Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Semasa Haid?

Larangan Memotong Kuku Dan Rambut Semasa Haid?



Saya ada mendengar ustaz memberitahu bahawa orang perempuan yang sedang haid tidak boleh memotong kuku dan rambutnya. Betulkah begitu? Bagaimana pula jika kukunya sudah terlalu panjang dan mungkin banyak kekotoran yang boleh melekat dalam kukunya? Mohon penjelasan Ustaz.

Jawapan:

Perbuatan memotong kuku dan rambut tidak memerlukan syarat khusus seperti suci dari hadath kecil atau besar. Bahkan ia adalah perbuatan yang sangat digalakkan dalam Islam atas nama menjaga kebersihan.

Secara amnya tiada larangan khusus dari Al-Quran atau Al-Hadith tentang perbuatan memotong kuku dan rambut bagi perempuan yang sedang haid. Bahkan keharusannya adalah disepakati dalam empat mazhab yang utama.

Dr. Wahbah Az-Zuhaili sendiri merakamkan dalam kitabnya yang terkenal Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu bahawa tidak makruh pun bagi seseorang yang berjunub atau dalam keadaan haid atau nifas untuk menggunting rambut dan memotong kukunya sebelum daripada suci dan mandi wajib.

Jadi, ini JELAS bahawa wanita haid BOLEH memotong kuku dan rambutnya ketika haid. Perintah menjaga kebersihan itu adalah lebih utama untuk dititikberatkan dan dijaga.

Sumber Oleh: Ustaz Khairul Anuar Basri Alhafiz (Pendakwah/ Motivator/ Penasihat Kewangan Islam)
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Rabu, Januari 18, 2017 11:16:00 PG delete

dah sahih...so lepas ni tak ragu-ragu nak potong kuku..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon