Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Leave a Comment

Hilangkan Jerawat Belakang Badan


Pernah tak tengok wanita yang ada jerawat di belakang badan? Macam mana nak buat? Ok, bagi yang menghadapi masalah jerawat di belakang badan, anda tidak perlu terus-terusan berasa runsing. Masih ada cara yang mudah dan murah untuk anda menghilangkan jerawat di belakang badan anda. Caranya adalah dengan membuat masker badan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat terutama membasmi jerawat yang timbul disebabkan oleh perubahan hormon.

Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Cara Hilangkan Jerawat Cara Semulajadi :

Salah satu cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan menggunakan putih telur daripada ayam kampung dan mentimun segar. Ramuan-ramuan ini mudah didapati di dalam rumah. Ikuti cara-cara di bawah:

1. Pukul putih telur sehingga berbuih dan ringan.

2. Kisar timun di dalam mesin pengisar sehingga halus.

3. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.

4. Sapu rata pada bahagian belakang badan selepas mandi dan sabun dengan menggunakan sabun anti-bakteria.

5. Biarkan sehingga masker kering selama 30 minit.

6. Setelah kering, bersihkan sisa masker dengan tuala yang dicelup air suam.

7. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil seperti yang dikehendaki.


Jom Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Mengamalkan penggunaan masker dari putih telur dan timun tidak akan berhasil andai anda sendiri gagal menerapkan gaya hidup yang sihat dan bersih. Jangan lupa amalkan juga tip seperti di bawah:

1. Kerap mandi bagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.

2. Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.

3. Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas daripada kesan peluh, kotoran dan bakteria.

4. Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar.

5. Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.

6. Apabila mencuci rambut, sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu dikhuatiri boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan anda.

7. Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada belakang badan dan punggung.

8. Pastikan juga jika anda menggunakan perapi rambut selepas bersyampu dilakukan seperti cara yang sama seperti bersyampu.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...