Bagaimana Untuk Menghilangkan Migrain

Bagaimana Untuk Menghilangkan Migrain


Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu.

Bagaimana Untuk Menghilangkan Migrain

Seorang pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop telah membuat kajian dan menyatakan bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala kamu tidak akan 'berpusing' lagi.

1. Kurangkan kopi
  • Kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi punca kamu untuk mendapat sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.

2. Makan sayuran hijau dan kekacang
  • Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh kamu dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.

3. Tidur yang cukup
  • Apabila kamu kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja kamu terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan kamu tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu).

4. Minum banyak air kosong
  • Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan kamu perlu minum lebih banyak lagi.

5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
  • Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.

Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
mOoN IzzaN
AUTHOR
Selasa, Januari 17, 2017 11:25:00 PG delete

Huwaaa.. nak tinggalkan kopi tu susah sangat...

Reply
avatar
beat
AUTHOR
Selasa, Januari 17, 2017 11:26:00 PG delete

sapa kena migrain masa amik air wudhu' masukkan air dlm hidung...

Reply
avatar
Ann Ishak
AUTHOR
Selasa, Januari 17, 2017 1:47:00 PTG delete

saya rasa saya seorang yang kuat minum kopi, sebab kalau tak minum mesti pening kepala huhuhu

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon