Redakan Kesakitan Urat Kaki Timbul

Redakan Kesakitan Urat Kaki Timbul


Redakan Kesakitan Urat Kaki Timbul

Urat timbul tidak hanya berlaku kepada wanita hamil sebaliknya ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja seperti banyak berjalan, badan yang berat dan lain-lain faktor lagi. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah mencacatkan penampilan kaki.

Usah mengambil mudah soal ini, atasi segera masalah urat kaki timbul. Kenali punca dan amalkan tip berikut untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan urat kaki yang membuatkan ‘saham’ anda jatuh!

Tinggikan Kedudukan Kaki
  • Ketika tidur malam, tinggikan kedudukan kaki. Lapik kaki dengan bantal, ia bukan sahaja memberi keselesaan malah membantu melancarkan perjalanan darah.

Rendam Dalam Air Suam
  • Amalkan selalu petua ini, rendam kaki dalam baldi atau besen yang mengandungi air suam. Bagi mendapatkan manfaat terbaik, campurkan air suam dengan garam bukit. Rendam kaki selama 15 hingga 20 minit. Air rendaman ini dapat membantu merehatkan kaki yang letih, membuang toksin, meredakan tekanan dan membantu melancarkan perjalanan darah.

Gunakan Stoking Khas
  • Ketika tidur malam atau berada di dalam bilik penghawa dingin, gunakan stoking khas untuk melindungi kaki anda dan mengelakkan kesejukan. Stoking juga dapat mengelakkan angin memasuki tubuh. Namun jangan sesekali memakai stoking ketat.

Makan Vitamin C
  • Ambil Vitamin C sebagai suplemen harian anda. Vitamin C dikatakan amat mujarab mengatasi masalah urat timbul. Selain itu, anda digalakkan makan buah-buahan sitrus seperti limau, kasturi dan lemon.

Lakukan Senaman Ringan
  • Baik ketika duduk mahupun berdiri, anda seharusnya melakukan senaman ringan seperti regangan. Ia dapat mengelakkan darah beku, lenguh dan kekejangan otot. Senaman juga menyihatkan tubuh anda.

Elakkan Memakai Kasut Tumit Tinggi
  • Adakah anda tahu, memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa lama akan menyebabkan urat di kaki tegang dan timbul. Tumit kasut yang halus memberi bebanan kepada kaki untuk menampung berat badan. Akibatnya, kaki menjadi tegang dan urat mudah timbul.

Sapu Minyak Panas
  • Sebelum tidur malam, sapukan minyak panas atau herba pada bahagian kaki yang sakit atau urat timbul. Kombinasi herba akan membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.

Petua Tradisional
  • Belah bawang putih kepada dua bahagian kemudian, gosok perlahan-lahan pada urat yang timbul. Amalkan sehingga urat yang timbul akan beransur pulih. Tempek bahagian bermasalah dengan air asam jawa.

Lakukan Urutan
  • Urutan dapat membantu mengatasi masalah urat kaki timbul. Sebaik-baiknya, lakukan urutan refleksologi dengan tukang urut profesional. Amalkan urutan ini sebulan sekali, anda pasti gembira dengan hasilnya.

p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon