Air Mata Menitis Ketika Menguap

Leave a Comment

Air Mata Menitis Ketika Menguap


Air Mata Menitis Ketika Menguap

Air mata tidak hanya menitis ketika anda sedang menangis, malah ketika anda menguap juga air mata akan menitis. Tahu tak kenapa air mata menitis ketika kita menguap? Sebenarnya ada penjelasan dari sudut sains mengapa anda akan mengeluarkan air mata ketika menguap.

Kenapa ini terjadi?
Perkara ini berlaku kerana adanya proses tekanan pada kelenjar air mata. Kelenjar air mata terletak di bahagian atas mata. Ketika anda sedang menguap, kelopak mata secara automatik akan menutup mata anda secara rapat hingga menyebabkan terjadinya tekanan pada otot mata anda. Air mata yang terkeluar ini pula berperanan untuk menyegarkan mata yang keletihan.

Tekanan otot di sekitar mata inilah menjadi punca air mata anda keluar walaupun anda tidak menangis. Bila semakin kerap anda menguap, maka tekanan otot menjadi semakin kuat dan menyebabkan keluarnya air mata yang berlebihan.

Kebiasaannya, menguap ini terjadi kerana anda keletihan dan sangat mengantuk ataupun merasa bosan.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...