Sinopsis Lara Terindah

Leave a Comment

Sinopsis Lara Terindah


Sinopsis Lara Terindah

Sinopsis LARA TERINDAH

Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar.

Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya.

Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi.

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

Sinopsis Lara Terindah

JUDUL : LARA TERINDAH
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mohd Azmy Ariff
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Nelydia Senrose sebagai Elena
Nazrief Nazri sebagai Razlan
Nonny Nadirah sebagai Nisa
Bil Azali sebagai Ali
Hafeez Mikail sebagai Faiz
Jasmin Hamid sebagai Datin Liza
Rahhim Omar senagai Dato Kamal
Mustaqim Bahadon sebagai Azim
Ika Nabella sebagai Lela

Read More

Tip Memilih Nude Lipstik Mengikut Tona Kulit

4 comments

Tip Memilih Nude Lipstik Mengikut Tona Kulit


Nude Lipstik.. Tengok orang guna nude lipstik ni nampak cantik je... nampak sangat nuetral dan sangat sesuai dengan bibir dan kulit mereka.. Tapi tak semua wanita di luar sana sesuai menggunakan nude lipstik.. Sebelum membeli dan menggunakan warna nude lipstik ni, kita kena tahu tona kulit kita macam mana.. dan warna nude lipstik apa yang sesuai dengan bibir dan wajah kita..

Tip Memilih Nude Lipstik Mengikut Tona Kulit

Untuk mereka yang berkulit Putih. Nude Lipstik yang sesuai ialah warna light pink iaitu memiliki sedikit sentuhan peach atau coral... Pilih warna yang cerah untuk mengelak diri korang kelihatan pucat atau sakit..

Untuk mereka yang berkulit Kunig Langsat pula.. Nude Lipstiks yang sesuai ialah warna orange peach, medium pink atau apricot. Warna ini sangat sesuai untuk kulit wanita Asia..

Untuk kulit Sawo Matang.. mereka yang memiliki kulit yang tidak terlalu putih atau gelap.. Warna Nude Lipstik yang sesuai ialah warna rose, caramel, atau dark apricot

Dan untuk mereka yang memiliki kulit yang Gelap.. Nude Lipstik yang sesuai ialah brownish red, dark berry atau dark beige


Oleh itu, sebelum membeli Nude Lipstik, pastikan tona kulit korang dahulu... jangan terikut-ikut bila melihat orang lain cantik pakai warna tu.. korang pula cuba warna tu juga... kalau sesuai dengan korang tak pe juga.. kalau tak sesuai.. huhuhu.. lipstik pula korang salahkan... rasa rugi bila duit melayang dan lipstik tak di gunakan sebab tak sesuai dengan tona kulit... 





Read More

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita

1 comment

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita 



Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita | Tidak selesa ketika di datangi 'sahabat karib' setiap bulan!!!... Huuwaaaa.... sampai satu tahap, menyebabkan emosi tak stabil... Pantang ada salah sikit, silap sikit semua perkara boleh menyebabkan mood berubah 100%... Itulah yang Reen alami, kedatangan 'sahabat karib' ni berserta pakej senggugut.. Hari pertama sehingga hari ketiga merupakan hari yang sangat tidak selesa. Dan 'Period pain' ini menyebabkan satu apa pun kerja tak dapat di buat... Masa tu, apa yang mampu Reen buat hanya baring dan tidur untuk meredakan sakit. Bukan setakat masalah emosi dan kesakitan senggugut je yang Reen hadapi, masalah lain pun ada.. iaitu masalah tidak selesa sepajang hari.. Tak selesa sebab menghadapi kebocoran yang pasti memalukan, lepas tu rasa melekit dan berbau, yang mampu menyebabkan kita hilang keyakinan diri.. 

Amez Care salah satu produk intim wanita.. Untuk pengetahuan korang Amez Care merupakan Tuala Wanita Berherba.. Buka je plastik pad, harum je bau herba dan berangin je semasa menggunakannya.. First day period memang sangat selesa di gunakan walaupun kebiasaan akan di serang senggugut. Rasa berangin tu, mampu mengurangkan kesakitan senggugut yang di alami.. Dan aktiviti harian yang biasa Reen lakukan tidak terganggu semasa period.

Tuala wanita Amez Care ni selain mengandungi herba, ia juga mengandungi negatif ion, infrared, nano silver, pappermint, lavender, aleo vera dan extra teh.

Amez Care terdiri daripada 3 jenis iaitu Amez Day, Amez Night dan Amez Pantyliner.

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita
Amez Care Day
Amez Care Day di reka khas untuk penyerapan cepat dan selesa di gunakan di waktu siang hari. Selain itu, Amez Care day juga membantu dalam perencatan pertumbuhan bakteria di kawasan yang paling sensitif iaitu kawasan intim wanita dan membantu dalam pembersihan dan mengekalkan kesegaran di waktu siang...

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita
Amez Care Overnight
Kadang-kadang beberapa gejala akan di alami ketika period di malam hari seperti kekejang, rasa kembung yang menyebabkan kita sukar untuk tidur dengan lena serta rasa tidak selesa kerana risau mengalami kebocoran ketika tidur yang menyebabkan pergerakan kita terbatas semasa tidur. 

Amez Care Overnight di reka khas untuk mengatasi masalah-masalah period di malam hari iaitu untuk melindungi kebocoran di malam hari supaya kita dapat bergerak dengan selesa di atas katil setiap malam.

Amez Care Rahsia Keyakinan Dan Keselesaan Wanita
Amez Care Pantyliner
Amez Care Pantyliner pula di reka khas untuk kegunaan harian. Kebiasaannya, Reen akan gunakan pantyliner ni untuk melindungi pakaian daripada kesan basahan, selain itu ia juga berfungsi ketika mengalami keputihan. 

Setiap kandungan herba yang ada di dalam Amez Care memainkan peranan yang penting, seperti ;

1. Aloe Vera - Ini adalah antiseptik yang kuat yang akan melegakan kulit dan membersihkan kawasan sensitif tubuh wanita.

2. Peppermint - Ini melawan jangkitan dan bakteria. Di samping itu, ia berkesan menghilangkan kesakitan dan membantu menghilangkan gejala haid menyusahkan.

3. Tea Extract Plant - Ini alat bantuan bahan dalam peredaran darah dan mengurangkan peluang pembangunan darah beku.

4. Chamomile Oil - Ubat herba melawan jangkitan, memerangi penindasan mental, dan mengurangkan keradangan.

5. Lavender - Ini membantu dalam penghapusan ketegangan saraf, mengurangkan kesakitan, membasmi kuman kulit, dan melegakan kebimbangan dan kemurungan.


Kesimpulannya, Amez Care merupakan tuala wanita yang lain dari yang lain. Direka dengan adanya sayap supaya tuala wanita tidak lari dari kedudukan asalnya dan selesa di pakai sepanjang hari. Selain itu, tuala wanita Amez Care mudah menyerap pada kadar yang tinggi, menghilangkan kelembapan dari kulit, membersihkan faraj, anti bakteria dan menghapuskan gejala-gejala yang tidak selesa semasa period.. 

Sangat sesuai dan korang boleh dapatkan Amez Care di pasaraya pilihan atau AEON atau di laman web www.amezcare.com 

Atau untuk maklumat lanjut, boleh juga layari
Read More

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil

3 comments

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil


Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

Sikap menabung atau menyimpan wang di kalangan anak-anak harus disemai dari kecil.. Anak-anak kecil ini sifatnya 'copy and paste'.. iaitu 'copy and paste' sikap ibu bapa dan orang sekelilingnya... Untuk menunjukkan sikap dan sifat yang baik kepada anak-anak, ibu bapa harus mengaplikasikan sikap dan sifat yang baik tersebut di hadapan anak-anak untuk di contohi.. Begitu juga sikap yang berkaitan pengurusan wang seperti SIMPAN, BELANJA dan SEDEKAH... Dengan adanya  KIT BIJAK MENABUNG.. Insya-Allah memudahkan lagi ibu bapa atau penjaga mendidik sikap menabung dikalangan anak-anak.

