Punca Panas Baran

Punca Panas Baran



Sesetengah individu beranggapan bahawa perasaan marah keterlaluan dan memberontak itu perkara normal.

Rasa marah akan hadir bila ada yang cuba mencucuk dan memasang jarum.

Namun, jika kamu sendiri tidak mampu nak mengawalnya bagaimana? Adakah kamu akan terus menghamburkan kemarahan tanpa kawalan langsung?

Menurut Pensyarah Universiti Harvard, Profesor Madya Rosalind Wright, Tekanan psikologi boleh merangsang beberapa gangguan biologi badan kerana ketika mara sistem dalam badan menjadi tidak seimbang dan kesannya lebih ketara di kalangan lelaki berusia.

Terdapat empat punca mengapa seseorang ini mengalami sikap panas baran.

1) PERSEKITARAN
  • Persekitaran sebenarnya memainkan peranan besar dalam membentuk jati diri seseorang. Jika didikan agama dan kerohanian kurang di titik beratkan berkemungkinan kamu akan cepat jadi nak marah.
  • Pendidikan sempurna sebernanya bermula dari rumah. Setiap contoh yang kamu ikuti berpunca daripada sifat-sifat tidak baik yang ditonjolkan oleh orang sekelilingmu.

2) TEKANAN PERASAAN
  • Balik rumah je kena marah, ibu pula asyik membebel 2 jam. Pergi kerja atau kuliah asyik kena tegur dengan bos atau pensyarah.
  • Benda ini semua secara tidak langsung memberi tekanan kepada kamu.
  • Kamu cuba untuk elak daripada memberontak tetapi tekanan yang menghimpit memecahkan benteng kesabaran kamu. Sebab itulah kamu mudah jadi panas baran.

3) PERPECAHAN KELUARGA
  • Apabila adanya penceraian di antara ibu dan bapa, keadaan akan berubah sama sekali. Kamu akan mula diabaikan.
  • Tiada lagi kasih sayang daripada ibu bapamu. Kamu mungkin terumbang ambing dalam meniti kehidupan. Keadaan ini ada kalanya membuatkan kamu hilang arah.

4) MASALAH KEWANGAN
  • Mengalami masalah kewangan ada kalanya mampu membuatkan kamu mudah jadi nak marah. Orang pinjam duit kamu tak bayar, kadang-kadang kamu kesempitan wang tapi tiada siapa yang ingin menolong. Desakan ini membuatkan kamu rasa tidak tentu arah. Kamu akan mula memberontak dan bertindak di luar jangkaan.

Jika sifat panas baran kamu masih sukar dikawal, apa kata kamu jumpa mana-mana kaunselor dan dapatkan khidmat nasihat daripada mereka. Beritahu masalah kamu. Jangan malu untuk berubah. Kamu tahukan panas baran boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar jangkaan.


Kesan Tindakan Luar Sedar!

  • Menjarakkan hubungan kekeluargaan
  • Menjejaskan emosi
  • Menjejaskan kesihatan
  • Murung
  • Melakukan penderaan
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Khamis, Januari 12, 2017 7:04:00 PTG delete

Info yg menarik dan bermanfaat.

Jom singgah n Like:

Web: www.omgmediahub.my
Pg FB : OMG Media Hub

Reply
avatar
Cik Itah
AUTHOR
Jumaat, Januari 13, 2017 9:42:00 PG delete

perkongsian yang bermanfaat.. sy adakala nya tak dapat kawal jugak..kadang sampai termaki huhuhu teruknya

follow sini.. :)

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
Rabu, Januari 18, 2017 8:27:00 PG delete

Tekanan persekitaran dan masalah kewangan antara faktor utama kes2 jenayah skrg nie. Setiap hari dalam berita mesti ada kes2 berpunca dari panas baran.

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon