Apakah perbezaan HIV dan AIDS?

1 comment

Apakah perbezaan HIV dan AIDS?


Apakah perbezaan HIV dan AIDS?

Ujian HIV diwajibkan oleh pihak jabatan agama disebabkan oleh kemaslahatan kepada masyarakat, kerana orang yang dijangkiti HIV selalunya kelihatan normal dan tidak sedar bahawa mereka dijangkiti HIV. Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah perlu supaya langkah-langkah pencegahan jangkitan kepada pasangan yang berstatus HIV negatif dapat diambil jika perkahwinan itu diteruskan. Semua ini termasuk dalam bidang kuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas pemerintah dan wakil-wakilnya.

Firman Allah:
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [al-Hajj 22:41]

Meski pun ujian HIV pada asalnya tidak diwajibkan secara khusus oleh Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (al-Sunnah), mewajibkannya pada masa kini termasuk dalam kategori melarang atau mencegah kemungkaran yang selari dengan ajaran Islam. HIV ialah sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia hingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit.

Manakala AIDS pula adalah peringkat akhir HIV, di mana ketahanan badan telah lumpuh. Pada peringkat ini, seseorang itu mungkin akan diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu. Contohnya penyakit tibi, cirit birit berpanjangan, jangkitan kulat, kayap, jangkitan paru-paru, barah seperti limfoma dan Kaposi’s sarcoma.

HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah oleh suhu yang tinggi dan kering, sabun/pencuci, air dan disinfektan. HIV menjangkiti manusia melalui 3 cara utama:
● Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV
● Perpindahan darah melalui perkongsian jarum dan transfusi darah yang dicemari virus HIV
● Jangkitan dari ibu mengandung yang HIV positif kepada bayi semasa dalam kandungan, semasa proses kelahiran, serta melalui penyusuan susu ibu. Ia tidak dijangkiti melalui sentuhan, berkongsi tandas atau alatan makanan dan minuman. Jangkitan melalui ciuman hanya berisiko jika terdapat luka/rekahan/ulser di dalam mulut.

Untuk memelihara diri daripada dijangkiti HIV, bakal-bakal pengantin harus menjauhi perilaku berisiko seperti melakukan hubungan seks dengan orang yang sering bertukar pasangan dan pekerja seks, tidak terlibat dengan najis dadah, dan segera mengambil rawatan jika terkena penyakit tularan seks. Semua ini selari dengan ajaran Islam.

Jika anda atau pasangan disahkan dijangkiti HIV, anda masih boleh meneruskan perkahwinan dan bertanggungjawab menegah jangkitan kepada pasangan dengan memakai kondom dengan betul dan membuat pemeriksaan darah untuk menentukan bila rawatan lanjut diperlukan. Nasihat dan panduan daripada doktor pakar amatlah penting sebelum anda dan pasangan bernikah.

Wanita yang dijangkiti HIV yang ingin mempunyai anak boleh mengurangkan risiko bayi dijangkti. Walaubagaimana pun, kehamilan ini perlu dirancang secara teratur di bawah pengawasan dan nasihat doktor pakar, mengambil ubat-ubatan yang diperlukan, serta tidak boleh menyusu badan kepada bayi.

Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Read More

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

2 comments

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist
Read More

Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat

Leave a Comment

Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat


Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat

Betul ke? Atau Auta semata-mata...
Sambal kacang tempe salah satu punca jerawat tumbuh..
Reen pun tak pasti.. mungkin betul sebab kalau tak jaga pemakanan jerawat akan tumbuh.. selain itu, faktor hormon juga mungkin salah satu punca jerawat...

Tapi kalau dah sekali rasa sambal kacang tempe ni mesti nak lagi.. Hahaha satu balang ni Reen mampu makan sorang sorang.. Sebelum ni, Reen pernah cuba buat tapi tak jadi sebab tak rangup.. Reen cuba buat lagi Alhamdulillah menjadi..

Bahan-bahan

3 bungkus tempe (potong dan goreng)
300 gm kacang tanah (goreng)
2 gengam ikan bilis (basuh, toskan dan goreng)
10-15 cili kering ( ikut kepedasan yang diingini)
10-15 bawang putih
Air asam jawa / asam keping
2-3 sudu gula apong / gula
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara
Panaskan minyak dan masukkan bawang dan cili yang telah diblander.
Kacau sehingga bawang masak dan pecah minyak.
Masukkan garam dan air asam jawa / asam keping..
Kacau lagi sehingga bawang masak dan tak basah. Ini penting supaya nanti tempe menjadi ranggup.
Bila bawang betul-betul masak masukkan gula apong / gula.
Kacau sehingga rata dan cukup rasa..
Masukkan kacang, tempe dan ikan bilis yang telah di goreng.
Gaul rata dan tutup api dapur..
Siap dan selamat mencuba.. 
Read More

APRIL Bulan Kesedaran AUTISME

1 comment

APRIL Bulan Kesedaran AUTISME


Pagi tadi, Reen dengar Radio Sinar FM, topik yang diudarakan adalah April Bulan Kesedaran Autisme. Sambil bawa kereta, Reen dengar radio, cabaran Zarina Zainuddin membesarkan dua anak kembar yang menghidap autisme. Sayu hati ni dengar kisah Zarina membesarkan kedua-dua anak dia. Anak Istimewa, bagi yang tak tahu mungkin akan menganggap mereka ni nakal dan ibu bapa tak pandai jaga anak. huhuhu.. Berat mata memandang, berat lagi tanggujawab ibu bapa yang menjaga anak istimewa ni. Dan sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin, kita juga bertanggujawab memberi kesedaran Autisme kepada masyarakat sekeliling..

APRIL Bulan Kesedaran AUTISME

APA ITU AUTISME?

Autisme adalah merupakan sejenis gangguan perkembangan saraf otak yang berlaku di kalangan individu manusia yang bermula seawal usia antara 1 hinggsa 3 tahun dan diklasifikasikan sebagai gangguan neuropsikiatri. Autisme, seperti juga Asperger, adalah sebahagian daripada beberapa gugusan gangguan yang lebik kompleks lagi dikenali sebagai Autisme Spectrum Disorder atau ASD. Gangguan ini telah mula mendapat perhatian dalam dunia sains perubatan sejak pada tahun 1943 apabila seorang pakar psikiatri kanak-kanak dari negara Austria yang dikenali sebagai Leo Kanner telah cuba memberi satu diagnosis dan rawatan terhadap masalah berkaitan perkembangan tingkahlaku dan komunikasi di kalangan pesakit kanak-kanak.

Secara umumnya, autisme ini dapat dikenali berdasarkan kepada beberapa kriteria yang paling utama seperti gangguan pada fungsi komunikasi dan pertuturan serta ada masalah dalam interaksi sosial, memiliki kesukaran dalam mentafsir reaksi emosi, gangguan pemikiran serta memiliki ciri-ciri spektrum tingkahlaku dan perangai yang amat terhad, dan berulang-ulang atau streotype. Mereka akan dianggap sebagai seseorang yang terasing atau hidup dalam dunia mereka yang tersendiri. Seterusnya, di kalangan mereka juga mempunyai tahap atau darjah keterukan yang tersendiri dan berbeza dengan individu lain walaupun masih dalam kategori autisme. Di kalangan mereka, ada yang mempunyai tahap autisme yang teruk, sederhana ataupun ringan. Oleh yang demikian, terdapat di kalangan mereka yang masih boleh bersekolah dan menjadi golongan terpelajar, seterusnya berkerjaya dan juga berkeluarga. Dari segi fizikal pula, mereka tiada sebarang masalah, malah masih kelihatan normal, sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Maka itu, masyarakat umum tidak akan nampak wujudnya sebarang kelainan atau kecacatan pada diri mereka.

Keadaan ini pada akhirnya akan menambahkan kerumitan, bukan sahaja kepada penghidap, tetapi juga kepada ibubapa dan keluarga serta anggota masyarakat yang lain. Kerumitan yang ada akan menyebabkan kekeliruan, malah mereka yang tidak memahami akan terus menganggap si penghidap sebagai seorang yang degil, pemalas, lembab dan sebagainya. Seterusnya, ia akan menyebabkan si penghidap terbiar tanpa sebarang usaha untuk dirujuk kepada golongan pakar bagi tujuan rawatan dan intervensi yang sewajarnya. Akhirnya, mereka akan berterusan ketinggalan dalam dunia mereka yang penuh kekeliruan dan keterasingan. Lebih malang apabila mereka mula memasuki alam persekolahan. Ada di antara penghidap yang keliru mengapa mereka perlu pergi ke sekolah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila diri mereka turut tidak difahami warga sekolah, tidak diterima dan akhirnya disisihkan.

Di samping itu, isu utama berkaitan autisme setelah memahami ciri-ciri dan keupayaan mereka ialah mengenalpasti segala bentuk keperluan mereka dan seterusnya melaksanakan agar keperluan mereka dapat dicapai. Individu yang memiliki ciri-ciri autisme sebenarnya adalah golongan individu yang mempunyai pelbagai keperluan yang khusus dan tersendiri. Ini bergantung kepada tahap perkembangan dan kesukaran yang mereka miliki. Oleh itu, ibubapa, keluarga dan masyarakat perlu memahami bahawa individu ini juga berhak untuk menerima pelajaran dan latihan yang bersesuaian agar mereka akan menjadi lebih berdikari nanti. Bagi memenuhi keperluan ini, satu kaedah pendidikan yang sistematik untuk mereka perlu diwujudkan, khususnya di peringkat kementerian dan kebangsaan. Memang betul kini telah ada sistem pendidikan khas dalam kementerian, tetapi kesesuaian dan keberkesanannya untuk golongan ini perlu dikaji.

Golongan istimewa dari kategori autisme ini bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik, tetapi juga pendidikan yang mengajar mereka kemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial dengan cara yang sepatutnya. Itulah keperluan mereka yang perlu digilap kerana penyakit autisme yang mereka alami amat menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial. Namun masalah yang ada ialah apabila sistem persekolahan lebih menumpukan kepada aspek akademik sahaja. Hakikatnya memang itulah matlamat persekolahan sejak dulu lagi, namun kewujudan bahagian pelajaran khas dalam kementerian dan di sekolah boleh dan amat perlu untuk dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan golongan individu autisme. Sudahkah kajian keberkesanan pendidikan khas berkaitan autisme ini dilakukan oleh pihak berkaitan dan jika ada apakah hasilnya? Masyarakat, khususnya para ibubapa amat memerlukan hasil dan dapatan kajian seperti itu.

Begitu juga, satu jawatankuasa, agensi atau jabatan di peringkat kementerian dan pemerintah yang berkaitan khusus bagi mengemaskini dan memantau kebajikan bagi individu autisme perlu diwujudkan. Ia boleh bertindak dalam menganalisa keperluan pendidikan dan latihan serta kerjaya, kebajikan, maklumat terkini berkaitan kajian dan penyelidikan serta kemaskini pengkalan data untuk kemaslahatan mereka dapat dilakukan secara sistematik, yang mana ia belum lagi wujud buat masa ini.

SUMBER

APRIL Bulan Kesedaran AUTISME

Filem Redha yang akan di tayangkan hari ni (14 April 2016) merupakan sebuah filem yang berdasarkan kisah besar yang di bintangi oleh Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester. Dengan adanya filem ni, di harap masyarakat lebih peka tentang AUTISME..


SINOPSIS FILEM REDHAMengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Razlan (Namron) dan Alina (June Lojong) mem
iliki seorang anak autistik yang bernama Danial. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autisme.
Read More

Makanan Yang Harus Dicuba Jika Berkunjung Di Sarawak

Leave a Comment

Makanan Yang Harus Dicuba Jika Berkunjung Di Sarawak


Bila berkunjung di sesebuah negeri, kita pasti akan mencari keunikkan negeri tersebut.. keunikkan dari tempat, makanan dan sebagainya

Reen nak kongsi makanan yang korang mesti rasai sekiranya datang berkunjung di Sarawak.

1. Laksa Sarawak

2. Mee Kolok


3. Mee Jawa

4. Umai

5. Kampua Mee

6. Bubur Pedas

7. Buah Dabai

9. Sio Bee

10. Kompia

11. Bihun Cangkuk Manis

12. Fried Osyter Pancake / O'Chien

13. Bihun Belacan

14. Ayam Kacang Ma

15. Tomato Kueh Tiew

16. Ayam Pansoh

17. Terung Dayak

18. Teh 3 Layer

19. Aiskrim Gula Apong

20. Kek Lapis Sarawak

21. Tumpik Lemantak

Read More

Menu Mudah Sayur Kacang Masak Kicap Dan Ikan Masak Rempah Kunyit

1 comment

Menu Mudah Sayur Kacang Masak Kicap Dan Ikan Masak Rempah Kunyit


Di sebabkan kekangan masa, kebanyakkan kita suka menyediakan menu masakan yang mudah, simple dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak..

Untuk surirumah pun, Reen rasa mereka suka yang simple sebab anak-anak yang memerlukan perhatian lebih..

Jangan cakap surirumah je nak simple, Reen yang belum kahwin ni pun suka masak yang simple.. hehehe... Hari ni, Reen masak Menu Mudah Sayur Kacang Masak Kicap Dan Ikan Masak Rempah Kunyit..

Sayur Kacang Masak Kicap

Sayur Kacang Masak Kicap

Bahan-bahan :
  • Sayur kacang (di potong memanjang bulat)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawah besar (potong bulat)
  • Cili padi / cili kering
  • Udang kering
  • Kicap masin dan sedikit garam
  • Kicap manis / gula
  • Minyak masak

Cara-cara :
  • Cili, bawang putih, bawang merah dan udang kering di tumbuk.
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi sehingga kekuningan..
  • Masukan kicap masin dan sedikit kicap manis ( kalau tak de kicap manis boleh guna gula)
  • Kacau dan tambah sedikit air..
  • Biar mendidih sekejap dan masukkan sayur kacang dan bawang besar. 
  • Kacau dan biar sayur dan bawang layu sedikit. 
  • Tutup api.. 

Ikan Masak Rempah Kunyit

Ikan Masak Rempah Kunyit

Bahan-bahan :

  • Ikan tenggiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi / cili kering
  • Asam Jawa / Asam Keping
  • Serai
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak, garam dan aji

Cara-cara :
  • Tumbukan cili, bawang putih dan bawang merah serta titik kan sedikit serai
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang yang telah di tumbuk tadi sehingga sedikit kekuningan..
  • Lepas itu masukkan serbuk kunyit dan air. Gaul sehingga rata dan mendidih.
  • Masukkan ikan, garam secukup rasa dan sedikit asam jawa/asam keping..
  • Biarkan sehingga ikan masak dan tutup api. 

SELAMAT MENCUBA.. 
Read More

Mudahnya Masak Sotong Goreng

2 comments

Mudahnya Masak Sotong Goreng


Sotong Goreng


Sejak dua menjak ni, asyik masak sotong je.. hehe.. Hari nk Reen nak kongsi cara masak sotong.. mudah je

Bahan-bahan :

  • Sotong
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  • Basuh dan potong sotong
  • Rebuskan sotong CARA REBUS SOTONG TANPA AIR
  • Buang kan air sotong.
  • Panaskan kuali dan minyak masak
  • Masukkan sotong tadi..
  • Kacau sebentar. Sotong akan mengeluarkan air sendiri
  • Masukkan garam. Kemudian masukkan sedikit gula.
  • Kacau sehingga air sotong tinggal sedikit atau kekeringan..
  • Tutup api..
  • Selamat mencuba.. 
Read More

Tersilap Langkah Dalam Memilih Kawan, Boleh Menjadi Lawan

Leave a Comment

Tersilap Langkah Dalam Memilih Kawan, Boleh Menjadi Lawan


Tersilap Langkah Dalam Memilih Kawan, Boleh Menjadi Lawan


Tidak kira di sekolah, Universiti, Kolej atau tempat kerja pasti kita mempunyai kawan tidak kira umur, bangsa, warna kulit dan agama. Membuat kenalan dengan orang yang baru atau tidak kamu kenali memberikan kamu kebaikan dalam berukhwah. Tetapi tahukah kamu bagaimana hendak memilih kawan yang bukan lawan?

Kalau ditanyakan kepada sedara mara terdekat atau orang lain bagaimana hendak memilih kawan, dan yang pasti mereka akan menjawab:

1. Jangan pilih kawan yang banyak ajak kamu buat jahat.

2. Jangan pilih kawan yang sokong kamu ketika kamu sedang buat kejahatan.

3. Jangan pilih kawan yang selalu kutuk, perli, menganjing atau perlekehkan kamu apabila kamu sedang berubah kepada kebaikan.

4. Jangan pilih kawan yang tak tegur kamu apabila kamu melakukan sesuatu yang tidak baik.

5. Jangan pilih kawan yang mempunyai perangai buruk, suka mencarut sana sini dan mengumpat.

6. Jangan pilih kawan yang suka kepada maksiat.


Di antara semua ini merupakan salah satu jawapan yang bakal kamu dengari apabila bertanyakan kepada orang terdekat atau orang tidak kamu kenali bagaimana hendak memilih kawan. Jadi bagaimana nak pilih kawan kalau itu salah ini tidak betul dan segala kamu lakukan ada yang tidak kena?

Bak kata Imam al-Ghazali, ada dua belas jenis orang yang kita perlu dan berukhwah dengannya iaitu:

1. Jika kamu berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungi kamu.

2. Jika kamu merapkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatan kamu itu.

3. Jika kamu memerlukan pertolongan darinya maka dia akan berupaya membantu kamu mengikut kemampuannya ketika itu.

4. Jika kamu menawarkan untuk berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.

5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan daripada kamu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari diri kamu, maka dia akansedaya upaya untuk menutupnya bukan menyebarkan kepada orang ramai.

7. Jika kamu meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka dia akan cuba membantu kamu dengan sedaya upayanya.

8. Jika kamu malu untuk meminta pertolongan, si dia akan bertanyakankepada kamu apa masalah yang kamu hadapi ketika itu.

9. Jika bencana datang menimpa diri kamu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan sesusahanmu itu.

10. Jika kamu berkata benar kepadanya, maka dia boleh menerima dengan sebaiknya dengan kebenaran itu.

11. Jika kamu merancang sesuatu kebaikan untuk dilakukan, si dia akanmenyokong kamu untuk menjayakan.

12. Jika kamu sedang berbincang dan mempunyai pendapat yang berbeza maka dia pasti akan mengalah untuk mengelakkan perselihan faham dalam persahabatan.

Jadi berhati-hatilah ketika memilih kawan kerana jika tersilap langkah dalam memilih kawan ia boleh menjadi lawan! 
Read More

Harapan saya nak mati syahid ketika berdakwah - Mr Os

1 comment

Harapan saya nak mati syahid ketika berdakwah - Mr Os


Sejak dari kecil, Reen memang minat dengan jenaka Mr Os... Zaman kanak-kanak dan remaja dulu, lakonan Mr Os ni yang sering di tonton.. Semalam 8 April 2016, kita dikejutkan dengan kepergian Mr Os selamanya. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.. Semoga Arwah Mr Os ditempatkan bersama oramg-orang yang soleh.

Harapan saya nak mati syahid ketika berdakwah - Mr Os

Kuala Lumpur: “Kalau orang yang naik teksi dia tak cukup duit, dia tak berkira sangat, dia menderma. Contoh kalau tambang teksi RM25, dia bagi diskaun RM5.

“Dia beritahu kalau kalau 20 orang naik teksinya dalam sehari, seorang tambang RM25, sebanyak RM5 daripada tambang itu dia sedekah.

“Jadi dalam sehari dia sedekah RM100,” kata penceramah bebas Ustaz Hanafiah Abdul Malek menceritakan mengenai pelawak Allahyarham Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 55.


Mr Os kembali ke rahmatullah pada jam 2.45 petang tadi di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Menurut Hafiah, dua minggu lalu, Mr Os pernah berbisik kepadanya menyatakan mahu mati syahid pada satu forum dakwah di Gerik, Perak.

“Ustaz, saya nak mati syahid, saya nak mati ketika berdakwah. Saya mahu bantu Zakat Perak sedaya upaya supaya lebih ramai bayar zakat," bisik pelawak itu kepada Hanafiah pada Jumaat, 25 Mac lalu.

Genap dua minggu selepas menyatakan hasratnya itu, Mr Os meninggal dunia dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata Taman Seri Gombak sebelum Maghrib tadi.

“Ada hadis yang mungkin sesuai menceritakan mengenai Allahyarham iaitu 'Sesiapa yang meringankan beban saudaranya, maka Allah SWT akan meringankan bebanannya di akhirat nanti.’ Wallahualam,” kata Hanafiah yang dihubungi hari ini.

Allahyarham dilantik sebagai Duta Zakat Negeri Perak pada Disember tahun lalu, dan itulah kali pertama mereka berkongsi pentas forum dan itulah juga kali pertama Allahyarham berdakwah.

“Pada 25 Mac, saya berjumpa dan berkongsi pentas buat kali kedua dengan Allahyarham di Masjid Grik, Perak. Saya lihat Allahyarham terlalu kurus dan kelihatan tidak sihat.

“Saya tanya kali pertama dia tidak jawab, kedua pun tidak. Kali ketiga, ketika ahli panel lain membuat ulasan, barulah Allahyarham beritahu dia menghidap kanser tiroid yang merebak ke paru-paru.

“Ketika itu dia pegang bahu saya dan bisik kepada saya, ‘Ustaz, saya kalau boleh sakit macam mana pun saya nak juga datang berdakwah. Harapan saya nak mati syahid ketika berdakwah.'

“Saya jadi sebak, nak menangis dan peluk dia. Hilang 'mood' untuk menjadi moderator dan saya tertunduk.

“Saya beritahu dia sepatutnya berehat kerana khidmat dia untuk berdakwah masih diperlukan. Apatah lagi selepas tiga hari menjalani kimoterapi namun dia tidak mahu dan nak teruskan berdakwah,” kata Hanafiah.

Menurutnya, Mr Os beritahu sepanjang dia sakit, sudah 22 kali menjalani rawatan kimoterapi.

“Allahyarham juga sanggup terima undangan berceramah walaupun bayaran tidak sebanyak seperti undangan melawak dan mengacara. Dia tidak kisah mengenai bayaran,” katanya.

Menurutnya, Mr Os tidak menyatakan mahu meninggalkan dunia seni malah akan meneruskannya seperti rancangan Oh! My English kerana ada mesej.

Sumber
Read More

Rahsia Make Up Tahan Lama

1 comment

Rahsia Make Up Tahan Lama


Rahsia Make Up Tahan Lama


Sebenarnya Reen bukan seorang yang gemar bersolek.. Sebab utama Reen kurang bersolek kerana Reen mempunyai kulit wajah yang sensitif.. Reen ambil masa bertahun nak rawat kulit wajah Reen.. Sekarang Alhamdulillah, jerawat dan kurang tumbuh..

Reen bermakeup di masa tertentu je seperti ke kenduri. Kalau nak saja-saja nak jalan, Reen biasa sapu bedak dan gincu je...

Reen nak kongsi rahsia makeup tahan lama.. sejak menggunakan Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi, Reen manjadi salah seorang yang minat produk Sendayu Tinggi sehingga sanggup berdaftar menjadi salah seorang ahli Sendayu Tinggi.. (SW010970 - no ahli Reen, kalau korang nak beli dengar harga Ahli Sendayu Tinggi bolehlah guna Id Reen ni)

Rahsia Make Up Tahan Lama
Code : Too Pretty

Reen guna Doll Skin Foundatiin ni semasa kenduri kahwin kakak Reen bulan Mac lepas dan majlis akikah anak sepupu awal bulan April.. Terbukti makeup tahan lama bila menggunakan Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi ni. Selain itu Doll Skin Foundation ni waterproof sebab masa kenduri akikah anak sepupu, hujan lebat masa tu dan makeup kat wajah Reen tak luntur kena air..

Memang best sangat menggunakan produk dari Sendayu Tinggi.. Semua produk sangat berkualiti dan terjamin..



Read More

Mungkinkah?

1 comment

Mungkinkah? Hanni Ramsul

Mungkinkah? Hanni Ramsul

Mungkinkah? Jalan cerita yang menarik bagi Reen yang minat baca novel..  Reen bagi 4.5/5 bintang untuk novel Mungkinkah?

Novel Mungkinkah? Karya Hanni Ramsul ni berkisahkan Arisa yang mempunyai suami yang tak guna.. Seorang suami yang dayus sebab hidupnya di tanggung isteri.. Suami Arisa ni tahu nak susahkan hidup Arisa je. Sanggup peras ugut dan buat fitnah kat Arisa sampaikan ayah Arisa meninggal dunia di serang sakit jantung sebab fitnah suami Arisa...

Sampai satu tahap, Arisa dah tak tahan nak hidup bersama lagi dan minta cerai. Tapi suami Arisa ni tak nak lepaskan Arisa. Bagi suami Arisa, kalau dia ceraikan Arisa, dia akan hilang punca pendapatan sebab Arisa ni 'Mesin ATM' dia.. Dan kalau Arisa tetap nak bercerai, Arisa kena Bayar Tebus Talak...

Disebabkan dah tak tahan dengan sikap Radhi, Arisa meminjam wang dari bos dia untuk bayar tebus talak. Ingatkan aman lepas tu tapi bos Arisa ambil kesempatan sebab dah jatuh cinta dengan Arisa. Fitnah yang dilemparkan bekas suami Arisa menyebabkan isteri bos menyerang dan menyebabkan Arisa mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sudah jatuh di timpa tangga. Bos Arisa tak nak lepaskan Arisa. Macam-macam di lakukan supaya Arisa tak berhenti kerja dan setuju kahwin dengannya.. 

Arisa tetap dengan keputusan tak nak menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga bos dia dan mencari pekerjaan lain. Dan rezeki menyebelahi Arisa apabila mendapat pekerjaan di tempat lain.

Di tempat kerja baru pula, bos baru Arisa iaitu Zariff tertarik dengan Arisa sehingga sanggup menjadikan Arisa teman wanita simpanan.. Kalau diikutkan hati, Arisa nak berhenti juga tapi bila memikirkan adik-adiknya Arisa sanggup bertahan. Dan selain itu Arisa tertekan dengan ugutan bekas bosnya yang menuntut Arisa menjelaskan pinjamannya..

Zariff rasa tercabar kerana tawaran mengajak Arisa menjadi temannya sentiasa di tolak Arisa. Dan bila Zariff tahu masalah kewangan yang di hadapi Arisa, Zariff menawarkan pertolongan dengan syarat Arisa setuju menjadi temannya..

Tawaran Zariff di terima Arisa dengan syarat Zariff harus mengahwini Arisa dan Zariff mahu perkahwinan mereka di rahsiakan.. Niat asal Zariff yang pada mulanya hanya mahu Arisa teman bermesra berubah apabila hidup bersama keluarga Arisa.. Perkawinan itu mengajar Zariff menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab..

Apabila mengenal hati budi Arisa, Zariff jatuh cinta dengan Arisa tapi malangnya Arisa tidak percaya dengan cinta lagi. Pengalaman perkawinan dulu dan cara Zariff mendapatkannya memberi kesan kehidupan Arisa.. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”


Khuluk (Tebus Talak)


Pengertian Khuluk

1. Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran) kepada suami. Cara ini juga dipanggil tebus talak.

2. Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

3. Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

Talak (yang boleh dirujuk' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepasnya (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengambil bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Baqarah : 229
Read More

Sotong Masak Kicap Ala Paprik Mudah Dan Senang

1 comment

Sotong Masak Kicap Ala Paprik Mudah Dan Senang


Sotong Masak Kicap Ala Paprik


Menu untuk makan tengah hari ni Reen dan keluarga sangat mudah dan senang.. Sotong Masak Kicap Ala Paprik...

Langkah pertama sebelum masak sotong ni, Reen rebuskan sotong sekejap..
  CARA REBUS SOTONG TANPA AIR

Bahan-bahan :

  • 1kg sotong
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 10 sudu sos cila
  • 10 sudu kicap masin
  • 1 sudu gula
  • Minyak masak


Cara-cara :

  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bawang putih dan merah yang telah di tumbuk..
  • Kacau sehingga bawang garing.
  • Masukkan sos dan kicap. Kacau sehingga sebati..
  • Masukkan gula dan kacau lagi..
  • Biar sebentar sehingga mendidih...
  • Selepas itu, masukkan sotong... 
  • Gaul sehingga sebati dan sehingga sotong masak..
  • Kalau tak cukup masin, masukkan sedikit garam...
  • Tutul api. Siap.. 
  • Selamat mencuba..
Read More

Biodata Hero Dan Heroin Drama Duda Terlajak Laris

Leave a Comment

Biodata Hero Dan Heroin Drama Duda Terlajak Laris



Biodata Hero Dan Heroin Drama Duda Terlajak Laris

BIODATA IDRIS KHAN

Nama Penuh : Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan

Nama Komersial : Idris Khan

Umur : 28 Tahun (2016)

Tarikh lahir : 15 Disember 1988

Asal : Cheras, Kuala Lumpur

Pendidikan  : Pernah bersekolah di Paris (Perancis), Belgium, Oman, Taiwan dan Pakistan.

