10 Tips Menghilangkan Kulit Kepala Gatal

10 Tips Menghilangkan Kulit Kepala Gatal

10 Tips Menghilangkan Kulit Kepala Gatal


1. Minyak Tea Tree
  • Selain minyak tea tree, syampu bayi diperlukan untuk menyembuhkan gatal di kulit kepala. Campuran setengah gelas syampu bayi dan 10-20 titik minyak tea tree boleh digunakan setiap hari untuk mencuci rambut.
  • Selain untuk syampu, 2-3 titis minyak tea tree yang dicampur dengan satu sudu makan minyak sayur adalah kombinasi tepat untuk mengurut kulit kepala yang gatal.

2. Garam
  • Garam juga boleh menghilangkan gatal di kulit kepala.
  • Caranya dengan menaburkan garam di kulit kepala kemudian gosok secara halus, lalu diamkan sebentar. Selepas itu bilas dengan air hingga bersih.

3. Jus lemon
  • Dua sudu makan jus lemon adalah penyelesaian semula jadi untuk mengatasi kulit kepala yang gatal. Selepas urut pada kulit kepala, bilas dengan air.
  • Kemudian cuci lagi rambut dengan campuran segelas air dan satu sudu teh jus lemon. Aplikasikan setiap hari untuk hasil yang lebih maksimum.


4. Air Sejuk
  • Mencuci kepala dengan air panas akan membuat kulit kepala kering dan kemudian mengelupas. Dan mencuci kepala dengan air sejuk ini dapat mengembalikan kelembapan pada kulit kepala dan mengurangkan rasa gatal.


5. Cuka Sari Buah Epal
  • Cara murah dan mudah untuk menyembuhkan gatal di kulit kepala adalah dengan menyembur campuran cuka sari buah epal dan air.
  • Urut kulit kepala kemudian bungkus dengan tuala. Biarkan selama 15 minit sebelum membilas rambut hingga bersih.


6. Minyak Jojoba
  • Selain melembapkan, minyak jojoba juga mampu mengurangkan sensasi gatal di kulit kepala.
  • Cukup lakukan urutan halus di kulit kepala dengan minyak jojoba seminggu sekali. Rasa gatal akan perlahan-lahan berkurang.


7. Lidah Buaya
  • Lidah buaya adalah resipi terkini yang boleh menyembuhkan gatal di kulit kepala.
  • Ambil bahagian dalam lidah buaya yang bentuknya seperti gel dan letakkan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya hingga bersih.


8. Avokado & Pisang
  • Kulit kepala kering menimbulkan rasa gatal yang tak terhingga. Atasi dengan buah avokado dan pisang yang dicampur sekali.
  • Selepas itu, sapukan pada rambut dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Bukan cuma menyembuhkan gatal, ramuan ini juga membuat rambut semakin halus dan bersinar.


9. Air Putih
  • Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh meminum air putih minimum 8 gelas sehari.
  • Jika rutin meminum air dalam jumlah tersebut boleh menjaga rambut agar terhidrat sehingga boleh memperbaiki bahagian tubuh yang kering serta menghilangkan kulit kering yang gatal.


10. Baking Soda
  • Campuran baking soda dan air adalah bahan pertama yang boleh diaplikasikan untuk menyembuhkan rasa gatal di kulit kepala.
  • Sebelum meletakkan baking soda, kulit kepala boleh diberi minyak zaitun terlebih dahulu. Biarkan baking soda selama 10-15 minit sebelum akhirnya dibilas.
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon