Menanti Janji OST Biar Aku Jadi Penunggu

2 comments

Menanti Janji OST Biar Aku Jadi Penunggu



Tajuk : Menanti Janji
Penyanyi : Ronnie Hussein
OST : Biar Aku Jadi Penunggu

Telah lamaku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang kepadaku
Walau sekadar mimpi.

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam Ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biarku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Oooooo....

Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu


Read More

Hadiah Hebat Contest #GooseySelfie Anjuran MyTOWN Shopping Centre

3 comments

Hadiah Hebat Contest #GooseySelfie Anjuran MyTOWN Shopping Centre


Hadiah Hebat Contest #GooseySelfie Anjuran MyTOWN Shopping Centre | Hai, tak lama lagi bulan Disember akan berakhir dan akan tiba tahun baru iaitu 2017. Pada awal tahun 2017, sebuah Mall baru akan di buka iaitu MyTOWN Shopping Centre yang berhubung dengan IKEA Cheras. 

Hadiah Hebat Contest #GooseySelfie Anjuran MyTOWN Shopping Centre

Lokasi MyTOWN Shopping Centre sangat strategik iaitu mengambil masa 5 minit sahaja untuk sampai dari pusat bandar Kuala Lumpur. Selain itu pengunjung juga boleh menggunakan MRT bawah tanah di Stesen Cochrane.

Semperna Pembukaan Mall ini, satu contest atau pertandingan di adakan iaitu #GooseySelfie anjuran MyTOWN Shopping Centre. Reen pun join juga contest ni, mana tahu rezeki. Korang pun join juga lah.. rugi tau tak join.

Hadiah Hebat Contest #GooseySelfie Anjuran MyTOWN Shopping Centre

Contest #GooseySelfie

Mudah je kalau korang nak join contest ni.. Korang hanya perlu selfie, kemudian submit dan share di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Berserta hashtag #gooseyselfie

Korang boleh ikut step di bawah untuk join contest ni :
  1. Klik "Join Now"
  2. Klik "Start"
  3. Kemudian Log In FACEBOOK
  4. Jawap soalan yang di berikan
  5. Upload gambar selfie menggunakan webcam/phone
  6. Tambah dan edit "Goose Element" pada gambar
  7. Submit
  8. Akhir sekali share di Facebook bersama hashtag #GooseySelfie

Contest ini akan berlangsung sehingga 15 Januari 2017.. Apa tunggu lagi, mudah je kan dan akan ada 10 pemenang mingguan.

Hadiah Hebat Contest #GooseySelfie Anjuran MyTOWN Shopping Centre

Apa tunggu lagi? Jom selfie dan join contest ini, yang menariknya Hadiah yang bernilai lebih dari RM10,000 untuk di menangi. Senang dan mudah je...

Yang mana comel, Reen sebagai Gim Goosedashian atau Agoosetina....

Jangan lupa dan untuk maklumat lanjut boleh layari :
💻 Website : http://www.mytownkl.com.my/
💻 Facebook : MyTOWN Shopping Centre
Read More

Drama Sayang Papa Saya Tak

3 comments

Drama Sayang Papa Saya Tak




Nantikan drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Diarahkan oleh Amie Maziah di bawah terbitan Suhan Movies & Trading. Membawakan gandingan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai teraju utama. Dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Aida Khalida, Wan Sharmila, Eleena Sui, Fahad Iman dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Februari tahun hadapan.


JUDUL : SAYANG PAPA SAYA TAK?
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 9 Januari 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Hanni Ramsul
PENGARAH : Amie Maziah
PENERBIT : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Hisyam Hamid, Emma Maembong, Aida Khalida, Wan Sharmila, Izara Aishah, Eleena Sui, Fahad Iman, Luqman Hafidz


WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Farish
Emma Maembong sebagai Raisya
Wan Sharmila sebagai Azyan
Izara Aishah sebagai Kasih
Eleena Sui sebagai Aleya
Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
Sweet Farhanna Qismina sebagai Fathiya



SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya. 

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.


Read More

SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU

1 comment

SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU


Drama yang akan menggantikan 7 Hari Mencintaiku ialah drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi daripada novel karya Arsha. Bakal menyaksikan gandingan mantap Ashraf Muslim dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Arahan daripada pengarah terkenal Michael Ang. Nantikan tayangannya di slot Akasia TV3 bulan Disember ini.



JUDUL : BIAR AKU JADI PENUNGGU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Arsha
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Iffat Hamani
Ashraf Muslim sebagai Afeef Adwan
Nik Adam Mika sebagai Aqil
Miera Leyana sebagai Damia Hani
Fahmy Reza sebagai Rafaal
Octovia Manrose sebagai Hayati
Shah Iskandar sebagai Fazree
Azar Azmi sebagai Afia
Mahmod Ali Bashah sebagai Dato Azman
Wilma Muhammad sebagai Datin Maimon



SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU
Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.
Read More

7 Masalah Utama Foundation Yang Tidak Di Sukai Wanita

2 comments
7 MASALAH UTAMA FOUNDATION YANG TIDAK DI SUKAI WANITA

7 Masalah Utama Foundation Yang Tidak Di Sukai Wanita

Wanita dan kecantikkan tak dapat di pisahkan.. Wanita memang mudah tertarik dengan apa sahaja kecantikan tak kira dapur cantik, bunga cantik dan lebih-lebih lagi dengan rupa yang cantik.. Salah satu alat kecantikkan yang wanita suka ialah FOUNDATION..

Tapi untuk mencari foundation yang sangat sesuai kadang-kadang memerlukan seseorang wanita tu 'try dan error' setiap foundation.. huhuhu.. untuk 'try dan error' ni kadang-kadang memakan masa dan wang..

Antara sebab sesuatu Foundation itu tidak sesuai dengan seseorang ialah :

1. Melekit | Selalunya struktur foundation agak melekit menyebabkan apabila kita memakainya berasa kurang selesa. Muka rasa tidak selesa, malah jika memakai tudung, foundation yang dipakai akan melekat di tudung anda dan mengotorkannya.

2. Mencair ketika berada di tengah panas | Kebanyakan foundation akan berubah strukturnya jika anda berada di tengah panas terik matahari. Strukturnya akan jadi cair dan melekit.

3. Berminyak | Kebanyakan foundation yang ada di pasaran sekarang adalah berminyak. Apabila memakainya, kulit wajah akan kelihatan berminyak, malah lebih teruk turut akan meninggalkan kesan minyak di kulit wajah walaupun telah dicuci.

4. Bersifat ‘Hipokrit’ | Rata-rata wanita yang memakai foundation bertujuan untuk menutup masalah kulit wajahnya. Contohnya, jeragat, jerawat dan parutnya, kulit kusam atau pelbagai masalah cela lain yang memalukannya. Namun, ‘penyamaran’ itu bersifat sementara sahaja kerana masalah tersebut tetap ada dan kelihatan semula selepas muka dicuci. Ini kerana foundation tersebut bukan bersifat merawat masalah tersebut.

5. Sukar dicuci - Tak Mesra Solat‘ | Make-up remover’ diperlukan untuk mencuci dan membersihkan foundation di wajah anda. Keadaan ini menyukarkan wanita yang ingin bersolat. Masa yang lama diperlukan untuk mencuci muka.

6. Menyebabkan muka bercapok | Rata-rata foundation sering menyebabkan muka jadi bercapok. Keadaan ini disebabkan oleh strukturnya yang longgaar akibat peluh

7. Tekstur berat dan mudah merekah | Tekstur foundation yang berat boleh menyebabknya tidak tahan lama dan akhirnya menyebabkan rekahan. Kesan ini menampakkan wajah tidak sekata. Tambahan lagi kebanyakan foundation terpaksa dilapisi pula dengan bedak compact.
Read More

Terpesona Dengan Baloon FairyLand 2016

Leave a Comment

Terpesona Dengan Baloon FairyLand 2016


Terpesona Dengan Baloon FairyLand 2016 | Minggu lepas Reen jalan-jalan ke Boulevard Shopping Mall, Kuching Sarawak... Cuti sekolah ni memang ramai ibu bapa yang bawa anak-anak jalan-jalan untuk bersuka ria sambil tu beli barangan untuk persiapan persekolahan tahun depan..


Niat tu nak cuci mata je.. dan  tak sangka pula ada pelancaran Baloon FairyLand 2016 yang  telah mencipta The Malaysia Book Of Record... Tak nak lepaskan peluang, beberapa hari selepas tu Reen datang lagi, hahaha.. Hari sebelum tu, datang cuci mata.. ni datang lagi sebab nak masuk dalam kawasan belon.. tengok dari luar je, mana puas hati kan... 😋😋



Bayaran yang di kenakan untuk masuk ke dalam Baloon FairyLand ialah RM5.. Dalam satu tiket ni, kita dapat ke dua bahagian iaitu Tingkat bawah Baloon FairyLand dan Tingkat Satu iaitu Mini Zoo.. Baloon FairyLand ni akan berlangsung sehingga 26 Disember 2016.

Jom layan gambar di Baloon FairyLand..



Aladin | Cinderella

Snow White | The Little Mermaid

Frozen 

Peter Pan


Pinocchio

Mini Zoo

Mini Zoo

Mini Zoo

Mini Zoo
Untuk warga Kuching, Sarawak.. masih ada masa lagi untuk pergi ke Boulevard Shopping Mall sebelum 26 Disember 2016 ni... Enjoy...
Read More

SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan

1 comment

SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan 

Hai.. Entry sebelum ini Reen ada ceritakan yang Lazada mengadakan jualan gempak iaitu LAZADA ONLINE REVOLUTION Dan antara banyak-banyak barang dalam kotak Box Of Joy tu, Reen paling suka Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 64GB...

SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan

Sebagai seorang blogger, kadang-kadang untuk mendapatkan sesuatu gambar yang cantik, Reen kadang-kadang ambil sesuatu gambar  sampai 10 kali.. huhu.. Sampai penuh geleri handphone dengan gambar yang sama.. Belum lagi gambar selfie, gambar jalan-jalan.. haha.. memang tak cukup memory handphone...

SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan

SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB direka khas untuk pengguna Android sama ada smartphone atau tablets. 

Comel kan... Saiz lebih kecil dari pendrive yang biasa Reen guna.. lepas tu boleh letak keychain comel-comel kat hujung tu..  Sejak ada SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB, kerja Reen jadi mudah dan senang, Reen tak perlu nak cari kabel untuk pindahkan segala gambar-gambar yang Reen nak ke komputer.. Semuanya Reen masukkan ke dalam SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB, kemudian buka di komputer je... Dan satu lagi.. Reen dapat kosongkan gelery handphone dengan senang hati sebab memory SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB, sangat besar.... hahaha...

SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan

Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB di datangi dalam kapasiti 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB.. Exclusive di Lazada, dapatkan Ultra Dual OTG Drive M3.0 dengan harga yang sangat istimewa iaitu :

16GB - RM26.50 | 32GB - RM35.00 | 64GB - 59.00 | 128GB - RM129.00

Jom rebut peluang ini.. Sangat berbaloi... (KLIK SINI)


SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan
SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan
SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB Dari Lazada Menjadi Pilihan

Untuk mengetahui lebih terperinci tentang SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 ni, boleh rujuk gambar kat atas...

Kesimpulannya, SanDisk Ultra Dual OTG Drive m3.0 64GB ni telah menjadi salah satu kesayangan Reen... sangat berguna untuk simpan semua gambar, lagu-lagu dan guna boleh simpan drama dan movie yang di download, kemudian nanti boleh duduk lepak depan tv..
Read More

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

1 comment

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W


Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam’ah
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 


Kredit :
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
Read More

Malaysia Button Badge Supplier | Liberty Printing

2 comments

Malaysia Button Badge Supplier | Liberty Printing


Malaysia Button Badge Supplier | Liberty Printing

Hai gais... I still remember last year I use Button Badge for my cousin wedding, so people can recognize we from bride family. It feel awesome, hahaha... My cousin tell me, its hard  to find button badge supplier that can design what her want.. 

Now I know one of Malaysia Button Badge Supplier and you can DIY Button Badge your own design... It feel great when you can DIY Badge like for schools, corporate events, product launches, fundraising opportunities, weddings or personalization gift ideas. You don't have to worry, cause you can order from in bulk and of course good price too. 

LIBERTY PRINTING is Malaysia Button  Badge Supplier.  You can create your own button badge.


What Is Button Badge?

Button badge can be a creative and cost-effective way to market a brand or product? As long as you know how to fully maximize the potential of it, the possibilities are endless! Here’s why:
  • Inexpensive to produce - with cost as low as RM0.40 each (included printing cost).
  • Various different types of finishing for different usage / application - magnetic to be placed on fridge, pin it on hat, turn in into a hook and many more different usages.
  • Able to reach a wider audience for a long term result - Because of the low cost to produce, businesses can produce in bulk and with its durability, it can be used for a long time.
  • Able to tailor to individual marketing needs - Can be used for brand awareness, product launch, corporate identity or personalized gift ideas.
Button badges are great for schools, corporate events, product launches, fundraising opportunities, weddings or personalization gift ideas.


More Choice, Liberty Printing offer 16 designs of Button Badge with different sizes.

Malaysia Button Badge Supplier | Liberty Printing

It great right, when you can  choose 16 ready design and order Button Badge at one place. You can save time and money. Easy right?

Malaysia Button Badge Supplier | Liberty Printing


4 reasons why you should get the button badges from Liberty Printing:

  • We offer 16 designs of Button Badge with different sizes.
  • All button badges are made of high quality metal and very durable.
  • The image / design of your choice can be printed on high quality glossy paper, no limitation of colours.
  • We offer most competitive packages for Liberty Agent.


Know more about Button Badge Production:

Malaysia Button Badge Supplier | Liberty Printing

Button Badges are produced using an easy to use button badge machine. The machine can be used for the production of various button badges, pins, keychains and fridge magnets. The investment cost for the machine and material is minimal while it can generate up to 5X profit. Ideal for any businesses such as fast print shop, event companies, gift shops, photography studios, souvenir shops to expand their product offerings.

Some inspirational usage of the button badges include a personalized fridge magnet with family photo, corporate button badge for company event, door gifts for wedding dinner, button badge with names for sales assistant in retail outlets.


Main features of Liberty Button Badge Machine:
  • Small size, light weight
  • No power supply required
  • Simple to install and operate, user-friendly
  • Fast production, high profit margin
  • Secure and durable, low failure rate
  • No maintenance required
  • Extensive application

TUTORIAL : Button Badge Making




Liberty Button Badge Package, your best choice | Starter Package from as low as RM1200

Best of quality – Liberty Button Badge Machine (body) is made by aluminum while the button badge mould is made of chrome plated steel and rust-resistant surface finishing that allows frequent usage of up to 5 to 10 years.

Starter package from as low as RM1,200, (Click here : http://www.libertyprinting.com.my/products/Button-Badge-Package.html?categoryid=116)
  • Aluminum button badge machine
  • Chrome Plated Steel button badge mould (choose from one of these sizes: 75mm, 58mm, 44mm, 32mm or 25mm)
  • Button Badge Die Cutter (worth RM400)
  • 100 pcs of high quality button badge material (metal front, plastic pin back and mylar – the clear plastic cover)
  • 100 sheets of Inkjet Paper
  • Complimentary 1-on-1 Training
  • Complimentary design template in CD format

Aside from the above mentioned, you can also enjoy 1 year warranty and technical support provided by our professional technical team.

My on DIY Button Badge...

Interested to know more about button badge printing?

Kindly email or call our sales person:

📞Contact Number: 019-9858151 (Ms. Elaine) or 019-3231515 (Mr. Steven)
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T), Malaysia Button badge supplier:
📬Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.
🕘Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)
Read More

Jadual Pembayaran BR1M 2017

2 comments

Jadual Pembayaran BR1M 2017


Jadual Pembayaran BR1M 2017

Bagi mereka yang berjaya mendapatkan BR1M pasti akan menunggu pembayaran ke dalam akaun. Pembayaran pertama akan bermula pada bulan Februari...

Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM1200 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :

  • Februari - RM400
  • Jun - RM400
  • Ogos - RM400


Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001-RM4000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM900 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :

  • Februari - RM300
  • Jun - RM300
  • Ogos - RM300


Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M RM450

  • Februari - RM450


Bagi sesiapa yang belum kemaskini BR1M boleh KLIK SINI untuk panduan..

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Kemukakan Salinan:
  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. 
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.


SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
  2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
  • Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kad Pengenalan Asal Waris

HUBUNGI

☎ Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
📞 Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716
✉ eMel : br1m@treasury.gov.my
📃Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933
📭Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara 
Kementerian Kewangan Malaysia 
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya 


NOTIS AMARAN ⚠⚠⚠⚠⚠

AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M


PERINGATAN ⚠⚠⚠⚠⚠
1. MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/

2. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
3. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

Sumber : https://ebr1m.hasil.gov.my/


p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).

Read More

Masalah 'Dagu Berlipat' Atau 'Double Chin'

1 comment

Masalah 'Dagu Berlipat' Atau 'Double Chin' 

Masalah 'Dagu Berlipat' Atau 'Double Chin'


Masalah 'dagu berlipat' atau 'double chin' sering terjadi di kalangan wanita berbeza dengan lelaki. Sesetengah wanita tidak suka apabila orang keliling menyatakan si dia memiliki dagu berlipat.

Bagi mereka, 'double chin' ini menandakan seseorang itu gemuk. Tetapi berbeza dengan lelaki, kerana kebanyakkan lelaki tidak hairan jika memiliki atau tidak.

Untuk kawalangan wanita yang ingin tahu bagaimana untuk hilangkan masalah ini, ikuti empat langkah mudah selain mengamalkan diet. Selamat mencuba!

Jangan Tidur Siang
  • Tidur siang boleh menyebabkan muka kamu menjadi sembab, wajah akan kelihatan 'bengkak' dan membuatkan kamu kelihatan berisi. Dagu akan mula berlapis jika sering tidur siang.

Urut dibahagian Wajah
  • Urut wajah setiap hari untuk mengatasi lebihan lemak di bawah dagu. Caranya, dongakkan kepala, perlahan-lahan urut bawah dagu (dari leher menghala ke dagu). Urutan yang betul boleh melancarkan perjalanan darah dan boleh jadikan dagu kamu runcing.

Pemakanan yang seimbang
  • Elakkan makanan yang berlemak yang boleh buatkan badan kamu naik. Bentuk wajah akan turut terkesan apabila berat badan kamu meningkat. Rata-rata wanita yang berbadan gempal mempunyai dagu berlapis.

Masker putih telur
  • Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya amat mudah sahaja. Sapukan wajah kamu dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tips ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu kamu akan menjadi tegang dan halus.


p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).

Read More

Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017

1 comment

Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017

Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017


Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017 dibuka 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Pembayaran pertama akan dibuat kepada yang lulus pada awal tahun 2017. Semua penerima sebelum ini wajib kemaskini, sama ada online atau dengan kaedah mengisi borang offline.

Kelayakan dan jumlah bayaran BRIM tahun ini :
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000: RM1,200
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan RM3,000 – RM4,000: RM900
  • Pembayaran kategori berpendapatan RM2,000 dan ke bawah : RM450
  • Pembayaran untuk yang Daftar E Kasih : RM1,200

Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017

Cara Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017 :

1. Lawati laman BRIM – ebr1m.hasil.gov.my dan masukkan nombor IC dan klik ‘hantar’.
2. Soalan keselamatan perlu dijawab selepas anda memasukkan nombor pengenalan.



Berwaspada ketika menjawab soalan ini, tekan ‘tukar soalan’ jikalau anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang tertera. Kesilapan menjawab soalan-soalan keselamatan ini jiakalau melebihi 3 kali, nombor IC anda akan dikunci online dan anda perlu berkunjung ke lhdn sendiri. Jadi menjawap hanyalah pada soalan yang anda yakin, dan adalah lebih baik anda tukar soalan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

3. Seterusnya mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan butiran ahli-ahli keluarga.


Di bahagian B, maklumat tanggungan perlu diisi agar melayakkan diri untuk menerima jumlah kategori keluarga.


Tahun lepas sesetengah penerima mengadu kenapa diberi jumlah bujang sedangkan status ialah berumahtangga. Salah satu sebabnya ialah mereka tinggalkan ruang tangungan menjadi kosong.

Nama akaun bank tidak boleh lain dengan nama pemohon sebab duit akan masuk jikalau nama bank dan nama penerima sama.

4. Bahagian C ialah untuk menerima skim khairat kematian. Isikan nama pewaris untuk menerima pampasan sekiranya pemohon meninggal dunia dalam masa perlindungan. Tempoh perlindungan bagi setiap tahun ialah setahun.


5. Masukkan kod anti-spam dan klik ‘hantar’


6. Selepas itu terdapat windows akaun pengesahan bahawa anda telah memberi maklumat secara jujur cuba untuk memohon atau kemaskini.


7. Sekiranya permohonan anda berjaya dihantar, anda akan menerima mesej seperti berikut :


8. Cetak untuk menyimpan sebagai backup, boleh simpan sebagai PDF kalau tiada printer di sisi.

Kepada yang ingin menerima baucher BRIM boleh hantar borang ke lhdn berdekatan. Penghantaran borang melalui emel adalah tidak sah. Emel hanyalah untuk bertanya soalan, bukannya untuk kemaskini atau permohonan.





p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI.
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...