Pelbagai Menu Telur Putih

Leave a Comment

Pelbagai Menu Telur Putih


Pelbagai Menu Telur Putih

Jika anda mempunyai baki putih telur, usahlah dibuang. Selain boleh membuat pavlova, ada banyak lagi menu lebih-lebih lagi dari kategori manisan yang boleh terhasil. Bukankah membuat sendiri lebih berbaloi berbanding membeli? Suami dan anak-anak boleh juga merasa air tangan si isteri yang gigih memukul putih telur sehingga menjadi meringue ini.

Pelbagai Menu Telur Putih


PAVLOVA VOLCANO

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu cuka putih
  • 1/2 sudu biasa tepung jagung


TOPPING
  • 1 cawan (240ml) krim putar
  • 1 1/2 sudu gula
  • 1/2 ekstrak vanila
  • Buah-buahan segar atau buah-buahan dalam tin


CARA MEMBUAT:

  • Pukul putih telur sampai kembang sehingga terhasil adunan yang bertanduk. 
  • Masukkan gula dan pukul sehingga berkilat. 
  • Dengan menggunakan spatula getah, kacau adunan bersama tepung jagung dan cuka. 
  • Adunan tadi kemudian diletakkan di atas kertas minyak. 
  • Bakar selama 180 darjah celsius selama 45 minit. Sebagai topping, pukul krim putar sehingga kembang dan ringan bersama gula dan vanila. 
  • Kemudian hias di atas pavlova bersama buah-buahan kegemaran anda.


Pelbagai Menu Telur Putih


FRENCH MACARON

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 180g serbuk badam
  • 270g gula aising
  • Secubit Cream Tartar


CARA MEMBUAT:

  • Ayak serbuk badam bersama gula aising. 
  • Di mangkuk yang lain, pukul putih telur bersama cream of tartar dan gula sehingga kelihatan gebu dan bertanduk. 
  • Masukkan pewarna dan jangan putar terlalu lama. 
  • Dengan menggunakan spatula getah, kaup balik putih telur bersama serbuk badam yang diayak tadi. 
  • Apabila selesai, masukkan adunan ke dalam beg piping dan paip bentuk bulat di atas kertas pembakar di atas dulang. 
  • Rehatkan selama 45 minit. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 160 darjah celsius. Setelah disejukkan, terpulang pada anda untuk memasukkan inti perisa kegemaran


Pelbagai Menu Telur Putih


MERINGUE ALMOND COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 100gm mentega cair
  • 1/2 sudu teh ektrak vanila
  • 1 cawan hirisan badam


CARA MEMBUAT:

  • Pukul putih telur bersama gula dan vanila sehingga gebu. 
  • Masukkan tepung gandum dan emplex menggunakan spatula getah dengan cara kaup balik saja. 
  • Tuang di atas loyang dan diratakan dengan nipis. 
  • Tabur hirisan badam di atasnya. 
  • Kemudian masak selama 15 minit dengan kepanasan 170 darjah celsius. 
  • Selesai masak, terus potong masa panas-panas menggunakan roller (pemotong pizza). 
  • Apabila sejuk, ia akan mengeras seperti biskut.


TIP PUKUL TELUR PUTIHAdunan putih telur yang dipukul sehingga bertanduk bermaksud softpeak. Apabila mangkuk diterbalikkan, adunan putih telur yang dipanggil meringue ini tidak akan terjatuh. Tip untuk mendapatkan adunan softpeak ini adalah memastikan mangkuk terdiri daripada kaca dan bersih dari sebarang cecair lain.


Sumber Resepi : Keluarga.my
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...