Cara Buat Homemade Playdough

Cara Buat Homemade Playdough

Playdough.. kalau dulu zaman 90an kita di dedahkan dengan tanah liat tapi selepas itu plastisin atau lebih di kenali playdough sekarang.. tapi ramai ibu bapa risau playdough yang di jual mungkin ada yang di campur kimia.. Altenatif yang ada untuk kesihatan dan keselamatan anak-anak ialah membuat sendiri playdough..

Cara Buat Homemade Playdough

Kelebihan homemade playdough:
1. Tidak berminyak
2. Mudah ditanggalkan jika melekat kat lantai dan lain2.
3. Bahan yang selamat kalau termakan. Maklumlah budak-budak tapi jangan sengaja makan pulak.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan garam halus
1 cawan air masak
1 sudu besar minyak masak (aku guna minyak kelapa)
Pewarna makanan

Cara-cara
1. Campurkan tepung dan garam dalam satu mangkuk dan gaul rata.
2. Campurkan minyak, gaul sebati.
3 . Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga tepung menjadi doh yang tidak melekat dan selesa dipegang.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut warna yang nak digunakan. Kalau nak letak 4 warna, bahagikan tepung kepada 4 bahagian.
5. Letakkan pewarna pada doh tepung dan uli hingga warna tepung sekata.

Selamat Mencuba.
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Hamelia Hamid
AUTHOR
Rabu, Januari 11, 2017 2:45:00 PTG delete

boleh try ni, yang si adik suka sangat nak masukkan ape2 kat dalam mulut dia. hihi

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon