Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Leave a Comment

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Sukar melakukan aktiviti harian sebab badan gemuk dan obesiti.. Apa yang nak di lakukan terasa sangat terbatas.. huhuhu... Terasa tua dari usia! Semua sakit. Nak duduk sakit. Nak bangun sakit. Nak berjalan sakit. Nak solat sakit. Nak exercise lagi la sakit. Aduh... 

Sampai satu tahap kita rasa give up nak turun kan berat badan dan kembali kepada cara hidup sebelumnya... Dah bermacam-macam cara, bermacam-macam ubat dan pelbagai produk kurus pasaran dicuba. Duit dah beribu ringgit terbang melayang. Tak menjadi juga. Ada yang turun sekejap lepas tu naik dua tiga kali ganda. huhuhu...

Semua sedia maklumkan yang Obesiti boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejaskan kesihatan. Antara penyakit yang berkait rapat dengan Obesiti ialah :
  • Diabetes (Kencing manis)
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Kolestrol Tinggi
  • Penyakit jantung koronari
  • Stroke (Angin Ahmar)
  • Batu hempedu
  • Kanser Payudara
  • Kanser Prostat
  • Kanser kolon (usus besar)
  • Masalah pernafasan (respiratori)
  • Masalah muskuloskeletal
  • Vena varikos
  • Masalah kulit
  • Osteoarthritis
  • Penyakit Alzheimer’s
  • Gout
  • Sleep Apnea
  • Infertility (Ketidaksuburan)
  • Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
  • Depressi


Penyakit ni datang bagai ribut, nak sihat kita kena rajin macam semut.. Dan pasti pengalaman Pernah Di Hina Kerana Obes masih terasa sakitnya di hati... Untuk mendapat sesuatu seperti badan yang kurus perlu ada keazaman dan usaha... Salah satu usaha alternatif yang berjaya dan di sarankan ialah Program Mudah Kurus.

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Program Mudah Kurus Merupakan Revolusi Terbaru Dalam Rawatan Obesiti iaitu Rawatan yang akan di lakukan nanti ialah hCG.


APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga. hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.



BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan. 

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.

hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.


APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.


DIET RENDAH KALORI DAN PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?

Jangan Risau. pemakanan. Semua manual dan menu akan disediakan untuk anda!

Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.

Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.


ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?

BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.


BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.

Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).


ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?

Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.


BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!

Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.


TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?

Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.


APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.


APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?

Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.

Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!


ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O & G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.


BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : 
Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!


KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?

Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!

Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah.

Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.


BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi dan kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak dan detoksifikasi.

Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.

Kuatkan semangat untuk melawan nafsu dan keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.


TRANFORMASI CLIENT MELALUI PROGRAM HCG:

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
Cikgu Azilah

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
Amy Madzlan berjaya turunkan berat dari 75kg ke 53kg

Program Mudah Kurus | Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti
En, Saiful Nizam berjaya turunkan berat dari 80.6kg ke 70.5kg


Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi :

WhatApps 017 508 4430 
Email : drmalinda@gmail.com

Read More

Manfaat Biji Selasih Untuk Kesihatan

Leave a Comment

Manfaat Biji Selasih Untuk Kesihatan


Selasih.. Masa zaman kanak-kanak dulu, Reen panggil selasih ni telur katak.. hehehe.. Dan masa tu tak pandai nak makan selasih ni sebab ingatkan telur katak.. hahaha.. Zaman kanak-kanak yang menyeronokkan bila di ingat... 

Seiring dengan peningkatan usia dan bila mengetahui manfaat selasih ni. Selasih menjadi salah satu makanan kegemaran Reen.. 

Selain daripada penyejuk badan ketika musim panas. Manfaat Biji Selasih Untuk Kesihatan ialah :

1. Meningkatkan sistem imutasi.
Selasih juga efektif dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, hal ini kerana kandungan vitamin C dan antioksidan yang ada didalamnya.

2. Dapat menyembuhkan sembelit dan juga perut kembung
Biji selasi membantu menyembuhkan masalah pencernaan iaitu seperti perut kembung, kram perut, berak tidak teratur serta sembelit.

3. Biji selasih mampu sembuhkan batuk 
Biji selasih memiliki antispasmodik yang berguna dalam membantu menyembuhkan batuk. Biji ini sering digunakan untuk menghilangkan batuk. Caranya yaitu, secangkir teh yang dicampur dengan biji selasih.

4. Mampu meredakan stres
Biji selasih memiliki kesan untuk menenangkan dan bisa memperbaiki suasana hati, ia mampu menyembuhkan kelelahan, syaraf tegang, migrain, dan depresi. Biji bunga kemangi yang satu ini sering digunakan sebagai bahan aromaterapi.

5. Meredakan gangguan pada pernafasan
Teh Halia yang telah dicampur dengan biji selasih serta madu, ia bisa digunakan untuk mengatasi gangguan saluran pernafasan seperti penyakit asma dan bronkitis. Caranya yaitu dengan merebus kedua bahan tersebut bersama segelas air dalam beberapa minit. Setelah dingin, kita saring airnya. Kemudian tambahkan madu secukupnya.

6. Menyembuhkan luka serta infeksi pada kulit
Minyaksemulajadi yang terdapat dalam ekstrak biji selasih bisa digunakan dalam membantu proses penyembuhkan infeksi kulit dan luka di tubuh.

7. Menurunkan kadar gula dalam darah
Menurut sutter gould medical foundation, kemampuan biji selasih untuk membantu menormalkan kadar gula darah. Selain itu, selasih juyga efektif dalam mengontrol gairah makan.

8. Mampu menguatkan tulang
Tanaman yang satu ini memiliki anti inflamasi yang membantu menyembuhkan sakit arthritis. kalsium yang dimiliknya berkegunaan untuk meningkatkan kepistiadatan tulang, serta mencegah tulang keropos (osteoporosis).
Read More

Pengguna Android Kini Boleh Buat Panggilan Whatsapp Video Call

2 comments

Pengguna Android Kini Boleh Buat Panggilan Whatsapp Video Call


Pengguna Android Kini Boleh Buat Panggilan Whatsapp Video Call

Beberapa hari ni, tengah trending tentang Whatsapp Video Call.. Tengok pengguna lain sibuk cuba whatsapp video call, Reen pun sibuk nak cuba.. Tapi malangnya handphone Reen belum dapat lagi nak buat panggilan Whatsapp Video Call walaupun dah update whatsapp.. Mungkin perlu tunggu dan update lagi, baru dapat whatsapp Video Call.. huhuhu

Sebelum ni, semua sibuk tentang whatsapp voice call... sekarang dah upgrade ke Whatsapp Video Call.. Hehehe.. Lepas ni tak dapatlah ketentong kalau buat panggilan Video ni..

Bagi pengguna yang berjaya buat Whatsapp Video Call, Tahniah... dan yang belum dapat buat Whatsapp Video Call.. bersabar dan teruska update Whatsapp korang... hehehe

Pengguna Android Kini Boleh Buat Panggilan Whatsapp Video Call

Read More

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

4 comments

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi


Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Penangan Gegar Vaganza.. hahaha.. bersungguh nak reload Njoi sebab nak layan Gegar Vaganza.. Korang ada tak mengalami kesukaran untuk mereload prabayar Njoi.. Ni kali ketiga Reen mengalami kesukaran untuk mereload prabayar Njoi... Kali pertama dulu berjaya.. Kali ke dua tak berjaya, reen call astro service dan diaorang tolong reload dan melanggang.. Kali ketiga ni.. Huhuhu.. Sekali lagi terpaksa call Astro Service... diaorang tunjuk macam mana cara nak reload..huhuhu.. Bagus jugakan dia ajar cara nak reload.. Takkan asal nak reload kena call service kan..

Huhuhu... selepas 30 minit mencuba dan 15 minit selepas terlepas siaran Gegar Vaganza baru  berjaya melanggan siaran berbayar dari Astro Njoi...


BANYAK KALI CUBA TAPI TAK BERJAYA RELOAD

Mana silapnya, ni bukan kali pertama tak berjaya reload kat prabayar njoi ni.. Rupa-rupanya silap dari talian telifon yang digunakan... huhuhu.. Untuk pengetahuan korang.. Reload Prabayar Njoi ni hanya akan berjaya dengan 3 talian sahaja iaitu DIGI, MAXIS dan CELCOM.. kalau korang guna talian lain.. Reload prabayar tak akan berjaya... huhu

Mana nak dapatkan Reload Prabayar Njoi :

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi


Cara Nak Reload Prabayar Njoi :
Untuk Mengaktifkan kad prabayar anda 
Taip 111<jarak>No IC Pendaftar Njoi<jarak>No Pin 16 Digit dan SMS ke 33310

Sekiranya korang pernah mereload dan ini merupakan kali kedua, sila guna nombor ID Njoi bukan no IC Pendaftaran Njoi... 
Contoh : Taip 111<jarak>ID  Njoi (014001499012)<jarak>No Pin 16 Digit dan SMS ke 33310

Tunggu sebentar, dan korang akan menerima mesej, RELOAD BERJAYA..

Untuk Membeli Siaran Berbayar Njoi

Ambil remote Astro dan sila ke Portal Njoi di Saluran 200. Klik Prepaid TV Channel


Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi


Pilih siaran yang korang nak langgan.. Sekarang tengah demam Gegar Vaganza.. jadi Astro Ria 104 menjadi pilihan Reen.. hehehe..

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Lepas itu korang pilih nak langgan berapa lama, 3 Hari, 7 Hari, atau 30 Hari..

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Akan keluar seperti gambar kat bawah... 
Ikut step dia Taip NJE<jarak>15 Digit Di kaca TV dan SMS ke 33888.

Dalam tempoh  5 hingga 10 minit, korang boleh menikmati siaran yang di langgan tadi..

Cara Reload Prabayar Njoi Dan Membeli Siaran Berbayar Njoi

Selamat mencuba.. Dan sekiranya korang tak berjaya selepas ikut langkah yang Reen tunjukkan.. Reen syorkan korang hubungi Astro Njoi Service di 03-95433838

MENANGI BEG LV, MACBOOK DAN iPAD hanya dengan Klik dan daftar

Read More

Legakan Kesakitan, Mujur Ada Biobax Cool Theraphy

1 comment

Legakan Kesakitan, Mujur Ada Biobax Cool Theraphy


Legakan Kesakitan, Mujur Ada Biobax Cool Theraphy

Alahai... sakit pinggang, bisa tangan dan kaki susun batu bata ni.. Bila kita tak biasa buat kerja berat macam ni memang terasa sakit-sakit badan...

Lori yang hantar bata tu, diorang longgokkan je, adui tak de kerja jadi kerja pulak... Bayangkan kena susun 3 pallets batu bata... Sakit tangan, sakit pinggang ni di buatnya... Banyak mana tenaga nak susun batu-bata tu... Bila malam, baru badan-badan ni rasa lenguh dan sakit...

Mujur ada BIOBAX COOL THERAPHY... Secara jujurnya, Biobax cool theraphy ni merupakan salah satu spray yang wajib ada di rumah... Spray di lengan, di betis, di pinggang.. Nasib baik spray, kalau tak tak tidur malam...

Reen memang syorkan Biobax Cool Theraphy ni.. antara kelebihan yang ada pada Biobax Cool Theraphy ialah :
  • Melegakan lenguh leher & sendi
  • Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
  • Tahan sehingga 5 jam
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu melegakan lenguh bahu & leher
  • Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
  • Sesuai untuk melegakan selsema & resdung
  • Tidak Panas – Ada kesan sejuk yang sangat selesa selepas dipakai.
  • Tidak Bau Ubat – Bau segar yang menenangkan fikiran.
  • Molekul Sangat Halus – Senang meresap ke dalam kulit.
  • Tidak melekit – Selesa untuk dipakai.
  • Senang digunakan – Hanya spray saja di bahagian sakit.
  • Ada kelulusan KKM – Dijamin selamat untuk digunakan. (NOT151103971K)
  • Kesan Segera – Kesan akan dirasai sepantas 60 saat saja.Biobax boleh digunakan 500 kali semburan iaitu tahan lebih 3 bulan untuk penggunaan yang konsisten 3 kali sehari..

Mana nak dapatkan spray BIOBAX COOL THERAPHY :

Reen merupakan pengguna dan penjual Biobax Cool Theraphy..
Korang boleh whatsapp Reen di 010-5255601..

Harga : RM80 (SM) dan RM85 (SS)

Legakan Kesakitan, Mujur Ada Biobax Cool Theraphy

Dan sekiranya korang ingin menjana pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan modal dan menyimpan stok iaitu DROPSHIP BIOBAX..

TAIP <DROPSHIP BIOBAX> kemudian watsapp Reen di 010-5255601...
Read More

Name Card Percuma Dari Pixajoy

1 comment

Name Card Percuma Dari Pixajoy


Name Card Percuma Dari Pixajoy

Cantik tak name card Reen.. Heheh.. ni name card pertama yang Reen buat sepanjang bergelar blogger... Name card ni Reen reka sendiri... Simple je mampu yang Reen buat.. hehehe... Untuk pengetahuan korang.. Satu set name card ni ada 100 keping... Banyak tu.. Reen buat 2 set.. Bila agaknya nak habis... 

Kali pertama Reen edit, memang give up.. asyik stuck je, sampai kena restart laptop... lepas tu hilang apa yang Reen edit... Tapi lepas tengok kawan berjaya buat.. hahaha bersemangat balik... Setiap kali edit, Reen cepat-cepat save..  Kena bertabah kalau nak tempah name card free ni...

Name Card Percuma Dari Pixajoy

Kalau korang juga berminat nak buat name card sendiri... Mula-mula masuk laman web http://www.pixajoy.com.my/...  Kemudian klik Products dan korang klik Name Card.

Name Card Percuma Dari Pixajoy

Nanti korang akan lihat Free Personalised Name Card... RM0 siapa tak nak kan.. hehehe Klik Start Now.

Name Card Percuma Dari Pixajoy

Pilih Basic je... ada dua pilihan, korang nak name card Menegak atau Melintang.. Reen buat dua-dua.. hehehe...

Name Card Percuma Dari Pixajoy

Klik Create Free.. Design ni untuk hadapan je.. bukan untuk depan dan belakang...

Name Card Percuma Dari Pixajoy

Masukkan email address... nak senang connect je dengan facebook atau akaun google... Akan keluar nanti notis 15 hari... Dalam tempoh tu korang usaha siapkan sendiri name card, mengikut kretiviti korang.. 

Hehehe. memang mencabar juga nak reka sendiri name card, walaupun rekaan tu simple.. Kalau tak siap korang boleh Edit dan Save.. sambung nanti.. Dah siap Add To Cart. Dan akhir sekali Order..

Korang cuma tanggung kos tambang je.. Bagi Reen ni kira murah sebab kebiasaannya paling murah name card yang pernah Reen jumpa RM35.. Kalau masuk tambang, korang rasa berapa dah agaknya kos? kan.. 

Cepat-cepat.. siapa cepat dia dapat.. Dalam sehari cuma 50 set card yang available... Good Luck.


MENANGI BEG LV, MACBOOK DAN iPAD hanya dengan Klik dan daftar
Read More

Online Puzzles Game Menyeronokkan

Leave a Comment

Online Puzzles Game Menyeronokkan


Puzzles!! Permainan yang menguji fikiran, minda serta ketajaman mata untuk melengkapkan sebuah puzzles... Dulu Jigsaw Puzzles ini hanya boleh didapati di kedai-kedai tapi sekarang Jigsaw Puzzles ni boleh di dapati secara online di http://www.jspuzzles.com/


Jigsaw Puzzles merupakan salah satu permainan yang Reen suka, dan permainan ini mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap kali Reen nak main, mesti adik-adik Reen join sekaki nak siapkan puzzles.

Kalau korang boring dan ada masa terluang, bolehlah korang main game online puzzles ni untuk mengisi masa lapang korang, boleh ajak adik-beradik lain main sekali... Ada bermacam-macam gambar yang menarik yang korang boleh pilih di laman web http://www.jspuzzles.com/ (Klik link ni, kalau korang nak cuba main juga)


Memandangkan Reen pecinta kucing.. Reen pilih Puzzles gambar kucing.. meow.. meow... Korang boleh pilih berapa pieces (kepingan) puzzles yang korang nak. Dari 9 pieces sehinggalah 225 pieces... Hahaha mainlah sepuas-puas hati korang...  Dan korang boleh pilih saiz puzzles, nak kecil atau besar... Memang menyeronokkan...


Reen cuba main 25 pieces je.. hahaha.. lama sangat tak main, memang ambil masa nak siap..


Hahaha.. Reen ambil masa 2 minit 53 saat untuk siapkan puzzles kucing yang comel tu..

Selesai main.. Reen tengok, mana tahu ada nama Reen termasuk dalam senarai yang pecah rekod... hampeh.. Ada lagi yang lebih terer dari Reen.. 21 saat je masa yang di ambil untuk siapkan puzzlez kucing tu..

Memang menyeronokkan.. Kalau korang nak cuba boleh layari http://www.jspuzzles.com/ dan mencuba dan merasai keseronokkan bermain JIGSAW PUZZLES
Read More

Spray8 | Spray Penjagaan Luka Semulajadi

Leave a Comment

Spray8 | Spray Penjagaan Luka Semulajadi



Spray8 | Spray Penjagaan Luka Semulajadi

Spray8!!! Apa itu Spray8? Spray8 merupakan produk semulajadi yang dirumus khas untuk penjagaan kulit. Rumusan ekstrak tumbuhan yang terdapat di dalam Sptay8 berpotensi untuk memulihkan kulit dan mengembalikan kulit yang sihat iaitu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

Spray8 ialah ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi dan ekstrak neem yang mempunyai fungsi anti-fungal, analgesik dan anti bakteria. Stray 8 terbukti berkesan untuk semua jenis luka, melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Spray8 merupakan produk kesihatan yang telah mendapat kelulusan KKM (NOT141004348K) dan mendapat pensijilan halal Malaysia. 


Selain itu, SPRAY8 mengatasi masalah-masalah:
  • Luka Diabetes
  • Luka pembedahan/Bekas jahitan/Parut lama
  • Ekzema
  • Kulit sensitif
  • Bed Sore (luka akibat lama tidak bergerak)
  • Nekrosis (sel mati)
  • Lepuh air panas
  • Varikos (biasanya di kaki disebabkan salur darah rosak)
  • Calar
  • Kulit rapuh (orang tua)
  • Ruam Lampin
  • Gatal-gatal kulit
  • Campak

Spray8 | Spray Penjagaan Luka Semulajadi

Menurut laporan kajian saintifik, komponen asasSPRAY8™ mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Produk ini mampu melegakan rasa gatal, dan mengeringkan luka.


Kelebihan Spray8 :
  • Membunuh bakteria berbahaya
  • Mengeringkan luka tanpa keretakan kulit
  • Mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  • Mengalakkan pembinaan kapilari baru
  • Pantas mengurangkan inflamasi dan kegatalan(anti histamin)
  • Menghalang pembentukan lepuh (air panas) 

Tidak Pedih, Formula penyerapan pantas



Cara Penggunaan Spray8 :
  • Bersihkan luka
  • Sembur Spray8 ke atas kulit atau luka
  • Biarkan ia meresap ke dalam kulit
  • Anggaran : 1 spray, luka sebesar 50 sen
  • Jangan di bilas atau di lap
  • Menggunakannya secara kerap

Simpan di tempat yang yang sejuk dan kering. Jauhi daripada cahaya matahari.

PERINGTAN :
Elakkan tersentuh pada mata anda dan untuk kegunaan luaran sahaja. Jauhi daripada kanak-kanak dan hentikan penggunaan jikalau terdapat kesan alahan dan dapatkan rawatan segera daripada pakar kulit.


SPRAY8 Terdapat Dalam 2 Saiz iaitu :
  • 50 ML - RM35.00 
  • 100 ML - RM50.00 

Mana nak dapatkan Spray8?
Spray8 boleh di dapati di farmasi tempatan atau dibeli secara online di laman web https://store.furleybio.com/ atau melalui Aplikasi App Store dan Google Play.

Untuk pembaca blog www.mreena.com , sekiranya korang guna coupon code yang Reen bagi ni, korang boleh jimat RM10.00... 

COUPON CODE : FBIO-6N1

Atau korang KLIK SINI untuk memudahkan korang membeli.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Read More

Puas Hati DIY Hadiah Dari printcoius.com

1 comment

Puas Hati DIY Hadiah Dari printcoius.com


Ingat tak entry Reen sebelum ni tentang printcious.com | DIY Hadiah Yang Ikhlas Dari Hati. Entry sebelum ni, Reen ada cerita yang Reen DIY sendiri Mug. Reen nak bagitahu yang Mug tu dah sampai dengan selamatnya di tangan Reen... Hahaha.. gembiranya rasa hati...


Lepas layari laman web www.printcious.my dan DIY sendiri mug hari tu, Reen tak sabar nak tunggu mug sampai kat tangan Reen.. Asal ada je abang posman datang, mesti hati mengharap Mug yang sampai.. hahahaha... tak sabar nak tengok hasil DIY sendiri... cantik ke tak.. cute ke tak...


Jeng.. jeng. jeng.. inilah hasil MUG yang Reen DIY... cantik sangat... Setiap kali guna untuk minum, senyum je tengok hasil rekaan sendiri..  Lepas ni, kalau korang nak hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk keluarga dan rakan-rakan, Reen syorkan printcious.com... 

Selain Mug yang macam Reen buat, Apa yang printcious.com tawarkan? Macam-macam yang di tawarkan, sampai korang rasa nak je DIY semua...  Antara servis  yang di tawarkan ialah : T-Shirts, Mugs, Cushions, Phone Cases, Ceramic Tiles, Puzzles, Mousepads, Mini Tees, Baby Rompers, Coasters, Button Badges. Caps, Canvas dan Bags. Semua ini, korang boleh DIY, kemudian hadiahkan kepada yang tersayang... 

Sekiranya korang mencari-cari hadiah, Reen syorkan printcious.my.. Tagline diaorang memang sesuai tau “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”... untuk yang tersayang kita pasti akan buat bersungguh-sungguh ikhlas dari hati...

Sekiranya korang berminat nak DIY sendiri Hadiah-hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan boleh layari Laman web www.printcious.com

Read More

Apa Ciri-Ciri Pasangan Yang Romantik

Leave a Comment

Apa Ciri-Ciri Pasangan Yang Romantik


Apa Ciri-Ciri Pasangan Yang Romantik

Romantik.. semua wanita ingin kan pasangan yang romantik tetapi definasi romantik bagi setiap orang tak sama.. Ada yang kata romantik tu bila pasangan memberi hadiah dan bunga, ada yang kata bila pasangan bawa makan malam yang romantik, ada yang kata pasangan yang kelakar itu romantik dan ada yang kata apa saja yang pasangan kita lakukan memang romantik...

Ada pasangan suka menunjukkan sikap romantik yang berlebihan dan apa pasangan suka sikap romantik yang bersederhanaan.. 

Hmmm.. lain orang lain pandangannya kan...

 

Antara ciri-ciri romantik yang harus kamu ketahui:

Berikan Kejutan Kepada Si Dia
  • Wanita sebenarnya suka akan kejutan. Berikanlah mereka dengan kejutan sekali sekala. Jangan sering melakukan kejutan kepada mereka. Ia akan membuat mereka lali dengan setiap kali kamu lakukan.
  • Kejutan yang kamu boleh lakukan untuk si dia, mungkin kamu boleh menunjukkan bakat terpendam kamu kepada si dia. Pastikan kejutan itu akan membuat si dia lebih ceria. Jika sebaliknya kamu harus mempunyai rancangan kedua agar tidak mengeruhkan keadaan ketika itu. Sentiasa berwaspada!


Selalu Memberi Pujian
  • Wanita suka apabila pasangan mereka memberi pujian. Pujian daripada kamu amat berbeza dengan pujian daripada teman atau orang sekelilingnya. Sesuatu yang keluar daripada mulut kamu menentukan sama ada hari dia akan menjadi lebih baik atau sebaliknya kerana ia menganggapkan kamu adalah teman istimewa dalam hidupnya. Berhati-hatilah ketika bercakap!


Pujuk Si Dia Apabila Merajuk
  • Perkara ini ramai yang memberi alasan, 'tidak tahu pujuklah', 'tak reti pujuklah'. Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya alasan seperti ini adalah tidak membantu kamu dalam menyelesaikan masalah dalam hubungan. Jika kamu tidak tahu untuk memujuk, jadi belajarlah untuk memahami apa yang si dia suka. Perkara itu boleh dijadikan sebagai pujukan kepada si dia untuk kembali ceria!
  • Jangan kamu sesekali untuk tidak memujuk dia. Ia kerana akan membuat si dia senang untuk hidup sendiri tanpa memerlukan orang lain. Jika berlaku pertelingkahan dalam hubungan, pasti akan sukar buat kamu untuk menerangkan apa perkara yang sedang berlaku ketika itu. Baginya tidak perlu untuk si dia ketahui semua itu kerana si dia sudah tahu untuk hidup sendiri. Jadi, belajar la untuk memujuk dan kamu tidak rugi apa-apa!


Membawa Ke Tempat Romantik
  • Dalam hubungan, jangan kamu sering membawa si dia ke tempat yang dia tidak suka. Bawalah dia ke tempat yang romantik seperti makan malam di sebuah restoran. Tidak perlu mahal untuk menunjukkan romantik itu, cukup sekadar suasana tenang dan tempat yang menarik sudah dapat menarik perhatian si dia terhadap kamu.
  • Jangan kamu sesekali membawa si dia ke tempat yang padat dan bising. Ia akan memberi tamparan kepada emosi si dia untuk menjadi sebaliknya. Emosi wanita senang berubah berbanding dengan lelaki. Jadi berhati-hati ketika memilih tempat dan banyakkan teroka!


Jadilah Pendengar Setia
  • Ketika si dia mengalami hari yang indah atau sebaliknya, pasti si dia akan menceritakan apa yang berlaku ketika itu. Maka, sebagai lelaki budiman dan romantik, kamu haruslah dengar cerita apa yang diceritakan itu walaupun bagi kamu ia adalah remeh atau agak membosankan. Wanita mencari pendengar cerita mereka kerana mereka hanya ingin seseorang ketahui apa yang mereka alami ketika itu. Jika si dia berceritakan kepada kamu, kamu amat bertuah kerana bukan senang si dia untuk menceritkan sesuatu kepada orang lain walaupun teman baik sendiri!


Jadilah Seorang Yang Menghiburkan

  • Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak kamu ataupun cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar dengan kamu. Ia akan membuat si dia lebih aktif dan suka keluar dengan kamu. Tidak perlulah kamu sering membawa si dia ke pangung wayang atau taman tema untuk berhibur. Lama-lama ia akan menjadi bosan kepada si dia dan silap haribulan kamu turut berasa perasaan yang sama!

Read More

Menarik Sarawak | Pesta Benak Di Sri Aman

4 comments

Menarik Sarawak | Pesta Benak Di Sri Aman


Menarik Sarawak | Pesta Benak Di Sri Aman

Minggu ni Bandar Sri Aman meriah dan akan di kunjungi oleh warga luar dari Sri Aman dan Pelancong kerana adanya PESTA BENAK di SUNGAI BATANG LUPAR.


APA ITU PESTA BENAK?

Benak ialah fenomena alam yang unik dan istimewa bagi masyarakat atau penduduk Sarawak, khususnya bagi penduduk di sekitar Batang Lupar, Sri Aman. Benak sebenarnya ialah ombak muara yang merupakan ombak tinggi yang berpunca daripada pertembungan air pasang atau air pasang yang meluru ke muara sungai yang sempit dan ketinggian ombak muara bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu, cuaca dan fasa bulan.


Untuk pengetahuan korang tiga tempat lain di Sarawak yang mengalami fenomena benak selain Batang Lupar adalah Batang Sadong, Batang Samarahan dan Batang Saribas.

Benak di Batang Lupar mampu mencapai ketinggian 5.7 meter sehingga 6.0 meter yang pernah direkodkan semasa penganjuran pesta ini pada tahun 2013. Manakala pada tahun 2014, ia direkodkan 6.1 meter sehingga 6.2 meter,

Menarik Sarawak | Pesta Benak Di Sri Aman

Tapi... rancangan nak ke Sri Aman pada minggu ni terpaksa di batalkan kerana ada Majlis Tahlil keluarga yang perlu diberi keutamaan.. Tak pe, Insya Allah tahun depan moga ada rezeki dan di panjangjan usia,
Read More

Safi Shayla Pek Fleksi | Syampu Wanita Bertudung

1 comment

Safi Shayla Pek Fleksi | Syampu Wanita Bertudung


Rambut yang terselindung di sebalik tudung bukan bermaksud tidak perlu di jaga, malah bagi wanita bertudung penjagaan yang rapi amat penting dalam menjaga mahkota yang di lindungi dari pandangan bukan mahram itu.

Safi Shayla Pek Fleksi | Syampu Wanita Bertudung

Safi Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung yang memahami keperluan wanita bertudung moden memperkenalkan jenama syampu khas wanita bertudung yang di perkaya Habbatus Sauda yang merupakan solusi yang penuh inovasi iaitu PEK FLEKSI SAFI SHAYLA,

Dengan adanya Pek Fleksi Safi Shayla ni, pengguna boleh menggunakan terus atau di gunakan sebagai pek isian semula. Yang bestnya pek fleksi ni sangat jimat dan sesuai sebagai pek kembara yang mudah di bawa kemana saja.

Safi Shayla Pek Fleksi | Syampu Wanita Bertudung

Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Dan ia diambil dari perkataan "FLEKSIBEL" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan.

Safi Shaya telah melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk yang berkualiti pada harga yang mampu milik.

Dengan hanya satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakan dalam tiga keadaan yang berbeza.

Safi Shayla Pek Fleksi | Syampu Wanita Bertudung

Warna dan bentuk setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi di kekalkan sama seperti format asal Safi Shayla pam dan botol, agar dapt memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini,

Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini mesra alam kerana penggunaan plastik yang 65% lebij kurang.


Mana nak dapatkan Syampu Safi Shayla Pek Fleksi?

Produk ini boleh didapati di SELURUH MALAYSIA termasuk pasaraya-pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Read More

Rahsia Tapak Tangan

1 comment

Rahsia Tapak Tangan


Sejak dari kecil sampai dewasa ni kita suka teliti tapak tangan sendiri.. Reen sendiri pun macam tu, sampai jadi tabiat pulak, asal ada masa mesti tilik tapak tangan.. tengok uratlah, cuba ramal masa depan lah.. hahaha.. Tapi ramai yang tak tahu dari tapak tangan juga kita boleh diagnosis penyakit penyakit. 

Rahsia Tapak Tangan

Tahukah anda bahawa melalui diagnosis pada keseluruhan tangan anda, anda boleh mengenalpasti akan penyakit yang anda sedang lalui. Terdapat lima asas yang anda perlu ketahui melalui jari jemari kita iaitu jari telunjuk menunjukkan usus, jari tengah menunjukkan jantung, jari manis menunjukkan imuniti dan jari kelingking menunjukkan rahim atau tulang belakang.

Ruas Jari – Jemari
Lihat pada ruas jari jemari anda, kalau ruas jari kehitaman itu bermakna badan anda penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut juga membolehkan badan kita mendapat sembelit.

Tapak Tangan
Periksa tapak tangan masing-masing, kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin dalam badan anda.

Kerap Berpeluh
Masalah tapak tangan kerap berpeluh dan lembab menunjukkan badan anda mudah untuk diserang kanser.

Warna Ibu Jari
Jika perut ibu jari berwarna biri kehijauan bermakna seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat kehijauan dan kebiruan maknanya anda menghidapi gastrik.

Warna Urat
Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki menunjukkan seseorang itu menghadapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Jari Kelinking
Untuk wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok bermakna tempoh haid anda tidak teratur, masalah keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

Kuku
Lihat pada kuku, jika terdapat bulan sabit berwarna putih pada setiap kuku jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Sekiranya terdapat pada ibu jari sahaja, bermakna anda seorang yang sihat.
Read More

BRACE 8 SLIMMING & WHITTENING | Mudah, Kemam Je..

Leave a Comment

 BRACE 8 SLIMMING & WHITTENING | Mudah, Kemam Je..


 BRACE 8 SLIMMING & WHITTENING | Mudah, Kemam Je..

Bulat.... weehhhh.. huhuhu.. sedih bila ada yang ejak kita macam tu kan tapi tetap kena maniskan muka dan tunjuk kat orang yang ejakkan dia tak jadi kudis kat kita... Tetap juga jalankan kehidupan seharian seperti biasa.. Baru-baru ni Reen dapat satu produk yang menarik.. Di samping untuk menyelimkan badan, boleh juga memutihkan... Siapa tak nak kan? Mestilah NAK!!  BRACE 8 SLIMMING & WHITTENING | Mudah, Kemam Je..

APA ITU  BRACE 8 SLIMMING & WHITTENING?

Brace 8 Slimming & Whittening merupakan formula terbaru untuk menguruskan badan hanya dengan kemam je.. Hanya ambil satu sudu scroop atau 5 gram sehari. Kemam pada bawah lidah dan di ambil setiap malam selepas makan. Banyakkan minum air putih dan jauhi minuman kafein dan bergas.

Kandungan yang terdapat dalam Brace 8 Slimming & Whittening :

1. Collagen
· Mempercepatkan kadar penyembuhan kulit mati
· Memperbarui sel kulit
· Melembutkan kulit

2. Teh Hijau
· Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
· Anti Oksidan dan awet muda
· Merangsang penurunan dan membakar lemak secara semulajadi

3. Garcinia Combogia
· Merawat masalah perut buncit
· Menghilangkan pembentukan lemak asid (lipid synthesis)

4. Hoodia
· Memperbaiki metablisma tubuh badan
· Membantu mengawal selera makan

5. Guarana
· Sebagai suplemen untuk menu diet menurunkan berat badan.
· Meningkatkan stamina dan tenaga tubuh.
· Melancarkan sistem pencernaan

6. Aloe Vera
· Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
· Menghilangkan pigment hitam dan melicinkan kulit

Cara Penggunaan/Pemakanan :
Ambil 1 satu scoop/5gram sehari dan kemam pada bawah lidah. Paling sesuai diambil sebelum makan dan selepas makan setiap malam. Banyakkan meminum air masak atau mineral 3 liter sehari dan makan banyak buah dan sayur-sayuran. Jauihi minuman berkafein.3 in 1 atau bergas.

 BRACE 8 SLIMMING & WHITTENING | Mudah, Kemam Je..

Reen nak kongsi sesuatu yang menarik kat korang yang ingin menjana pendapatan sampingan iaitu Brace Beaute merupakan Gerbang Pusat Membeli Belah bersistem Affiliate dropship.

Brace Beautw menawarkan 4 pakej utama utk menjadi agent dropship BRACE BEAUTE dan seterusnya layak untuk mendapat bonus setiap kali belian semula atau pun bonus pengenalan produk kepada pengguna.

PRODUK-PRODUK BRACE BEAUTE

1. Freely Face Serum ( 3 botol ) = RM198
2. Diamond Firming serum ( 3 botol ) = RM198
3. Brace 8 Slimming ( 1 botol ) = RM198
4. Wonder Perfume ( 1 box ) = RM198

RM198 adalah harga yang perlu dibayar untuk berdaftar sebagai agent dropship BRACE BEAUTE. Anda boleh pilih salah satu pakej yang disediakan di atas untuk berdaftar dengan BRACE BEAUTE. Harga termasuk yuran keahlian BRACE BEAUTE.

BONUS PENGENALAN PRODUK

Sekiranya setiap agent yang berdaftar dengan BRACE BEAUTE, membuat jualan atau pun membuat belian semula mengikut pakej di atas, agent akan mendapat bonus seperti berikut:

Level 1 : RM40
Level 2 : RM15
Level 3 : RM10
Level 4 : RM5
Level 5 : RM5
Level 6 : RM5
......................
Total : RM80

Woowww.. Menarik kan?? Cuma kenalkan produk keluaran BRACE BEAUTE kepada orang ramai. Jikalau ada yang berminat anda sudah mampu mendapat keuntungan sehingga rm80 dengan stiap 1 pakej terjual.

Brace beaute memberikan anda gaji RM1500- RM3000 sebulan dengan bermodalkan serendah RM198. Untuk menjadi ahli Brace Beaute. Hanya dapatkan Brace 8 Slimming dengan harga RM198 (Harga asal RM210) dan automatik anda akan jadi ahli dropship Brace Beaute.

Sesiapa sahaja boleh berniaga online atau offline bersama Brace Beaute.

JOMM.. TUNGGU APA LAGI.

Ramai-ramai jadi Agent Affiliate Dropship Brace Beaute.


Untuk Maklumat Lebih Lanjut, Boleh Hubungi :

Encik Fattah di talian  0111 684 0717 atau facebook Zul Fattah Saleh

Atau layari : 

Facebook : Brace Beaute HQ

Read More

Cara Mudah Tanam Cili

Leave a Comment

Cara Mudah Tanam Cili

Cili merupakan penambah perasa di dalam masakan... bagi peminat makanan pedas, tanpa cili makanan yang di makan di rasakan tidak sedap dan tidak kena dengan selera mereka.. Kadang-kadang di dalam peti ais rumah memang sentiasa ada stok cili di simpan. 

Reen ingin kongsikan dengan korang cara menanam cili dengan mudah tanpa memerlukan tanah lapang. Sesiapa yang duduk di apartment boleh mempraktikkan cara menaman ni.. hanya perlu cili, tanah dan pasu..

Cara Mudah Tanam Cili


Ini Cara-cara yang sangat mudah untuk tanam cili padi. Tak perlu tanah yang luas, hanya tanam dalam pasu je dah memadai.

Ambil dua biji cili padi. (Terpulang pada jenis cili yang anda nak guna).

2. Potong cili padi di bahagian tengah. Lepas tu anda nampak biji cili di dalamnya kan?

3. Ambil biji cili ini dan taburkan di dalam pasu. Setelah dua minggu benihnya akan bercambah. Lepas anak pokok dah besar sikit lebih kurang 3 minggu, bolehlah pindahkan ke pasu lain. Sebaiknya satu anak pokok satu pasu. Mudah kan? 

4. Selamat mencuba..


Kredit Impiana.my
Read More

RAHSIA AL-FATIHAH

Leave a Comment

RAHSIA AL-FATIHAH


RAHSIA AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah memang sangat lazim di dengar. Di dalam solat, Al-Fatihah merupakan surah yang wajib di baca. Ada di antara kita hanya tahu membaca surah Al-Fatihah tanpa mengetahui kelebihan dan maksud surah ini.. Reen ingin berkongsi dan mari kita sama-sama memhayati tentang kelebihan surah Al-Fatihah .

1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.


FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH.

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Rahsia ini di kongsi seorang bapa. Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga. Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...