Sinopsis Drama Jejak Karmila

Sinopsis Drama Jejak Karmila


Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilkan gandingan baru Mia Ahmad, Ruhainies bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Murali Abdullah. Bakal disiarkan di TV3 pada bulan November nanti. 

Sinopsis Drama Jejak Karmila

JUDUL : JEJAK KARMILA
EPISOD : 13 episod 
TARIKH / MASA : Januari 2017
SIARAN : Slot Zehra TV3
NOVELIS : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Duerra Mitilda


WATAK PELAKON
Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila 
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Asyraf Aley sebagai Syed Haikal

Sinopsis Drama Jejak Karmila


SINOPSIS JEJAK KARMILA 

Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT. 

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain. 

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila. 

Siapakah sebenarnya Karmila? 
Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya?
Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Fhatin Amelia
AUTHOR
Ahad, Januari 08, 2017 6:58:00 PTG delete

Macam best je
mellyacrayola.blogspot.my

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon