Inginkan Daya Ingatan Kuat, Tapi Gigi Jadi Reput Akibat Kismis. Kenapa?

1 comment

Inginkan Daya Ingatan Kuat, Tapi Gigi Jadi Reput Akibat Kismis. Kenapa?


Inginkan Daya Ingatan Kuat, Tapi Gigi Jadi Reput Akibat Kismis. Kenapa?


Waktu kamu kecil pasti sudah terbiasa dengan kismis, badam, gajus dan madu.

Ke semua makanan ini mempunyai khasiat tinggi untuk tubuh badan yang sedang membesar dan ia amat sesuai di makan oleh kanak-kanak kerana ketika itu proses tumbesaran sedang berlaku.

Kalau dulu, kismis ini sering dikaitkan untuk menguatkan daya ingatan seseorang itu agar mudah mengingati apa yang di pelajari di sekolah.

Walaupun ramai yang setuju, namun ia turut membawa kesan buruk kepada diri kita jika kerap memakan kismis dalam sehari.

Seorang doktor gigi dari Salford, England telah membuat kajian bahawa kismis mampu membuatkan gigi kamu menjadi reput.

Menurut laporan Mirror, doktor gigi tersebut merupakan ibu kepada Saara Sabir menjelaskan salah satu punca gigi reput adalah buah-buahan kering.

Untuk pengetahuan kamu, kismis bukanlah makanan yang diadun atau dimasak, tetapi ia adalah makanan yang dikategori sebagai buah-buahan kering.

Kismis bersaiz paket kecik mengandungi gula lebih kurang sebanyak lapan sudu kecil gula. Banyakkan?

Disebabkan itulah gigi kamu boleh menjadi reput walaupun mengambil masa yang panjang.

Menurut pandangan perspektif National Health Service (NHS), mereka mencadangkan pengambilan gula harian bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun ialah 5 ketul gula sahaja.

Manakala bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun ialah lebih daripada 6 ketul.

Tambah NHS lagi, kismis dan buah-buahan kering mengandungi bahan yang membolehkan gigi kamu menjadi reput.

Apabila kamu makan kismis, ia pasti akan melekit dan melekat pada gigi kamu dan ia memberi bakteria sumber gula yang berpanjangan serta menyebabkan gigi kamu reput dalam jangka masa yang panjang.

Kismis sebenarnya mengandungi gula yang tinggi walaupun ia gula yang semula jadi tetapi ia tetap tidak elok jika mengambil secara berlebihan.

Oleh itu, jika kamu fikirkan kismis baik untuk daya ingatan, fikir semula tentang gigi kamu. #IniBaruRemaja

Sumber: Mirror.uk
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. Hai reena....lama tak jln blog2. Kz baru nak suruh anak amalkan kismis. Dia tu tak suka sgt. Siksa nak habiskan sebotol. Bagi kz makanan apa pun kalau berlebihan pengambilannya ada mudaratnya kan....

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...