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

SIMPAN - Belajar menyimpan untuk mencapai matlamat.. Sejak dari kecil, itu yang ibu bapa Reen ajar kat Reen... Bila Reen inginkan sesuatu, Reen akan menyimpan wang belanja dan apabila wang tersebut telah mencukupi, Reen akan membeli barang yang Reen inginkan dengan hasil simpanan Reen tadi.. Dari situ, Reen dapat rasakan kepuasan menyimpan dan membeli dari usaha sendiri.

BELANJA - Pat belanja ni, dari kecil sampai besar ni, Reen akui yang Reen boros sikit.. huhu.. Sampai satu tahap, Reen kena mindset kan diri Reen ketika berbelanja.. Salah satu cara untuk Reen kawal diri masa berbelanja ialah menyenaraikan apa yang perlu di beli. Apa yang tak ada dalam senarai belanja, mohon tabahkan diri supaya tak membeli.. huhuhu

SEDEKAH - Jangan di sebabkan kita takut duit yang dikumpul lambat mencapai sasaran, kita jadi kedekut dan takut untuk bersedekah... Sikap negatif tu kena buang, Reen pernah dengar 'nak kaya, bersedekahlah'.. Tak salah kalau berkongsi sedikit rezeki kita kepada orang lain.. Ok, Reen bagi contoh paling mudah.. kebanyakkan anak-anak sukakan haiwan... Reen selalu tengok, anak-anak tertarik dengan haiwan terutamanya kucing, tanamkan dalam diri anak kecil itu dengan sikap berkongsi rezeki iaitu dengan memberi makanan kepada kucing tu.

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

Dalam mendidik anak-anak menabung ni, biarlah menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi anak-anak... Setiap kali anak-anak memasuki duit ke dalam tabungan, bagi mereka kata-kata pujian supaya mereka bersemangat untuk terus menabung.. Selain itu, ajar anak-anak cara mengumpul duit..

Macam mana nak kumpul duit.. masa Reen kecil-kecil dulu selain dari menyimpan duit belanja sekolah untuk cukupkan duit, salah satu cara lain Reen kumpul duit dengan minta upah... hehehe.. Reen dapat upah dari tolong mak, bapa dan saudara mara.. dapat upah 20sen hingga 50sen pun dah cukup gembira.. Sikit sikit lama lama jadi bukit...

Bahagian yang paling mencabar dalam menyimpan duit ialah godaan nak belanja duit yang di simpan tu... kadang-kadang tu hampir tersasar dari target awal.. Pat ni kena sentiasa mindsetkan dan ingatkan diri tujuan dan matlamat kita kumpul duit.. Anak-anak juga begitu juga, setiap kali diorang hampir tersasar, ingat kan kembali matlamat diaorang..

Dan Insya-Allah, apabila hasil simpanan mencukupi, kita akan dapat melihat hasilnya... Dalam masa yang sama, selain dari belajar menyimpan, anak-anak juga di semai dengan sikap murni bersedekah dan mereka boleh mengawal diri dalam berbelanja.

Mendidik Anak-Anak Pengurusan Wang Sedari Kecil, Kit Bijak Menabung MyCEO

Apa yang best di dalam SET KIT BIJAK MENABUNG di sediakan 3 Tabung (wow.. selalunya kita beli satu tabung khas untuk menyimpan je, ni dapat 3 tabung) untuk melatih anak-anak dalam pengurusan wang seperti menyimpan, berbelanja dan bersedekah.  Tabung yang lutsinar ni, sangat menarik  kerana anak-anak akan lebih bersemangat untuk menabung setiap kali melihat hasil tabungan yang semakin bertambah... Sekiranya tabung terjatuh, usah risau kerana tabung tak mudah pecah kerana diperbuat daripada plastik dan selamat untuk anak-anak memegang.

Kit Bijak Menabung mengandungi :

1. Satu Set Tabung (Simpan, Belanja dan Sedekah)
2. Buku Seronoknya Menabung
3. Buku Bajet
4. Buku Rekod Duit Saya
5. Buku Matlamat dan Stiker
6. Carta Upah Magnetik dan Stiker
7. Buku Panduan Ibu Bapa

Reen memang tertarik dengan Kit Bijak Menabung ni, sebab boleh mendidik dan melatih anak-anak dengan baik dan bijak mengenai pengurusan wang. Yang menarinya, Kit Bijak Menabung My CEO ni merupakan sebuah produk yang baru untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang pengurusan wang. Dan produk ini telah mendapat pengikhtiarafan daripada pihak kementerian dan guru-guru sekolah..

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Website : www.myceo.com.my
Instagram : myceo2015
Untuk pembelian : Boleh hubungi 03-61516555 / 012-4220677 atau beli online di https://myceokidseducationproduct.easy.co/ 

Pihak MyCEO juga ada membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga MyCEO (Agen/Stokis)
Read More

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Leave a Comment

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku


Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Drama terbaru adaptasi novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz yang bakal menggantikan drame Lelaki Macam Dia di Astro Ria. Drama komedi romantik arahan sutradara Eyra Rahman itu mengandingkan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Akan ditayangkan bermula 15 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. 


JUDUL : SI KOLOT SUAMIKU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mig Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Waris, Kuza, Atikah Suhaime, Fahmy Reza, Shiela Mambo, Kismah Johar, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Dania Azmi, Vicha Saywho, Epy Kodiang, Tengku Fiella, Syaa Nasir, Lisdawati, Kazar, Zila Bakarin


Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!


Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.


Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.


Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.


Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Read More

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

2 comments

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!


ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

MERDEKA SALE!!!
WOW.... Bila sebut sale... mesti semua orang tertarik kan...

Sebelum tu, Reen nak khabarkan yang Reen sekarang buat bisness kecil-kecilan... Buat masa sekarang Reen join Agen Dropship.. Doakan, Reen maju dan jaya ye..

Ok, sambung semula..
Sale!!! Sale!!! Sale!!! Merdeka Sale!!!
Beli satu... Percuma satu...
Buy One... Free One...

Elmira Skirt Printed sekarang ada SALE...
Material crepe yang sangat best dan selesa dipakai…yang penting...
TIDAK PERLU IRON!!! TIDAK JARANG!!

Harga?????????? 
PROMOSI BESAR-BESARAN SEPANJANG BULAN INI! 
SEHINGGA 31 OGOS 2016...

NORMAL PRICE: RM69 sehelai
HARGA JUAL : RM69 utk 2helai
( RM10 for postage )

~Free Saiz (muat untuk yang berbadan S,M,L)

~ Ukuran :
-pinggang 40" (keliling)
-pinggul 42"
-lebar kembang dibawah 62"
-labuh 38"

Hubungi 📲 010-5255601....
Hubungi 📲 010-5255601....
Hubungi 📲 010-5255601....


ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!

ELMIRA SKIRT | MERDEKA SALE!!!


Untuk melihat lagi banyak koleksi, sila layari

Facebook : https://www.facebook.com/dsreena/
Instagram : https://www.instagram.com/ds_reena/
Read More

Kelebihan Dan Keistimewaan Bawang Putih

3 comments

Kelebihan Dan Keistimewaan Bawang Putih


Kelebihan Dan Keistimewaan Bawang Putih

Selain sebagai penyedap masakan, ternyata khasiat bawang putih ini tidak ternilai!

Bawang putih banyak digunakan dalam setiap masakan. Di samping itu, bawang putih juga berkhasiat sebagai ubat-ubatan untuk pelbagai jenis penyakit. Jadi, anda perlu tahu apa sahaja manfaat ataupun khasiat bawang putih.


1. Mengatasi Masalah Jerawat
- Bawang putih merupakan ubat semulajadi yang mampu mengusir jerawat kerana mengandungi antioksidan yang boleh membunuh bakteria. Gosok hirisan bawang putih pada jerawat di wajah secara perlahan-lahan.


2. Menyembuhkan Penyakit Kulit
- Khasiat bawang putih dikatakan sangat berguna untuk mengurangi infeksi penyakit kulit. Cuba sapu sedikit minyak bawang putih di kawasan yang telah dijangkit itu. Lakukan secara rutin untuk hasil kulit yang lebih sihat dan halus.


3. Mencegah Rambut Rosak
- Bawang putih boleh mengatasi masalah rambut rosak. Dengan kandungan ‘allicin’ yang tinggi, khasiat bawang putih ini dipercayai sangat berkesan untuk mencegah rambut rosak.
- Urut kulit kepala dengan minyak bawang putih bagi merangsang pertumbuhan rambut.


4. Mencegah Serta Mengubati Perut Kembung
- Pengambilan bawang putih secara teratur boleh menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bawang putih menghancurkan bakteria usus berbahaya dan membuatkan penghadaman menjadi lebih lancar.


5. Mencegah Kanser
- Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat membantu mencegah kanser. Jika anda adalah seorang yang kuat merokok, anda boleh mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanser.


6. Meredakan Rasa Kebas Sendi
- Jika anda menderita arthritis, hancurkan bawang putih mentah kemudian tuamkan pada bahagian lutut atau sendi-sendi yang kebas. Bawang putih akan meredakan rasa kebas tersebut.


7. Mengatasi Diabetis
- Jika anda penghidap diabetis, bawang putih juga baik untuk mengawal jumlah kadar gula di dalam darah.


8. Melancarkan Perjalanan Darah
- Mengunyah bawang putih juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah serta membuka pembuluh darah yang tersumbat.


9. Menghilangkan Gatal Akibat Kulat
- Dengan sifat anti kulat, bawang putih dapat menjadi ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendak kaki dalam bekas berisi air suam dan cincang bawang putih tersebut.


10. Menghalau Nyamuk Dan Serangga
- Bukan ‘hantu’ sahaja yang takut dengan bawang putih (hehhehe…), tapi anda patut mencuba petua ini, bahawa nyamuk juga takut dengan bawang putih.
- Gosok bawang putih pada kulit untuk menghalau nyamuk atau letakkan sahaja bawang putih yang sudah dikupas kulitnya di mana-mana tempat yang anda rasakan banyak nyamuk.


Selamat mencuba...
Read More

Semak Kelajuan Website Anda Di Server Speed Checker

3 comments

Semak Kelajuan Website Anda Di Server Speed Checker


Kelajuan sebuah website mampu mempengaruhi seseorang melawat sesebuah blog.. Memang diakui, bila sesebuah website itu terlalu perlahan untuk dimasuki, ia mampu membuat pelawat lari dari website kita... 

Adakah Website Anda Cukup Kuat? Untuk mengetahui adakah laman web kita kuat atau tidak, boleh semak di SERVER SPEED CHECKER..  Serves Speed Checker akan menguji kelajuan website di 8 buah negara iaitu New York, LA, London , Brazil , India, Singapura, Jepun dan Australia.

Semak Kelajuan Website Anda Di Server Speed Checker

Serves Speed Checker ini akan menguji tindak balas hosting korang. Kelajuan hosting korang bergantung kepada beberapa faktor seperti kelajuan serves ke lokasi hosting korang. Selain itu, kod, caching, kandungan sistem penyampaian dan banyak lagi juga boleh mempengaruhi kelajuan website kita.

Respon tindak balas kelajuan website kita pula bergantung kepada kualiti rangkaian (network). Dan menurut GOOGLE, response speed yang terbaik ialah bawah 200ms.

Reen cuba uji dua website rakan blogger... 

Semak Kelajuan Website Anda Di Server Speed Checker

Semak Kelajuan Website Anda Di Server Speed Checker

Walaupun dapat B, Reen rasa website Nazlee dan Wayne antara website yang laju Reen jumpa... 

Semak Kelajuan Website Anda Di Server Speed Checker

Website YOUTUBE pula dapat A+.. wow memang terbaik, antara laman web yang banyak pelayar.. 

Jum Semak Kelajuan Website Anda Di Serves Speed Checker di http://www.bitcatcha.com/
Read More

ABS Powerbank Nipis, Ringan Dan Kapasiti Besar

2 comments

ABS Powerbank Nipis, Ringan Dan Kapasiti Besar


ABS Powerbank Nipis, Ringan Dan Kapasiti Besar

Berat... bila dah berat pasti sukar nak di bawa dan simpan.. Selain itu, bateri powerbank yang kapasiti rendah juga menjadi salah satu faktor yang kebanyakkan orang tak nak beli dan tak bertahan lama menggunakan powerbank walaupun tahu kepentingan powerbank.. Bagi mereka yang sangat aktif menggunakan gadget seperti handphone atau tab, pasti bateri cepat habis.. Reen salah seorang di antara mereka-mereka yang tak bertahan lama menggunakan powerbank kerana sebab di atas... hehehe.. Agak sukar untuk mencari powerbank yang ringan, mempunyai kapasiti bateri yang besar serta mudah di bawa dan di simpan di dalam beg.. Dan Reen dah jumpa powerbank yang menepati ciri-ciri yang Reen nak.. iaitu ABS POWERBANK..

ABS Powerbank Nipis, Ringan Dan Kapasiti Besar

ASB Powerbank memang berbaloi untuk dimiliki.. Bila bateri handphone 'nazak', ASB powerbank mampu mengecas handphone dengan cepat. Selain itu, rupa bentuk dan warna ASB powerbank ni sangat menarik. Banyak kelebihan yang ada pada powerbank ni Reen suka.

ABS Powerbank Nipis, Ringan Dan Kapasiti Besar

Antaranya ialah :
1 ) Ringan - Berat Powerbank cuma 18Gram.
2 ) Mudah Di Bawa - Senang di simpan di dalam beg dan mudah di bawa di tangan ketika mengecas.
3 ) Kapasiti Bateri Yang Besar - 12000MAH...
4 ) Reka bentuk dan Warna yang menarik.
5 ) Dua OUTPUT : Mengecas dua gadget serentak.

ABS Powerbank Nipis, Ringan Dan Kapasiti Besar
Mampu mengecas dua gadget serentak, tak perlu risau, bila dua gadget 'nazak' bateri..

6 ) Lampu LED : Memaparkan Kapasiti Bateri Ketika Mengecas
7 ) Mengecas gadget dengan cepat (Fast Change Supply)
8 ) LED Torch Light 
9 ) CPU Supply Cut Off Control : Powerbank automatik berhenti mengecas apabila bateri gadget penuh.
10 ) Waranty selama 2 Tahun iaitu jaminan 1 to 1 exchange di seluruh Malaysia.

ABS Powerbank Nipis, Ringan Dan Kapasiti Besar

Sangat menyenangkan dan pastikan dengan mudah akan jatuh cinta dengan ABS Powerbank. Model yang Reen pakai ialah J18G.. Reen memang recommeded korang membeli ABS Powerbank ni. korang boleh KLIK SINI untuk cawangan berhampiran anda.

Satu lagi... sekarang ABS Powerbank 11 Stress Official Store http://bit.ly/ABS_11Street  mengadakan MERDEKA SALE sebanyak 20%-30% diskaun dan FREE PENGHANTARAN. 
Promosi ini sehingga 31 OGOS 2016.. 

Dan untuk mendapatkan ABS POWERBANK yang original, pastikan korang membeli, hanya di C TWO GADGET yang merupakan satu-satunya pengedar yang membekalkan ABS POWERBANK.

