Khasiat Tersembunyi Air Kelapa

Leave a Comment

Khasiat Tersembunyi Air Kelapa


Khasiat Tersembunyi Air Kelapa

Sesiapa saja pasti menggemari air kelapa. Namun, air kelapa lebih popular menerusi rasanya yang ringan, mampu melegakan dahaga dan menyejukkan badan. Tetapi tidak ramai yang tahu khasiat tersembunyi air kelapa dari segi kesihatan dan kecantikan.


1. Membantu mengurangkan berat badan
  • Memandangkan air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah maka pengambilan yang banyak bukanlah satu masalah untuk anda yang mengamalkan diet. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.

2. Membantu menyihatkan kulit bermasalah
  • Bagi anda yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit. Hal ini terbukti apabila kebanyakan produk seperti krim wajah, syampu, perapi dan losen badan mengandungi ekstrak kelapa dikatakan lebih berkesan.

3. Merawat perut yang kurang selesa
  • Setiap kali anda berdepan dengan masalah perut, meminum air kelapa membantu memberi keselesaan pada perut. Air kelapa dikatakan boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.

4. Membantu mengatasi pedih hulu hati
  • Kandungan serat yang tinggi di dalam air kelapa mampu mengelak masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah 'acid reflux'.Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.

5. Tingkat hidrasi tubuh
  • Air kelapa dikatakan sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga. Ketika bersukan, tubuh badan kehilangan banyak cecair dan mineral. Air kelapa menjadi pengganti cecair yang baik kerana mengandungi 284 mg potasium dan 5 mg gula semulajadi lebih baik berbanding minuman tenaga yang biasa diambil.

6. Mengurangkan tekanan darah
  • Kandungan elektrolit yang tidak seimbang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi berbanding air kelapa yang mengandungi kandungan yang sangat mencukupi yang diperlukan oleh tubuh badan. Anda disarankan untuk mengambil air kelapa setiap permulaan hari untuk mengimbangi elektrolit.

7. Kaya dengan nutrisi
  • Berbeza dengan minuman tenaga yang terdapat di pasaran, air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Disebabkan kandungannya yang unik, air kelapa bukan saja boleh dinikmati tetapi juga boleh digunakan untuk perubatan.

8. Serasi dengan darah manusia
  • Memandangkan air kelapa merupakan isotonik kepada plasma manusia, air kelapa boleh digunakan di dalam kecemasan kerana boleh mempercepatkan penghidratan semula dalam badan. Air kelapa sering menjadi penyelamat nyawa manusia di negara dunia ketiga.

Selepas ini, anda tidak perlu lagi risau dengan mengambil kira kekerapan minum air kelapa kerana ia tidaklah memudaratkan sebaliknya mendatangkan kebaikan. Mencari air kelapa di saat cuaca sedang panas membahang pun menarik juga. Jom!
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...