7 Cara Mudah Hilangkan Eye Bag

7 Cara Mudah Hilangkan Eye Bag 

7 Cara Mudah Hilangkan Eye Bag


Lingkaran gelap di bawah mata menyebabkan wanita tampak lebih matang daripada usia. Ia juga menjadikan bahagian mata tampak kusam, lesu dan tidak menarik. Ramai wanita yang membuat rawatan khusus untuk merawat mata di spa namun tidak semuanya berkesan. Tip mengatasi lingkaran gelap yang popular dengan istilah ‘mata panda’ dalam dunia kecantikan. Jom cuba!

1. Timun Menyegarkan
  • Tidak perlu membazirkan wang membeli pelbagai produk penjagaan mata, cukup sekadar anda memanfaatkan bahan alami. Bersihkan buah timun, hiris nipis kemudian lekapkan mata mata semalaman. Keesokan pagi, bersihkan dengan air putih. Timun membantu menyegarkan kembali mata yang lesu.

2. Tomato Mencerahkan
  • Tomato mempunyai seribu satu khasiat untuk kecantikan dan kesihatan mata. Kandungan dalam sayur ini membantu mencerahkan kulit seterusnya mengatasi masalah lingkaran gelap di bawah mata. Caranya mudah, hiris tomato nipis kemudian lekapkan pada mata selama 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas wajah dengan air bersih.

3. Khasiat Kentang
  • Kentang memang enak dimakan, ia memberi nutrient yang diperlukan tubuh. Selain itu, tahukah anda kentang juga boleh merawat pelbagai masalah seperti lingkaran hitam serta tona kulit tidak sekata. Basuh kentang, buang kulitnya. Kemudian hiris nipis, lekapkan mata bahagian mata selama 10 hingga 20 minit. Khasiat yang terkandung dalam kentang akan membantu mengurangkan kesan gelap sambil mencerahkan kulit agar tampak sekata.

4. Uncang Teh 
  • Selepas membancuh air, uncang teh jangan dibuang. Sebaliknya gunakan ia untuk merawat mata. Lekapkan uncang teh pada mata selama 20 minit, kemudian bilas bersih. Sebaik-baiknya gunakan uncang teh hijau yang sangat efektif merawat masalah lingkaran gelap di bawah mata. Ia juga membantu mencerah serta menghaluskan kulit di bahagian mata di samping bertindak sebagai antistres.

5. Perahan Lemon Segar
  • Perah sebiji lemon segar, kemudian sapukan pada bahagian mata secara nipis. Lakukan petua ini setiap hari, anda pasti gembira dengan hasilnya. Sari lemon kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu menghilangkan kesan hitam dan menjadikan kulit berseri.

6. Elak Tidur Lewat
  • Lingkaran gelap di bawah mata berlaku kerana bahagian ini kurang mendapat rehat dan keletihan. Selain mengamalkan petua tradisi dan melakukan perawatan di spa, gaya hidup yang baik juga sangat penting. Elakkan tidur lewat dan pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi.

7. Banyakkan Minum Air Putih
  • Ramai wanita yang tidak minum air secukupnya. Lantaran tubuh dan wajah mudah menjadi lesu kerana kekurangan air. Kulit juga cenderung kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Agar wajah dan tubuh kekal segar, minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya dua liter sehari. Air putih yang mencukupi akan mengelakkan berlakunya masalah lingkaran gelap atau ‘mata panda’.

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Cik Itah
AUTHOR
Jumaat, Januari 13, 2017 10:43:00 PG delete

nice sharing. alhamdulillah sy takda masalah eye bag ni. :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon