Makanan Untuk Tambah Darah

Leave a Comment

Makanan Untuk Tambah Darah


Makanan Untuk Tambah Darah | Cegahlah sebelum terlambat. Mungkin anda boleh mengubah segala-galanya dengan cara pemakanan yang sihat. Perhatikan beberapa jenis makanan yang baik untuk menghindari anemia. Ada kalanya boleh membawa maut.

Makanan Untuk Tambah Darah

1. Makanan laut/ikan

Ikan bukan sahaja kaya dengan lemak omega-3. Tetapi ikan juga kaya dengan zat besi yang baik untuk tubuh. Jadi banyakkan pengambilan ikan dalam menu seharian anda.


2. Daging merah

Daging merah adalah makanan yang paling baik untuk menambah darah dalam tubuh. Pengambilan yang konsisten boleh menambahkan hemoglobin. Tetapi harus diingat jangan pula mengambil daging merah yang berlemak. Dibimbangi darah bertambah kolesterol juga turut sama meningkat.


3. Beras perang

Beras perang memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia boleh menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol dan juga gangguan pencernaan. Tahukah anda bahawa darah merah juga mempunyai zat besi yang banyak iaitu dapat meningkatkan hemoglobin.


4. Hati lembu

Hati lembu antara makanan yang sangat kaya dengan zat besi. Dengan 100 gram hati lembu ia mengandungi hampir 9mg zat besi.


5. Strawberi

Strawberi bertindak dengan dua keadaan iaitu ia membekalkan sumber zat besi yang tinggi. Mereka yang suka memakan strawberi akan mempunyai kelebihan pada tubuh.


6. Bayam

Selain dapat meningkatkan hemoglobin bayam juga mampu mengelakkan kanser dengan cara memperlambatkan pertumbuhan sel.


* Jadi sentiasalah amalkan kesemua jenis makanan ini ke dalam menu harian anda. pastinya mampu mengurangkan risiko alami anemia.

Read More

6 Punca Utama Diri Menjadi Kuat Tidur

1 comment

6 Punca Utama Diri Menjadi Kuat Tidur


6 Punca Utama Diri Menjadi Kuat Tidur


1) Kencing Manis

Awas dengan penyakit berbahaya ini sekiranya kamu selalu mengalami keletihan dan kerap mengantuk. Apabila kadar di dalam gula tinggi dalam darah, tenaga tidak dapat dihasilkan dengan baik.

Penghidap kencing manis akan muda menjadi letih dan tidak bermaya. Jika sudah mengalami kencing manis solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan 10 peratus, risiko untuk mengalami kencing manis akan berkurangan separuh.


2) Kurang Darah Merah

Perhatikan tahap kesihatan darah kamu dan pastikan kamu bebas daripada penyakit anemia. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan kamu berada dalam keadaan berisiko.

Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruhan organ. Lemah, sesak nafas dan sering berdebar-debar merupakan simptom penyakit Anemia. Oleh itu, segeralah berjumpa doktor sekiranya kamu mempunyai simptom-simptom ini.


3) Pengambilan Kafein

Kafein membantu kamu untuk segar dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila kamu mengambil dos yang tidak keterlaluan. Tetapi, sekiranya kamu mengambil terlalu banyak kafein dalam sehari, ia akan menyebabkan kadar degupan jantung kamu bertambah laju dan menyebabkan tekanan darah meningkat serta bada menjadi cepat letih.


4) Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Sebenarnya tekanan bukan sekadar emosi sahaja tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal. Lemah, sakit kepala dan hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

Lakukan perkara-perkara yang dapat mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada Tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan juga, sebaiknya kamu mendapatkan nasihat daripada pakar psikiatri.

5) Tidak Cukup Tenaga

Makan terlalu sedikit akan menyebabkan badan kamu menjadi lemah. Sebenarnya pemakanan yang seimbang dapat membantu kamu untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras gukosa menjadi rendah, kamu akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Oleh itu, ambillah sarapan yang ringkas setiap hari supaya tenaga kamu dapat dibekalkan di waktu pagi kerana pada waktu ini badan kamu sangat memerlukan tenaga yang tinggi.

6) Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan kamu kurang minum air. sama ada kamu melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan sangatlah memerlukan air. Apabila kamu berasa dahaga itu bermakna kamu sedang didehidrasi. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan liter sehari untuk memberi tenaga dan mengurangkan dehidrasi sepanjang hari.

Read More

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

Leave a Comment

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian


Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

1)Tititskan sedikit cuka ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan untuk beberapa minit kemudian gosok-gosok dengan jari di atas kesan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi kesan dakwat. Selepas itu cuci pakaian tersebut seperti biasa.

2) Campurkan sedikit garam halus dan beberapa titis jus limau nipis ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan beberapa minit sebelum anda gosokkan dengan jari ke atas kesan dakwat. Ulangi beberapa kali untuk menghilangkan kesemua kesan dakwat. Kemudian barulah cuci pakaian tersebut seperti biasa.

3) Ambil sedikit susu tepung dan bancuh dengan air. Sapukan bancuhan susu itu ke atas kesan dakwat dan biar sehingga kering. Selepas itu cuci pakaian tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan kesan susu.

4) Selain itu anda juga boleh sembur penyembur rambut pada kesan dakwat di pakaian anda. Biarkan kering. Kemudian ambil sebaldi air dan tuangkan beberapa titis cuka. Rendamkan pakaian tersebut untuk beberapa minit. Kemudian barulah cuci dengan air bersih.

Biarpun Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian ini nampak mudah dilakukan, tetapi harus diingatkan kemungkinan ada jenis fabrik yang tidak sesuai untuk mengunakan petua-petua ini.

Read More

Hancur Aku | OST Patahnya Sebelah Sayap

Leave a Comment
Lagu gandingan antara kumpulan Estranged dan Fazura berjudul Hancur Aku diangkat sebagai lagu tema untuk drama Patahnya Sebelah Sayap yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Info lanjut drama klik disini.

Hancur Aku | OST Patahnya Sebelah Sayap


Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura
ost : Patahnya Sebelah Sayap


LIRIK LAGU HANCUR AKU - ESTRANGED FEAT FAZURA


Apa khabar teman ?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya ?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu


Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku


Apa khabar teman ?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya ?
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku


Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku


Bila engkau tiada (bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku


Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku (hancur aku)

 
Read More

CARA MENANGANI PERASAAN CEMBURU PADA PASANGAN

Leave a Comment

CARA MENANGANI PERASAAN CEMBURU PADA PASANGAN


CARA MENANGANI PERASAAN CEMBURU PADA PASANGAN

1) Kawal penggunaan handphone. Kalau bercakap dengan pasangan seminit dua dah penat, tapi bercakap dengan orang lain sampai 15-20 min selamba saja. Dari dapur sampai bawa masuk toilet mandi, keluar toilet sambung lagi. Macam mana pasangan tak jeles? Alat komunikasi untuk mendekatkan yang jauh tapi jangan sampai menjauhkan yang dekat.

2) Sentiasa ungkapkan perkataan sayang, cinta, rindu pada pasangan dua tiga kali sehari. Peluk dan cium pasangan setap kali pergi dan balik kerja. Hantar sms ungkapan sayang setiap beberapa jam sekali supaya pasangan rasa dihargai.

3) Kenalkan pasangan pada sahabat dan rakan baik supaya mereka tahu siapa siapa pasangan anda dan kurangnya perasaan cemburu pada pasangan.

 

4) Lihat semula gambar-gambar lama bersama seperti gambar semasa bertunang, nikah, masa anak 1 dan seterusnya untuk mengembalikan nostalgia dan mengeratkan kasih sayang.

5)Tidak pilih kasih pada mertua. Sentiasa bersikap adil dan tidak membezakan antara ibu bapa sendiri dan mertua. Sentiasa menjenguk keluarga mertua.

6) Para suami tolong isteri buat kerja rumah. Suami jangan terlalu taksub dengan TV, handphone, whatsapp grup, Ringankan tulang menolong isteri sebab membantu isteri adalah sunnah Rasulullah. Rasulullah sendiri kerja teruk di luar, tapi bila balik ke rumah baginda tolong isteri bantu jaga anak, memasak dan baju koyak pun sendiri yang jahit.


7) Berhenti main game baik di handphone, gadjet mahupun ps3, ps4 once dah berkahwin sebab tak mendatangkan faedah. Lebih baik menghadap muka pasangan, makan bersama dan membantu pasangan dari bermain game.

8) Sentiasa mengajak pasangan mengikuti aktiviti kita diluar supaya pasangan tahu apa yang pasangan mereka lakukan di luar. Walaupun pasangan tidak gemar tetapi at least dia tahu apa yang kita buat.

9) Sentiasa mengawal batas pergaulan di media sosial. Janganlah memuji kecantikan dan kelebihan orang lain tetapi tidak pernah memuji pasangan sendiri.

10) Sentiasa duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati apa yang kita dan pasangan suka atau tidak. Pasangan sangat tidak suka apabila pasangan mereka berwhatsapp dan berkomunikasi dengan lelaki atau perempuan lain secara sembunyi di belakang pasangan. Elakkan CURANG!

Bila adanya pengorbanan, kesungguhan dan dan kasih sayang dari pasangan maka kuranglah perasaan cemburu pada pasangan. Cemburu itu perlu tapi jangan sampai melampaui batas.

Sumber :(DMFK INSPIRASI SINAR)
Read More

Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea

4 comments

Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea 


Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea

Baru-baru ni Reen ada terbaca komen dari kawan facebook yang mengatakan drama Patah Sebelah Sayap, jalan cerita sama seperti sebuah drama Korea iaitu Secret (2013).. Kalau nak tahu sama ada jalan cerita sama atau tidak, korang boleh lah tonton kedua-dua drama ni... Sebagai penonton, korang boleh nilai sendiri tentang drama ni.. kalau suka teruskan menonton, kalau tak suka kritik lah dengan berhemah...

 

Drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bertajuk Patahnya Sebelah Sayap akan bersiaran pada 20 September ini setiap Isnin hingga Rabu di TV3. Antara pelakon yang membintangi Aeril Zafrel sebagai Khuzairi, Izzue Islam sebagai Amzar dan Ummi Nazeera sebagai Alisha.

INFO DRAMA
Pengarah: Ayie Mustafa
Terbitan: Creative Skill Solution
Tarikh: 20 September 2016
Jumlah episod: 15
Lagu tema: Hancur - Estranged ft Fazura

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan.

Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

 

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya.

Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar

Ye Ke? Drama Patah Sebelah Sayap Menyerupai Drama Korea

Read More

9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia

Leave a Comment

9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia


9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia

9 Petanda Yang Menunjukkan Si Dia Adalah Lelaki Setia | Kesetian amat penting dalam setiap hubungan dan memang sukar untuk mengukur sejauh mana si dia setia terhadap kamu.

Cuba kamu teliti dan perhatikan perangai dan tindakan si dia dalam menjalinkan hubungan cinta bersama kamu. Adakah si dia berkelakuan seperti ini? Jika ada, maka dia merupakan seorang yang setia dan jangan lepaskan!

1. Membimbing dan melindungi

Tanda paling ketara jika kekasih kamu merupakan seorang kekasih yang setia adalah apabila si dia boleh membimbing dan melindungi kamu.

Dalam sesebuah hubungan, si dia merupakan ketua dan pemimpin. Jadi apabila bersama, si dia seharusnya membimbing kamu ke arah kebaikan demi hubungan cinta kamu dan dia.

 

2. Menghormati dan menghargai

Kamu juga perlu tahu bahawa kekasih yang setia tidak akan menjadikan temannya sebagai seorang 'orang suruhan' seolah-olah hanya dia yang berkuasa.

Si dia perlu menghargai setiap pendapat dan perbezaan yang kamu berikan. Pada masa sama, si dia juga turut menghormati dan menjaga kamu sebaik mungkin. Si dia tidak akan berkasar sama ada dari segi perbuatan atau percakapan.

3. Jujur

Si dia juga akan jujur dalam setiap tindakan dan percakapannya. Si dia akan sentiasa memberitahu kamu perkara yang sebenar kalau si dia telah melakukan kesilapan tanpa apa maksud yang negatif.

Si jejaka tidak akan selalu mencari 'approval' darimu dengan cara memberikan pujian. Sebaliknya, dia tetap akan mengkritik sekiranya kamu telah melakukan kesalahan.

Ya, memang benar. Pujian amat penting untuk menaikkan semangan tetapi kamu harus tahu bahawa kritikan juga penting untuk dijadikan kamu sebagai gadis yang lebih baik untuk masa depan kamu berdua.

4. Bersyukur

Lelaki yang setia adalah lelaki yang tahu bersyukur. Dia akan merasa puas dengan apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dicapai seterusnya menjaga apa yang telah dimilikinya.

Ini kerana si dia percaya bahawa semua yang diperolehnya itu adalah hasil uasaha kerasnya sendiri. Ini termasuklah dalam hubungan, dia akan sentiasa berusaha agar hubungan kamu terus baik dan rapat.

 5. Menepati janji

Jika sesekali dia terlambat tiba untuk janji temu, kamu cubalah untuk bertolak ansur. Akan tetapi, kamu juga perlu tahu bahawa lelaki yang setia akan tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.

Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa si dia benar-benar menghargai dan menjaga komitmen cinta yang sedia terjalin. Jika si dia terlewat, dia akan mengajak kamu berbincang dan akan berterus terang untuk mencari penyelesaian.

 

 6. Tidak memberontak dan tidak dahagakan perhatian

Lelaki yang setia tidak akan memberontak dan tidak terlalu dahagakan perhatian. Dia tidak akan meminta-minta atau mencari pujian daripada gadis lain semata-mata mahu memastikan dia cukup tampan atau selayaknya untuk menjadi teman istimewa kamu.

7. Selesa dan yakin

Lelaki yang setia akan berasa selesa dan yakin dengan kemampuan dirinya. Dia sentiasa tahu apa yang harus dilakukan ketika kamu atau si dia menghadapi masalah.

Paling penting, si dia percaya bahawa dia mampu menyelesaikan masalah tersebut.

8. Bukan jenis yang suka mencuba

Si dia punca cita rasa tersendiri dan yakin dengan apa yang dimahukan. Si dia juga bukan jenis lelaki yang suka 'cuba-cuba' dengan mengurat gadis-gadis lain.

Dia tidak akan sanggup unutk korbankan hubungannya demi orang yang baru dikenalinya. Selain itu, si dia juga yakin dengan pilihan hatinya serta tidak akan goyah dan ragu sekalipun dipuji dengan pelbagai rintangan dalam perhubungan.

9. Bijak mengawal emosi

Si dia mungkin mudah marah saat egonya tercabar. Akan tetapi, kriteria lelaki yang setia juga adalah bijak mengawal emosi serta tidak mudah melenting.

Lelaki perlu thau apakah perkataan yang harus dicakapkan ketika sedang marah, lalu mencari jalan terbaik untuk menyalurkan emosi tersebut. Ketahuilah kebanyakkan lelkai lebih suka diam dan mengalah kerana mereka tidak ingin bertengkar dengan orang paling disayangi.
Read More

Drama Akasia Cinta Masam Manis

3 comments

Drama Akasia Cinta Masam Manis 


Drama Akasia Cinta Masam Manis

SINOPSIS CINTA MASAM MANIS

Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan (Zamarul Hisham), dan Sarah (Izara Aishah) yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua.

Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Walaupun demikian, dia selesa dengan hidup menduda dan membesarkan dua orang anaknya iaitu Hanna (18 tahun) dan Hanis (12 tahun) tanpa bantuan orang lain selepas bekas isterinya meninggalkan mereka untuk pergi ke luar negara.

Ibu dan bapa Johan teringin untuk menjodohkan anak mereka dengan beberapa wanita, namun Johan langsung tidak mempunyai hati untuk berkahwin semula. Sehinggalah pada suatu hari, segalanya berubah dan hati Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah, seorang gadis jelita dan manja yang berjaya menambat hatinya.

Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna (Sweet Farhana), membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Selain itu, Hanna juga berprasangka buruk terhadap Sarah. Dia menganggap Sarah hanya mahukan harta ayahnya. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Hubungan Sarah dan Johan bukan menerima bantahan daripada Hanna sahaja, malahan, Faridah (Wan Nur Azlin) iaitu ibu kepada Sarah juga tidak berkenan dengan Johan kerana status dudanya. Faridah mahu anaknya untuk berkahwin dengan anak kepada kawan baiknya, Erman (Shah Jaszle).

Tidak lama kemudian, bekas isteri Johan, Tasha (Raja Ilya) pulang ke Malaysia dengan harapan untuk memenangi cinta Johan kembali setelah insaf dengan kesilapannya. Akan tetapi, dia amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Johan sedang menjalinkan hubungan dengan Sarah.

Tasha mendapat tahu yang Faridah tidak merestui hubungan Johan dan Sarah, lalu dia mula bersekongkol dengannya untuk memutuskan hubungan mereka. Lebih menarik lagi, anak Johan sendiri bersetuju dengan cadangan ibunya untuk memisahkan Johan dan Sarah!

Pelbagai agenda telah dirancang oleh mereka untuk memusnahkan percintaan Johan dan Sarah. Mampukah mereka berdua mengatasi segala ujian yang akan datang? Adakah Hanna akan merestui hubungan ayahnya dengan Sarah?

 

JUDUL : CINTA MASAM MANIS
EPISOD : 24 Episod
TARIKH TAYANGAN : 26 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Faridah, Mimi Ernida, Siti Chubby, Gbob, Nu'man Salleh, Erry Putra, Tash Yong, Khairuddin Ab Rahman, Cinta Diana Dargasi, Ben Amir, Danny X-Factor, Zalfa Zin

Read More

6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan

Leave a Comment

6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan

6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan


6 Cara Untuk Dapatkan Bulu Mata Yang Menawan | Memiliki bulu mata yang lebat dan panjang merupakan satu anugerah semulajadi yang membuatkan ramai tertarik terutama yang memilikinya adalah lelaki. Perempuan lebih mudah tertarik jika bulu mata tersebut panjang dan lentik kerana kebanyakkan perempuan menggunakan maskara untuk melentikkan bulu mata mereka.

Bagi kamu yang inginkan bulu mata seperti ini dan tidak tahu untuk mengguna maskara, boleh cuba enam cara mudah ini! Kamu akan dapat hasil bulu mata yang cantik dan menawan. Selamat mencuba!


Selalu Sikat Bulu Mata
- Untuk mendapat bulu mata yang lebat dan lentik, kamu harus kerap sikat dan belai bulu mata. Jangan sampai letak minyak rambut pula ye.


Sapu Vaseline
- Sebelum tidur, sapu Vaseline kerana krim ini dapat membantu bulu mata tumbuh dengan lebat dan cepat.


SweetMuslimah.com 


  Minyak Semula Jadi
- Terdapat banyak minyak semula jadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor yang mengandungi mineral dan vitamin. Untuk mendapat bulu mata yang cantik, amalkan antara minyak ini bagi membantu pertumbuhan bulu mata dengan cepat.


Sapu Vitamin E
- Selain daripada minyak semula jadi, kamu boleh cari di kedai atau klinik yang menjual vitamin E dan amalkan penggunaannya agar dapat memanjangkan bulu mata.


Makan Biotin
- Biotin atau nama pendeknya adalah Vitamin B mempunyai pelbagai khasiat yang dapat menyihatkan rambut atau bulu mata. Jika kamu ingin cuba vitamin B ini, carilah makanan seperti Avocado, keju, kobis bunga, Almond, sayuran hijau dan kacang.


Teh Hijau
- Teh hijau bukan sahaja untuk mengeluarkan toksin di dalam badan, ia dapat juga memanjangkan bulu mata. Cara penggunaannya ialah basahkan serbuk teh hijau dan letakkan pada mata. Amalkan cara ini dengan tekap sepanjang malam sebelum tidur.
Read More

Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot

Leave a Comment

Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot


Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot

Tajuk : Selamanya Cinta
Nyanyian : Alif Satar duet Shila Amzah

SweetMuslimah.com

Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

 
Read More

Sinopsis Drama / Novel Suri Hati Mr Pilot

1 comment

Sinopsis Drama / Novel Suri Hati Mr Pilot

Suri Hati Mr Pilot merupakan novel yang di adaptasi dari karya novelis Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Akan menemui penonton di Astro Ria saluran 104 & HD 123 pada bulan Oktober nanti.


Sinopsis

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang

menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus

bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”



A photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren


WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Ejaz
Neelofa sebagai Warda
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan

 
Read More

Double Storey House 20' x 70' di Kota Seriemas

Leave a Comment

Double Storey House 20' x 70' - bermula dengan harga RM380, 888


Double Storey House 20' x 70' di Kota Seriemas | Bagi sesiapa yang belum mempunyai kediaman sendiri, ini lah masanya untuk kita survey harga rumah, lokasi rumah dan pelbagai kemudahan yang di sediakan oleh pemaju.

Bagi mereka yang berminat, PNB Development Sdn Bhd telah melancarkan satu lagi produk mereka iaitu Double Storey House dengan keluasan 20' x 70' bertempat di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

Produk ini di kenali dengan nama Mawar Qaseh.


Dan bersempena dengan pelancaran itu, satu majlis pelancaran akan di adakan esok bertempat di D'Streetmall, Kota Seriemas.

Antara artis yang akan menjayakan ialah Siti Nordiana, Hazama dan Sepahtu.

Ni ada pesanan dari Siti Nordiana.

video

Aturcara Majlis Pelancaran



 Brochure Double Storey House




Pandangan dari Scale Model






Lokasi Majlis Pelancaran.


Bagi sesiapa yang tidak tahu tempat ini, follow sahaja maps di bawah ini:-



Read More

Dapatkan E-Book Yang Menarik Di Klikjer.com

Leave a Comment

Dapatkan E-Book Yang Menarik Di Klikjer.com


Dapatkan E-Book Yang Menarik Di Klikjer.com | Reen ingin kongsikan satu laman web yang korang boleh layari untuk membeli e-book yang mampu mengubah kehidupan seharian korang. Terdapat pelbagai jenis E-Book yang terdapat di laman Klikjer yang mampu membantu dan mungkin akan mengubah kehidupan kearah yang lebih baik..




Antara E-Book yang di tawarkan di klikjer ialah : (Klik Tajuk E-Book untuk maklumat lanjut)

  1. AnakPintarCerdas.com 
  2. BisnesAirBalang.com 
  3. BisnesAiskrim.com 
  4. BisnesBurger.com 
  5. BisnesFotografi.com 
  6. DekorasiBajet.com 
  7. DidikAnak.com 
  8. DuitFiverr.com 
  9. FormulaKurus.com 
  10. IGKaboom.com 
  11. IkanTilapia.com 
  12. Klikjer 
  13. PanduanDekorasi.com 
  14. PanduanMUET.com 
  15. PanduanPerakaunan 
  16. PikatLelaki.com 
  17. RahsiaKambing.com 
  18. RahsiaPenulis.com 
  19. RahsiaRezeki 
  20. RahsiaRumahLelong 
  21. RahsiaSedekah.com 
  22. RahsiaSolat.com 
  23. RahsiaTaobao.com 
  24. RahsiaTemuduga 
  25. RahsiaUnitTrust.com 
  26. RahsiaUsahawanEmas 
  27. SistemSaham.com 
  28. SuamiUnggul.com 
  29. TeknikBerenang.com 
  30. TipsKereta.com 
  31. YakjujDanMakjuj.com

Semoga E-Book yang di terbitkan boleh membantu kehidupan seharian anda.
Read More

CIMB Click Memudahkan Transaksi Online Ke Tabung Haji

Leave a Comment

CIMB Click Memudahkan Transaksi Online Ke Tabung Haji



CIMB Click Memudahkan Transaksi Online Ke Tabung Haji | Lama dah Reen tercari-cari cara nak tranfer duit dari CIMB Click ke Tabung Haji... Alhamdulillah jumpa.. Sekarang ni Reen tengah nak disiplinkan diri untuk menyimpan duit untuk Tabung Bunian.... Dan Reen jadikan Tabung Haji sebagai Tabung Bunian Reen..

Mesti ada yang tertanya-tanya APA TABUNG BUNIAN? 
- Tabung bunian merupakan simpanan wang yang kita tak akan usik. Kita simpan. simpan dan simpan je.. 
- Kena disiplin kan diri, jangan gatal-gatal nak ambil.. Kena bayangkan wang tu tak wujud.. maksud Reen kat sini.. Lepas kita simpan, buat macam tak tahu atau tak ingat yang kita ada simpan duit untuk tabung bunian..
- Amalkan penyimpanan ni tiap-tiap bulan.. Kalau ada duit lebih, boleh terus salur ke tabung bunian..
- Selain itu, sediakan tabung khas untuk wang lebihan.. contoh lepas membeli barang keperluan ada baki duit.. simpan baki duit itu dalam tabung khas, kemudian setiap hujung bulan, boleh di simpan di dalam tabung bunian..
- Untuk ibu bapa, semasa perayaan anak-anak biasanya akan memperolehi duit raya.. elok sediakan tabung bunian untuk mereka juga.. (Seawal usia 6 bulan, anak kita dah boleh buka akaun Tabung Haji..)

Di harap penerangan Reen di atas dapat membantu korang memahami apa itu tabung bunian..

k.. Reen nak tunjukkan cara traksaksi online untuk CIMB Click ke Tabung Haji... Terima kasih Kak Lynda yang sudi buat tutorial ni... 

1) Log In CIMB Click..

2) Klik PAY > BILLS


3) Di bahagian PAY BILLS.. Isi :
 FROM (Akaun bank) > CIMB Click (Taip Lembaga Tabung Haji) > SUBMIT


4) Akan keluar borang BILL IDENTIFICATION - LEMBAGA TABUNG HAJI... Isi :
BILL ACOOUNT NUMBER (No Akaun Tabung Haji) > TH ACCT HOLDER IC NUMBER (Isi Kad Pengenalan) > AMOUNT (Jumlah Duit) > BILL NICKNAME > PROCEED TO PAYMENT
- Kalau korang nak masukkan duit ke akaun mak ayah, isteri, atau anak.. masukkan detail diaorang..


5) Klik CONFIRM > Klic TAC > Masukkan Number TAC


6) Selesai...

Sangat membantu dan menjimatkan masa.. 

Read More

Kenapa Harus Bayar Lebih? Dapatkan Coupans Diskaun di Paylesser Malaysia

1 comment

Kenapa Harus Bayar Lebih? Dapatkan Coupans Diskaun di Paylesser Malaysia


Kenapa Harus Bayar Lebih? Dapatkan Coupans Diskaun di Paylesser Malaysia

Kenapa harus bayar lebih bila perbelanjaan? Di Paylesser Malaysia korang boleh berjimat ketika berbelanja... Mula-mula masuk ke laman web Paylesser ni, perkataan pertama yang keluar dari mulut Reen ialah WOW... hahaha laju je tangan scroll tengok barang-barang yang di tawaran dengan coupon diskaun...

Kenapa Harus Bayar Lebih? Dapatkan Coupans Diskaun di Paylesser Malaysia

Apa yang Reen perhatikan, di Paylesser Malaysia ni, mereka menawarkan bermacam-macam tawaran harga hebat dari Zalora, Lazada, Hermo, Agoda, Hotel.com dan lain-lain.. Dan tawaran-tawaran yang di sediakan berserta coupans diskaun dengar harga yang sangat menarik.

Kenapa Harus Bayar Lebih? Dapatkan Coupans Diskaun di Paylesser Malaysia

Salah satu rangkaian shopping online yang terdapat di Paylesser Malaysia ialah Shoppu... Juling mata bila tengok harga barang yang di tawarkan di Shoppu... Yang menariknya kita boleh membeli belah dengan coupans yang di berikan dan mendapatkan harga offer di Shoppu Voucher.. 

Kenapa Harus Bayar Lebih? Dapatkan Coupans Diskaun di Paylesser Malaysia

Lazada juga merupakan salah satu rangkaian online shopping yang terdapat di Paylesser Malaysia.. Kalau dulu Reen tahu kewujudan Paylesser Malaysia mesti syok bershopping di Lazada Malaysia tawaran membeli-belah dalam talian, mesti dapat jimatkan duit Reen.. 

Korang boleh ke laman web Paylesser Malaysia dan melihat sendiri tawaran harga hebat...

Jadi kenapa perlu bayar lebih, bila Paylesser Malaysia mampu memberi harga rendah kepada anda?

Senyum dan fikir sebelum berbelanja...





Read More

Langkah-Langkah Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

Leave a Comment
Langkah-Langkah Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir


Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga detik penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan. 


PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik. 


SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.

2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.

3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.

4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN

1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. 

2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.

3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN

1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat


SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH

1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.

2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.

3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH

1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.

2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.

3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

6. Jangan minum air banjir.


SELEPAS BANJIR

1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).

3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.

4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.


SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

1. Pakai kasut.

2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.

4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.

3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.

6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 

7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Read More

Kolaborasi Bersama The Covets - Malaysia's First Beauty Platform

1 comment

Kolaborasi Bersama The Covets - Malaysia's First Beauty Platform


Kolaborasi Bersama The Covets - Malaysia's First Beauty Platform

Kolaborasi Bersama The Covets - Malaysia's First Beauty Platform | Kecantikan memang sinonim dengan wanita... Kecantikan dan Wanita tidak dapat di pisahkan.. Dan Wanita memang mudah tertarik dengan kecantikan. Wanita memang menitikberatkan kecantikan yang ada pada diri mereka.. Cantik, bukan hanya luaran je yang perlu di beri perhatian.. dalaman juga perlu di juga di beri perhatian yang sama supaya seiring kedua-duanya.. Dan laman web The Covets - Malaysia's First Beauty Platform merupakan beauty maegazine online yang membekalkan maklumat dan panduan kecantikan kepada wanita-wanita di luar sana.

Kolaborasi Bersama The Covets - Malaysia's First Beauty Platform

Baru-baru ni The Covets telah berkolaborasi bersama 100 orang blogger dan bilangan itu mungkin akan bertambah.. Mereka ini terdiri daripada Lifestyle Blooger dan Beauty Blogger.. The Covets merupakan laman web yang menceritakan tip-tip dan kecantikan.

Bagi Reen lama web The Covets ni sangat menarik sebab sangat membantu wanita-wanita di luar sana yang ingin mengekalkan kecantikan mereka.. Antara artikel-artikel yang menarik minat Reen ialah mengenai make up, penjagaan kulit,  penjagaan rambut dan macam-macam lagi artikel yang menarik yang di kongsi.

Kolaborasi Bersama The Covets - Malaysia's First Beauty Platform

Artikel-artikel yang terdapat di dalam laman web The Covets sangatlah berguna serta membantu dan boleh di praktis dan di amalankan dalam kehidupan seharian seorang wanita. Insya Allah, tunggu pekongsian seterusnya dari Reen di masa akan datang...

Korang boleh layari laman sosial The Covets - Malaysia First Beauty Platform untuk mendapat info-info menarik di :
Website : http://www.thecovets.com/
Facebook : https://www.facebook.com/thecovets/
Instagram : https://www.instagram.com/the.covets/
Read More

TIPS MEMILIH PRODUK PENGHALAU NYAMUK

Leave a Comment

TIPS MEMILIH PRODUK PENGHALAU NYAMUK

TIPS MEMILIH PRODUK PENGHALAU NYAMUK

Terdapat banyak jenis produk yang dikatakan boleh menghalang gigitan nyamuk. Secara amnya ada dua kategori produk. Jenis yang pertama adalah losyen/cream/spray yang disapu di permukaan kulit. Jenis kedua adalah dalam bentuk alat seperti gelang atau sticker/patch yang ditampal di bahagian badan tertentu.

Produk juga bergantung kepada bahan aktif yang digunakan untuk menghalau nyamuk. Bahan aktif bagi penghalau nyamuk ini juga boleh dibahagikan kepada bahan sintetik dan bahan ekstrak tumbuhan.

Contoh bahan aktif sintetik:
1. Diethyltoluamide (DEET)
2. Picaridin
3. Ethyl butylacetylaminopropionate

Contoh bahan ekstrak tumbuhan:
1. Citronella
2. Eucalyptus
3. Peppermint

Oleh kerana terdapat puluhan produk di pasaran yang menganduni pelbagai bahan aktif dan juga formulasi, agak sukar untuk mendapatkan jawapan tentang produk mana yang paling berkesan.

Secara teorinya, produk seperti losyen dan spray yang dipakai di atas kulit akan memberikan perlindungan yang lebih berbanding produk dalam bentuk gelang dan sticker/patch. Ini disokong oleh satu kajian yang menunjukkan penggunaan gelang hanya dapat mengurangkan nyamuk hinggap di kawasan tangan dan lengan sahaja 

(1). Ini menunjukkan walaupun bahan aktif pada gelang tersebut dapat menghalau nyamuk, ia tidak cukup untuk melindungi seluruh badan. Bahan aktif juga memainkan peranan untuk perlindungan. Bahan aktif yang paling terbukti berkesan berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan adalah DEET .

(2). DEET juga telah diuji selamat dan tidak akan mendatangkan bahaya kepada pengguna sekiranya dipakai mengikut aturan. Bahan sintetik lain juga turut mempunyai bukti keberkesanan yang tinggi.

(3). Bahan ekstrak tumbuhan juga didapati berkesan untuk menghalang gigitan nyamuk. Namun begitu, akibat dari kepalbagaian bahan dan formulasi, tidak dapat dipastikan secara jelas samaada ia setanding atau tidak dengan bahan aktif sintetik lain yang dicadangkan oleh Centers for Disease Control and Prevention 

(4). Kebanyakan kajian menunjukkan formulasi yang menggunakan ekstrak tumbuhan ini hanya memberikan perlindungan sekitar 30 minit sehingga 1 jam sahaja 

(5). Namun begitu harus diingatkan bahawa tempoh perlindungan ini sangat bergantung kepada formulasi dan mungkin berbeza antara satu produk dengan yang lain walaupun mempunyai bahan aktif yang sama.

Oleh yang demikian, saranan kami adalah:

1. Pilih produk dalam bentuk losyen dan spray untuk perlindungan yang lebih tinggi. Produk dalam bentuk gelang dan sticker/patch boleh digunakan sebagai perlindungan tambahan. 
2. Sapukan losyen/spray ke bahagian kulit yang terbuka. Pastikan kulit kering dan bersih sebelum menyapu produk tersebut. 
3. Sekiranya anda luka atau mempunyai masalah kulit, elakkan dari menyapu produk di kawasan tersebut.
4. Sesetengah orang mungkin alah terhadap bahan dalam produk. Kulit mungkin terasa pedih atau gatal. Sekiranya ia berlaku, cuci dengan air yang banyak dan hentikan penggunaannya. 
5. Kebanyakan produk akan memaklumkan jangkamasa perlindungan bagi setiap kali aplikasi. Baca label produk dengan betul. Sapu semula produk sekiranya waktu perlindungan telah tamat. 
6. Gunakan produk bila perlu sahaja. Sekiranya anda sudah berada di rumah, cuci kawasan yang disapu sehingga bersih.

Suka kami ingatkan sekali lagi penggunaan produk penghalau nyamuk hanyalah tindakan sementara yang tidak dapat menyelesaikan punca masalah zika. Lungkan masa setiap hari untuk mengenalpasti dan menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan rumah.

Tiada aedes, tiada zika, tiada denggi.

Sumber :
Fahmi Hassan (F. H. Abad)
Pegawai Farmasi
Medical Mythbusters Malaysia
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...