Facebook : ABS MALAYSIA
Instagram : ABS MALAYSIA
Read More

Suami Edisi Terhad dan Kekasih Untuk Dia

1 comment

Suami Edisi Terhad, Kekasih Untuk Dia


Suami Edisi Terhad.. Kekasih Untuk Dia...
Apa kaitan dua ni. Dua-dua adalah novel.. Suami Edisi Terhad karya MARISSA merupakan novel keluaran Karya Seni.. Suami yang romantik, penyayang dan terbaik. Sebab tu dia di beri gelaran Suami Edisi Terhad. Jalan cerita tak berat dan tak membebankan otak bila membaca.. Tapi sepanjang membaca novel ni, Reen seringkali tertanya-tanya, novel ni macam ada jalan cerita yang Reen tak tahu.. ada je imbasan lalu dalam novel tu... Sampai tak sabar nak habiskan cepat-cepat..

Bila habis baca Reen google.. tapi tak jumpa novel yang di kaitan dengan novel Suami Edisi Terhad.. Sedih sangat sebab Reen yakin, Novel Suami Edisi Terhad adalah kesinambungan novel lain...

Reen tak puas hati... cari lagi kat google, Reen taip nama Hero dan Heroin.. HAIRUL EFFENDI dan AZIAN YUHANIS.. Yeahhhh.. akhirnya jumpa novel yang ada nama watak yang sama,iaitu KEKASIH UNTUK DIA karya NUEEN tapi terbitan lain. Nama novelis pun lain.. Novelis yang sama dan mempunyai nama pena lain..

Bila dah tahu tajuk novel, gigih cari kat semua kedai buku tapi tak jumpa.. Cuba cari saller online tak de juga.. last-last Reen cari kat facebok syarikat penerbitan TERATAK KASIH.. PM kat facebook dan tunggu diaorang open oder..

Setelah baca kedua-dua novel ni.. Reen bagi 5/5 bintang...

Jom layan sinopsis Suami Edisi Terhad dan Kekasih Untuk Dia


SINOPSIS SUAMI EDISI TERHAD

Dia lelaki biasa-biasa saja, tapi apabila menjadi seorang suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa yang baik. Itulah Suami Edisi Terhad yang bernama HAZRUL EFFENDI.

“Sayang…”

“Emmm…”

“Kalau makan ikan, lepas tu jangan minum air tau.”

“Kenapa?”

“Takut ikan tu berenang dalam perut.”

Beginilah nasib seorang isteri bernama AZIAN YUHANIS yang sangat bahagia kerana memiliki seorang suami yang sangat istimewa. Kena buli selalu!

Namun rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda gelora? Pasti tak terlepas dari semua itu. Dugaan datang dari kanan dan kiri.

“Eh, mama tahu. Kamu yang hasut Hazrul, bukan? Kamu yang hasut Hazrul tinggalkan Menara Holding. Kamu takut Puteri Zahra akan rampas Hazrul, jadi kamu paksa Hazrul buat keputusan begitu. Mama baru tahu rancangan kamu. Tak sangka busuk betul hati kamu, Azian. Pentingkan diri sendiri.

Sebab takut Hazrul tak pedulikan kamu, sanggup kamu buat rancangan jahat macam tu.”

Seorang ibu mentua yang sudah diracuni fikirannya bertindak mahu meruntuhkan mahligai anak sendiri. Yang tidak-tidak saja dilakukan demi mengikut arahan si batu api bernama PUTERI ZAHRA.

Berjayakah rancangan kedua-duanya? Atau HAZRUL EFFENDI akan kekal menjadi SUAMI EDISI TERHAD dalam menghadapi kemelut yang melanda?

Suami Edisi Terhad dan Kekasih Untuk Dia

SINOPSIS KEKASIH UNTUK DIA

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.

Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.

Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang

"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."

Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.
Read More

Zinnia Inner Cleanse Penyelesaian Masalah Sembelit

Leave a Comment

Zinnia Inner Cleanse Penyelesaian Masalah Sembelit


Makan.. makan, makan dan makan...Suasana Hari Raya yang sangat meriah... Dari satu Syawal sampai nak penghujung Syawal, asyik makan je.. Bila dah mula kerja, kawan-kawan pula buat 'Open House', kat pejabat pun 'Open House' juga.., makan lagi.. Aduh... Reen dapat rasakan berat badan naik.. Makan je kerja, tapi 'membuang' jarang pula... Sampai ada yang tegur 'BULAT' sebab pipi nampak bulat... Tak boleh jadi ni... kena buang segala 'toksin'.. Beberapa hari dah tak membuang, huhu sampai rasa tak selesa..  Kena makan ZINNIZ INNER CLEANSE ni...

Pengalaman Reen makan Zinnia Inner ni, kesan dapat Reen rasa dalam tempoh 12 jam.. sebelum tidur Reen makan 1 biji je.. Keesokkan hari, fuhh.. memang lega rasa perut.. Sesiapa yang ada masalah SEMBELIT boleh cuba makan Zinnia Inner Cleanse ni..



ZINNIA Inner Cleanse adalah produk kesihatan yang :

- Diformulasikan daripada 100% rumusan herba untuk mengatasi masalah penghadaman dan melegakan sembelit (500mg per kapsul)
Beri Hawthorn 180mg
Teh Hijau 90mg
Sekam psyllium 90mg
Gelenggang 80mg
Daun Prunella Vulgaris 60mg
- Ia selaras dengan keperluan orang ramai, kerana ia mudah dan ringkas dengan hanya 1 kapsul 1 hari. 
- Inner cleanse meninggalkan kesan yang mengagumkan dan mendapatkan kembali kesihatan dan keyakinan diri, inner cleanse pasti pilihan anda.
- Mengatasi Masalah Penghadaman
- Melegakan Sembelit
- KKM : MAL14055115TC

CARA PENGAMBILAN

KHAS UNTUK PEMBACA BLOG WWW.MREENA.COM

Sekiranya korang berminat untuk mencuba ZINNIA INNER CLEANSE.. Reen ada voucher khas untuk korang. Dengan voucher ini, korang akan mendapat harga ISTIMEWA.

Hanya taip Voucher di bawa iaitu :

VTB012

Voucher code ini hanya sah mulai 1 Ogos 2016 sehingga 6 September 2016.. Apa tunggu lagi.. cepat-cepatlah membeli untuk dapatkan harga istimewa ini


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : http://www.wms.vtox2u.com/
Facebook : https://www.facebook.com/VTOX2U
Hubungi di talian : 013-393 9153 (WAWA)

Read More

Kek Kain Pelekat

4 comments

Kek Kain Pelekat


Kek Kain Pelekat, Kek Sabok Tun Razak

Kek Kain Pelekat atau di kenali Kek Sabok Tun Razak. Sabok tu bermaksud pelekat. Sedap.. Percubaan kali pertama dan Alhamdulillah menjadi...

RESEPI KEK KAIN PELEKAT


Bahan-bahan :

12 biji telur ayam
16oz mentega
2 1/2 gelas tepung gandum
1 1/2 gelas gula halus
1 tin kaya (kecil)
1 tin susu manis
1 kotak Ice-cream (Briclet) - Reen guna tepung aiskrim perisa vanila (anggaran 3 -4 gelas)
1 sudu teh sesen vanilla
1 sudu browning sugar


Cara-cara :

Mentega dan gula di pukul sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu, esen vanilla, tepung gandum dan tepung ice-cream. Kacau sehingga rata dan sebati. Bahagikan kepada 4 bahgian.

1. Bahagian pertama dan kedua di berikan pewarna kuning.
2. Bahagian ketiga, pewarna hijau.
3. Bahagian keempat masukkan browning sugar dan sekaya.

Kukus bahagian PERTAMA. Anggaran 4 lapisan. Kukus sehingga habis bahagian pertama.

Selesai bahagian pertama kukus bahadian KETIGA dan KEEMPAT berselang seli sehingga habis.

Akhir sekali kukus berlapis-lapis bahagian KEDUA yang warna sama dengan pertama. sehingga habis.

Selesai melapis semua. Kukus sehingga kek masak.


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...