Pendidikan Tinggi : Memiliki ijazah sarjana muda perniagaan antarabangsa daripada HELP University

Adik Beradik : Anak kelima daripada enam adik-beradik lelaki

Kerjaya : Model, Pengacara Dan Pelakon

Bisness : Eat With Mune (Instagram)

Drama : Puteri Gunung Ledang, Drama Uda Dan Dara, Cinta Hati Abah

Telemovie : Abang Sado Kau Ado

Instagram : https://instagram.com/theidriskhan

Twitter : https://twitter.com/theidriskhan

Biodata Idris Khan


Biodata Zara Zya

BIODATA ZARA ZYA

Nama penuh : Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin

Nama komersial: Zara Zya
 
Tarikh lahir : 22 Oktober 1985 

Umur : 31 tahun ( 2016 )

Pendidikan : ASWARA

Adik Beradik : anak bongsu dari 4 beradik

Drama : Love You Mr Arrogant, Zahira, Supermak, Delina, Haryati2, Tanah Merah (NTV7), Puisi Cinta Rubiah,Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan, Bujang Sepah Lalalitamplom,
Sumayyah, Haryati2, Ais Krim, Roti dan Gol, KItab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis Yang Calar, Bilik No.13, Gila, Now And Forever

Teater : Dan 3 Dara Terbang Ke Bulan, Lorong Neraka.

Instagram : http://instagram.com/zarazya

Read More

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

1 comment

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris




Sebuah lagi adaptasi novel, Drama Duda Terlajak Laris bakal disiarkan di slot Akasia bermula pada 11 April 2016 menggantikan drama, Tundukkan Playboy Itu.. Drama arahan Fairuz Loy ini bakal menggandingkan dua pelakon utama iaitu Idris Khan dan Zara Zya.

Drama Duda Terlajak Laris diterbitkan oleh Primeworks Studio Sdn Bhd. Turut berlakon dalam drama ini adalah Wawa Zainal, Bella Nazari, Ikhlas Jalil, Anis Al Idrus dan ramai lagi.

  Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

Drama Duda Terlajak Laris mengisahkan tentang Zafran Aldrin atau lebih mesra dipanggil Zack yang terpaksa bernikah dalam usia 18 tahun. Dia terpaksa berkahwin dengan Pehah setelah diperangkap dalam satu insiden menukar sebiji mentol.

Selepas majlis perkahwinan tersebut, Zack membuat keputusan tersebut untuk melarikan diri ke Australia dan tinggal bersama kakaknya. Di sana Zack mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran.

Selepas dua tahun, Zack kembali ke Malaysia setelah mendapat berita pemergian Tok Ayahnya. Tanpa alasan yang munasabah, Zack telah menceraikan Pehah dengan talak satu. Kata Pehah suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata Pehah itu ibarat satu sumpah.

Selepas 8 tahun berlalu, ibu Zack mahukan Zack berkahwin semula dan memiliki keluarga sendiri. Setelah beberapa kali Zack putus tunang, ibu Zack mulai putus asa. Kakak Zack cuba memperkenalkan Idayu. Idayu telah lama menyukai Zack. Zack sekadar merelakan dirinya ditunangkan dengan Idayu.

Selapas itu muncul pula Anis Nabihah. Melihatkan Anis, Zack teringatkan Pehah. Zack mula merapati Anis namun tindakannya itu membuatkan Idayu cemburu. Ketika membawa rasa kecewa, Idayu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan telah meninggal dunia.

Suatu hari Zack sakit gigi dan telah pergi mendapat rawatan di sebuah klinik pergigian. Di situ dia telah bertemu dengan seorang doktor gigi bernama Inas. Doktor gigi itu berpurdah. Zack merasakan ada sesuatu yang pelik pada diri Inas. Dan dalam masa yang sama dia turut menyukai Inas.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Adakah Zack akan bertemu semula dengan Peah?

Dah baca Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris, jangan lupa saksikan drama ini bermula pada 11 April setiap Isnin hingga Khamis, 7.00 malam di TV3.

BIODATA HERO DAN HEROIN DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris

Read More

Resepi Puding Sumi Yang Lazat

1 comment

Resepi Puding Sumi Yang Lazat


Puding Sumi, Agar-agar Sumi


Minggu lepas, Reen buat Puding Sumi ni untuk di hidangkan pada tetamu.. Alhamdulillah, percubaan pertama membuat puding menjadi. Walaupun Sumi timbul sebelah.. hahaha..

Insya Allah percubaan kedua ketiga nanti pasti lebih baik..

Puding Sumi


Bahan-bahan
  • 1 Paket Agar-agar Tali 37.5g
  • 8 Cawan air
  • 1/4 Cawan gula pasir
  • 1 Tin Susu Cair
  • 2 Paket Sumi

Cara-cara :
  • Masakkan air dan agar-agar tali hingga betul-betul hancur.
  • Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur
  • Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati
  • Perlahankan api
  • Sebelum tu susun sumi di dasar acuan
  • Masukkan agar-agar, sedikit demi sedikit agar sumi stabil dan melekat
  • Boleh curahkan agar-agar bila sumi dah melekat
  • Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya
  • Sejukkan dalam peti ais.

Sumber resepi : Suhaili Shamsudin 😉

Puding Sumi, Agar-agar Sumi

Read More

Rahsia Tahi Lalat

Leave a Comment

Rahsia Tahi Lalat


Rahsia Tahi Lalat

Tahi lalat, setiap manusia pasti memiliki tahi lalat atau bintik hitam tidak kira di tangan, kepala, badan, kaki dan pada setiap anggota badan. Tahukah kamu bahawa setiap tahi lalat itu mempunyai maksud tersendiri.

1. Bibir

  • Kamu seorang yang bijak dan baik hati. Ramai suka dengan kamu kerana kamu seorang yang ramah dan mesra apabila bertemu dengan seseorang atau kenalan. Orang yang memiliki tahi lalat di bibir ini, ada yang mengatakan dia seorang yang manis apabila berkata-kata dan tidak mudak mengaku kalah dalam apa yang kamu lakukan.


2. Leher

  • Memiliki tahi lalat di leher menunjukkan kamu seorang yang cerdas dan kuat ingatan kerana banyak benda yang kamu ketahui. Kamu seorang yang rajin terutama dalam membaca dan suka mengambil cabaran.


3. Mata

  • Tahi lalat di mata menunjukkan kamu seorang yang baik dan sopan. Apabila seseorang bertanyakan tentang soalan yang kamu tidak senang untuk jawab, kamu akan manipulasi jawapan kamu agar mereka tidak memperlekeh atau fikir sebaliknya tentang kamu. Kadang-kadang kamu suka membohong kepada orang yang kamu jumpa tetapi atas tujuan yang baik.


4. Punggung

  • Orang memiliki tahi lalat di punggung ini menunjukkan seorang yang malas dan suka duduk. Jika kamu memilikinya, kamu akan mengalami kesulitan untuk bangun apabila kamu sudah mula duduk.


5. Betis

  • Jika kamu memiliki tahi lalat di betis, kamu seorang yang tidak suka duduk diam. Kamu merupakan seorang yang jenis rajin dan suka bekerja. Kadangkala kamu juga suka boros atas perkara yang tidak mendatangkan faedah kerana kamu suka perkara yang menarik minat kamu ketika itu.


6. Lutut

  • Jarang nak lihat orang memiliki tahi lalat di lutut. Tahi lalat di lutut melambangkan seseorang itu tidak suka untuk berusaha dan mengharapkan kepada orang lain. Jika ditegur, dia akan tidak peduli atas teguran.


7. Kepala

  • Tahi lalat di kepala menunjukkan kamu seorang yang jujur, sabar dan tekun dalam melaksanakan sesuatu. Kamu sering kali didatangi dengan pelbagai rintangan dan itu membuatkan diri kamu menjadi kuat dan kental.


8. Kening dan Hidung

  • Kamu seorang yang cekap dalam melakukan kerja. Memiliki tahi lalat di hidung menunjukkan kamu disukai ramai orang. Tetapi dalam diam kamu juga seorang yang keras kepala dan ego. Bagi kamu, pendapat kamu adalah betul dan susah untuk kamu terima pandangan orang lain.


9. Dada (Lelaki dan Perempuan)

  • Ia melambangkan kamu seorang yang baik hati. Sifat baik kamu membuatkan kamu memiliki ramai kenalan dan setia pada pasangan kamu. Kamu juga seorang yang pendiam dan suka menyimpan rahsia.


10. Pipi

  • Memiliki tahi lalat di pipi amat manis bila di pandang. Kebanyakkan lelaki mudah jatuh hati kepada perempuan yang memilikinya. Jika kamu memiliki tahi lalat di pipi, kamu seorang yang pemalu. Walaupun pemalu, kamu memiliki kenalan yang ramai dan mereka suka apabila bersama dengan kamu.
Read More

Cara Rebus Sotong Tanpa Air

1 comment

Cara Rebus Sotong Tanpa Air


Cara Rebus Sotong Tanpa Air


  • Basuh sotong yang telah di potong sehingga bersin
  • Tus / buang air sotong
  • Masukkan sotong yang telah di tus ke dalam kuali / periuk
  • Buka api dan letakkan kuali / periuk di atasnya
  • Sotong nanti akan mengeluarkan air sendiri semasa di rebus
  • Kacau sotong dan jangan rebus terlalu lama. Kalau rebus terlalu lama, sotong akan menjadi liat dan keras.
  • Anggaran masa rebus dalam 5-10 minit atau separuh masak.
  • Tutup api dan buang air rebusan.. 

Ini cara yang di ajar Mak Reen sebelum memasak sotong.. 
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...