkan sekiranya ada anak-anak yang sudah dewasa. Pastikan dalam setiap bilik mereka ada bakul untuk kain bersih untuk setiap seorang. Selepas mengangkat kain diampaian, terus asingkan kain dan masukkan ke dalam bakul masing-masing. Untuk anak yang dah dewasa tu boleh suruh mereka melipat kain sendiri. Secara tak langsung, ini boleh menjadikan mereka lebih berdikari untuk melakukan kerja rumah kelak.


5. Tiada gangguan apabila melipat baju
Selalunya kita lipat kain sambil tengok tv kan. Tapi masalahnya apabila cerita di tv dah habis, kain tak habis-habis lagi lipat. Akhirnya berlonggk lagi kain depan tv. Jadi, fokus dulu untuk melipat kain, baru lah boleh tengok tv dengan tenang. Lagi satu perkara, yang selalu terjadi pada mia, bila dah siap lipat kain, ada pulak orang yang datang mengacau kain yang dah lipat. Emil la tu punya kerja. Dia saja nak kacau kain tu untuk tarik perhatian kita. Dah bersepah semula kain yang dah berlipat. Geram tau. Jadi, lipatla bila mereka dah tidur atau minta ayahnya alih perhatiannya dengan bermain.


6. Guna bakul yang bersaiz kecil

Guna bakul yang bersaiz kecil untuk meletakkan baju yang sudah bersih. Apabila bakul dah penuh, kita akan terus melipatnya, Jadi kain yang perlu dilipat tak banyak. Kalau kita gunakan bakul besar, selagi bakul tersebut tak penuh, selagi itulah kita tak kan lipat kain tu kan. "Eh, tak pe lah tunggu penuh dulu la bakul tu baru lipat". Mentaliti kita sebenarnya perlu diubah.


7. Guna alat melipat kain
Tip Untuk Mereka Yang Malas Lipat Pakaian

Cara ini sangat mudah dan murah. Kerja melipat baju menjadi lebih cepat dan lebih kemas sebab kain yang dilipat akan sama besar je.



8. Perkhidmatan melipat kain
Ni cara terakhir kalau memang dah malas sangat-sangat nak lipat kain. Sekarang ni dah ada perkhidmatan untu melipat kain. Bukan setakat basuh baju je, lipat baju pun boleh suruh orang je



Read More

AMALAN-AMALAN MEMASUKI RUMAH BARU

Leave a Comment

AMALAN-AMALAN MEMASUKI RUMAH BARU


AMALAN-AMALAN MEMASUKI RUMAH BARU


AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 141 (04 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 23 RABIULAWAL 1437H)

SOALAN:

Assalamualaikum Ustaz,

Saya akan masuk rumah baru dalam masa terdekat. Apakah amalan-amalan terbaik untuk saya lakukan, sebelum dan selepas masuk rumah baru tersebut? Ada yang menasihati untuk baca Surah Al-Baqarah. Bolehkah saya menghabiskan bacaannya berperingkat2, contohnya saya membaca 1/3 surah hari ini, esoknya 1/3 dan lusanya 1/3?

Jazakallahukhaira...

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Waalaikumussalam wbt,

Tidak ada amalan khusus yang diperintahkan Syarak ketika memasuki rumah baru. Adalah lebih baik kita berdoa supaya rumah diberkati dan kita yang mendiami rumah turut diberkati Namun begitu, jika bertujuan untuk mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan syaitan, maka dianjurkan kita melazimi empat perkara berikut:

Pertama: Membaca Surah al-Baqarah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”

Hadis Riwayat Muslim (780)

Kedua: Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

Maksudnya: “Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”

Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah
Ketiga: Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu

Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

Maksudnya:“Apabila seseorng masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”

Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain.

Juga daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: “Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).”

Hadis Riwayat Bukhari (3304), Muslim (2012) dan yang lainnya

Keempat: Memberi salam

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata:

إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.

Maksudnya: "Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh."

Hadis riwayat al-Bukhari (1055) dalam al-Adab al-Mufrad. Ibn Hajar al-Asqalani berkata sanadnya hasan.

Berkenaan dengan kaifiat membaca 1/3 surah al-Baqarah seperti yang disebutkan, tidak ada masalah jika dijadual sedemikian dengan syarat tidak dijadikan kemestian.

Wallahua`lam.
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan
Read More

BIODATA HAFIDZ ROSHDI

1 comment

BIODATA HAFIDZ ROSHDI


BIODATA HAFIDZ ROSHDI


Nama Komersial : Hafidz Roshdi

Nama Penuh : Muhammad Hafidz bin Roshdi

Umur: 21 tahun (2016)

Tempat Lahir : Shah Alam

Pencapaian : Hero Remaja 2011/2012 (Seangkatan dengan Shafiq, Fattah Amin,Shahrul Ridzwan dan Hafreez Aizat)

Drama : Baby Ana Milik Siapa, Aku Pilih Kamu, Tundukkan Palyboy Itu

Instagram : Hafidz Roshdi

Facebook : Hafidz Roshdi

BIODATA HAFIDZ ROSHDI

BIODATA HAFIDZ ROSHDI

BIODATA HAFIDZ ROSHDI


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...