Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar

3 comments

Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar


Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar

Biskut Oreo Cheese merupakan biskut yang sangat simple. Sangat mudah sebab biskut oreo cheese ni tak perlu bakar. Tahun ni, biskut ni masuk dalam senarai biskut raya.

Bahan-bahan :

  • 6 bungkus oreo (paket besar) - kisarkan oreo menjadi serbuk roti
  • 500gm cheese (Tatura) - Besar
  • 2 sudu whipping cream

Cara-cara : 
  • Oreo dan cheese di gaul sehingga sebati.
  • Masukkam whipping cream. 
  • Andai doh terlalu lembut. Tambah serbuk roti oreo. 
  • Adun sebati sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah di bentuk.
  • Bulatkan doh oreo tadi mengikut saiz yang diingini..
  • Bila dah siap membulat, simpankan di dalam peti sejuk sekurang-kurang dalam 10 minit. 
  • Sementara itu, bolehlah buat coklat untuk salut doh oreo.

*Andai kuantiti bahan-bahan terlalu banyak. Boleh bahagi 2 semua bahan. Boleh jimatkan kos. 😊 Reen buat banyak sebab nak jamu keluarga dan tetamu makan untuk akikah anak saudara.

Biskut Oreo Cheese Tanpa Bakar


Bahan-bahan Salut Biskut Oreo Cheese
  • Cooking Chocolate
  • Shortening (kalau ada)
  • Susu manis
  • Coklat rise untuk hiasan

Cara-cara :
  • Cairkan cooking chocolate menggunakan kaedah double boiler
  • Masukkan shortening kalau ada. Tujuan gunakan shortening ni supaya coklat tak pekat sangat.
  • Masukkan susu untuk lebih sedap atau kurangkan pahit coklat. 
  • Bila siap, angkat coklat dan boleh mulakan salutkan biskut oreo dengan coklat.
  • Untuk kelihatan cantik masukkan biskut oreo ke dalam cup dan taburkan dengan coklat rise.
  • Buat sehingga habis.
  • Kalau rajin, boleh juga guna coklat putih. Salutkan coklat putih dan tabur coklat rise sebagai hiasan atau coklat putih tadi di guna sebagai hiasan. 
  • Terpulang kepada kreativiti dan kerajinan korang.
  • Selamat mencuba.
Read More

Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi

2 comments

Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi


DOLL SKIN FOUNDATION SENDAYU TINGGI

Semakin dekat dengan kenduri kahwin kakak Reen, macam-macam barang make up Reen beli... Seminggu sebelum majlis, Reen beli Foundation Sendayu Tinggi.. Hehehe.. Sekali lagi Reen terpengaruh dari rakan facebook yang menggunakan foundation ni...

Dan watson menjadi tempat tester sekali lagi.. hehehe.. ada tiga jenis taster iaitu 01 VERY CUTE, 02 SO SWEET dan 03 TOO PRETTY. Masa tu cuma mampu tester kat tangan je, nak tengok kelebihan foundation ni, Reen biarkan je kat tangan sampai rumah. Wow masih kekal cantik kat tangan. Rasa nak beli tapi tester je yang tinggal sebab dah habis di beli.. Seminggu jugalah Reen mencari stok foundation Sendayu Tinggi ni.. Semua cawangan Watson Reen terjah tapi ada yang tak de jual.. huhuhu

Akhirnya Reen terjah Branch Sendayu Tinggi cawangan Kuching di Satok... Syoknya.. banyak stok. Kalau habis lepas ni tak perlu risau sebab dah tahu kat mana nak beli... Harga pula Reen beli RM30.30 harga ahli. Kalau bukan ahli harga dia RM34 lebih

Jum Reen tunjuk hasil di wajah Reen masa pakai foundation Sendayu Tinggi ni...


Read More

DOA KETIKA CUACA PANAS

1 comment

DOA KETIKA CUACA PANAS


Cuaca panas yang melampau yang menyerang negara kita betul-betul merisaukan kita semuakan.. Dan beberapa hari lepas, Reen ada tertengok kat berita tentang kematian akibat stroke haba.. 

Dalam keadaan cuaca panas berbahang ni, kita semua digalakkan memperbanyakkan minum air putih dan kurangkan aktiviti luar..

DOA KETIKA CUACA PANAS


CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA
Read More

Ulang Tahun Ke 4 Lazada | 10 Barang Impian Yang Ingin Reen Miliki

1 comment

Ulang Tahun Ke 4 Lazada | 10 Barang Impian Yang Ingin Reen Miliki


Selamat Ulang Tahun.. Selamat Ulang Tahun.. Selamat Ulang Tahun Ke 4 Lazada... Selamat Ulang Tahun...
4 Tahun dah Ulang Tahun Lazada, Reen selalu window shopping kat laman web lazada.. memang tergoda nak beli itu, nak beli ini...
Semperna Ulang Tahun Lazada Ke 4, Lazada mengadakan satu peraduan 10 barang yang ingin di beli dari Lazada...

10 BARANG IMPIAN DARI LAZADA

1)  Asus ZenBook UX305C-AFC097T Intel Core M3 8GB 256GB 13.3" (Champagne Gold)

  • Sebagai seorang bloggor, memiliki Laptop merupakan sesuatu impian. Menaip entry di laptop merupakan sesuatu kepuasan.



2) Apple Iphone 6s 128GB 4.7" Rose (Gold)

  • Dan sebagai salah seorang blooger juga. Handphone itu amat penting, lebih-lebih lagi handphone yang mempunyai camera yang cantik dan memory yang besar. Hehe berangan je lebih Reen ni, tapi nak memiliki tak salah kan.. mana tahu suatu hari nanti ada rezeki



  • Go Pro ni Reen terpengaruh nak miliki bila tengok gambar dan video geng-geng blogger masa diaorang travel...  Dan yang penting ada Wifi.. senang nak pindah gambar dan video. 



4) SoKaNo Trendz 5 Pcs Set Crocodile Faux Tote Bags (Red) 

  • Handbag yang cantik... Wanita memang suka barang-barang yang cantik untuk di gayakan.. Handbag memang dalam list yang Reen ingin beli.



5) Stylish 15 Colour Concealer Make Up Palette + 10 pcs Pro Cosmetic Brush Set Kit

  • Sejak kulit wajah Reen ok ni. minat nak make up Reen kembali. Minggu lepas sana sini Reen cari set Berus Make Up tapi tak jumpa. Kalau dapat set ni memang Reen suka.



  • Kaca Mata, selain nampak bergaya, Reen nak lindungi mata dari sinaran matahari. Semasa memandu, selalu sangat silau. Bahaya juga kalau silau semasa memandu. Sebab tu Reen nak Ray Ban ni.. hehehe



  • Iron Steam ni sebenarnya, mak Reen yang inginkan. Reen pun nak juga iron ni. Kebiasaan, mengiron pakaian ni, kita wanita yang buat. Jadi untuk kemudahan memang elok kalau ada satu kat rumah.



  • Masa itu emas, jadi jam ni ibarat emas. Jam ni Reen tak memilih sangat, asal cantik di mata mesti Reen suka. Tapi kalau ada tarikh kat jam tu lagi reen suka. 



  • Rasanya beg ni akan jadi alah satu aset penting Reen nanti. Bulan 5, Insya Allah kalau diizinkan mungkin Reen akan kursus di Miri. Dan kalau nak travel nanti senang sebab dah ada luggage..



  • Camera juga merupakan salah satu aset penting seorang blogger. Mengambil gambar-gambar yang cantik untuk di jadikan cerita di blog. 



10 barang impian yang ingin Reen miliki.. walaupun hakikatnya Reen sedar untuk memiliki semua barang ni adalah tidak mustahil dengan adanya Lazada.. cuma kadang-kadang keperluan lebih penting dari keinginan. 

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.
Read More

Bibir Menawan Dengan Lipstik Matte Fever

2 comments

Bibir Menawan Dengan Lipstik Matte Fever


Lipstik Matte Fever, SilkyGirl


Dari kerana mata...
Yang mempunyai kuasa...
Ooo, aku tergoda...
Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata...

Tapi Reen tak kecewa dengan memilih lipstik Matte Fever ni. Suka sangat...Sebelum ni, Reen banyak baca testimoni yang cakap lipstik Matte Fever ni bagus, tahan lama dan bibir tak kering.. testimoni ni, kebanyakkan dari geng facebook.. dia orang beli dan cuba.. jadi Reen pun terpengaruh sama.. hehehe..

Suatu hari tu, Reen pergi window shopping.. masuk watson, terus ke bahagian SILKY GIRL dan dan.. hahaha cari tester lipstik Matte Fever.. cuba semua warna dan Reen berkenan dengan warna Charm, No 6... hehehe tapi Reen tak beli.. Ada duit baru beli.. Harga lebih kurang Rm18 macam tu., harga asal, dia Rm20 lebih..

Seminggu Reen cuba dan Reen sangat puas hati pakai lipstik Matte Fever. Testimoni yang Reen baca semua betul.. Masa kenduri kahwin kakak Reen baru-baru ni, sepupu perempuan semua pakai lipstik Reen. Seragam warna bibir kita orang hari tu.. cantik sangat..

Lipstik Matte Fever, SilkyGirl

Read More

Auto Publish Entry Di Page Facebook

Leave a Comment

Auto Publish Entry Di Page Facebook


Auto Publish Entry Di Page Facebook


Entry PROP KAHWIN UNTUK KAKAK merupakan salah satu entry yang publish secara automatik di page Reena-www.mreena.com

Fuhh... lama dah Reen tak buat tutorial.. Reen nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna untuk blogger-blogger.. Auto Publish Entry Di Page Facebook ni amat membantu Reen selepas Reen buat entry. Reen tak perlu nak Ping entry tersebut kat Page Facebook Reen sebab Reen dah atur entry tu auto publish. Entry Schedule pun Reen tak terkejar-kejar nak Ping ke Page. Jimat sikit masa kat situ.. hehe

Reen akan cuba tunjuk satu persatu, harap korang faham. Dan maaf, jika ada yang tak faham. 

Auto Publish Entry Di Page Facebook



Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Masukkan Email dan Password. (Nak senang ingat, guna email dan password yang biasa korang guna. Contoh : Email Blog atau Facebook)
  • Klik CREATE ACCOUNT


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Jangan lupa check Email ye. Corform kan email.
  • Lepas tu teruskan, atau Sign In.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Klik My Recipes


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Klik Create a Recipe


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Lepas itu klik perkataan THIS yang berwarna biru


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Taip Blogger dan klik logo blogger


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Pilih dan klik Any New Post


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Klik Create Trigger


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Lepas tu klik perkataan That yang warna biru


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Taip Facebook sebab kita nak buat auto publish kat facebook.. 
  • Pilih dan klik Facebook Pages. Kalau tak de page, personal facebook pun boleh.
  • Nanti akan keluar satu kotak facebook supaya akaun ifttt ni connect dari blog ke facebook korang.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Pilih dan klik Upload a photo from URL (hasil nanti seperti entry Prop Kahwin Untuk Kakak, rujuk gambar paling atas)


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Complete Action Fields ni tak perlu ubah apa-apa. Terus klik Create Action.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Kalau tak nak pening kepala, klik je Create Recipe
  • Siap..
  • Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

Selain Auto Publish ke Facebook Page. Akaun ifttt juga boleh auto twitt, auto instagram dan macam-macam lagi... Buat masa ni, Reen ada tiga je yang auto post.. Setiap langkah hampir sama, asalkan korang rajin mencuba.. Selamat mencuba..

ENTRY INI AUTO PUBLISH DI Reena-www.mreena.com, kalau sudi like sekali page Reen


Read More

PROP KAHWIN UNTUK MAJLIS KAKAK

1 comment

PROP KAHWIN UNTUK MAJLIS KAKAK


Prop Kahwin

Pada tanggal 8 Mac 2016, kakak Reen telah menamatkan zaman bujangnya. Syukur Alhamdulillah. Dan pada tarikh 13 Mac 2016, merupakan majlis bersanding kakak dan suami.. 

Untuk majlis sanding ni, Reen buat sendiri prop kahwin untuk majlis kakak. Alhamdulillah, Reen puas dapat buat prop ni sendiri. Mudah dan senang je dan Reen kahwin nanti, tak payah nak pening lagi. Print je prop ni.. hihi

Prop Kahwin

Reen ambil gambar doodle-doodle yang cantik kat google, lepas tu Reen reka guna POWER POINT. Satu slide tu, Reen dapat buat 2, 3 atau 4 gambar prop. Banyak juga yang Reen buat, sampai 9 slide.. hehe.. puas sebab banyak prop. Prop yang dah siap di print dan di potong. Reen laminate kan..

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Ni antara prop yang reen buat untuk majlis kakak.. Kalau korang rajin, boleh lah guna. Save dan print je. Kalau tak nak laminte, gam gambar-gambar prop ni di kertas tebal. 

Memang lebih bila ada kenduri kawin ni.. huhu.. sengal sana sengal sini.. Alhamdulillah nasib baik ada BIOBAX COOL THERAPHY.. Hanya dengan spray je, mampu menghilangkan sengal-sengal dan sakit badan.. 

p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).

Read More

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA

Leave a Comment

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA



STROKE HABA? Apa itu Stroke Haba?
Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Sejak dua menjak ni, ramai yang di serang demam panas. Ahli keluarga Reen pun ada yang demam panas. Adik, sepupu suami isteri, mak saudara di serang demam. Semalam teman adik ke Klinik, huhuhu.. mejoriti yang datang ke klinik semuanya demam. Reen pun, rasa macam ada tanda-tanda nak demam. Sebelum demam menyerang elok ambil langkah pencegahan.. Cegah stroke haba dari menyerang.. 

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA

Tanda awal terkena strok haba ialah : 
  • sakit kepala berdenyut
  • mual 
  • kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  • denyutan nadi yang pantas
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan serta pitam
  • tangan dan kaki menjadi sejuk


Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen


Cara rawat mangsa strok haba:
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan
Read More

Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

Leave a Comment

Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim


Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

Sejak dua menjak ni, banyak keyword aiskrim choki choki dan cara isi choki choki dalam plastik aiskrim kat blog Reen.. 

Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

Kalau tahu cara nak isi, kita pun tak kan google kan.. Reen mula-mula buat aiskrim ni pun terfikir macam mana nak isi... Reen akan kongsi cara isi choki choki ni untuk korang.. 

Sebelum tu, kalau nak tahu resepi aiskrim choki choki yang Reen buat 

Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

  • Mula-mula bahagikan choki choki kepada 2 atau 3 atau 4 bahagian.. Reen suka bahagi 2 bahagian.. choki choki ada rasa dalam aiskrim
  • Sediakan plastik aiskrim, buat ruang supaya choki choki senang masuk
  • Picikkan choki choki dulu, picit sampai hujung, lepas tu masukkan dalam plastik
  • Boleh rujuk gambar 1, 2 dan 3..


Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

  • Apabila isi choki choki dah di masukkan sampai hujung plastik. Picitkan choki choki naik ke atas. Rujuk gambar no 4.
  • Masukkan susu mengikut kuantiti yang korang nak.
  • Akhir sekali, ikat plastik aiskrim. 
  • Buat sampai habis. 


Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

Semoga cara isi choki choki dalam plastik aiskrim ni membantu korang.. 

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...