Tanda-tanda Mengalami Kolestrol Tinggi

2 comments

Tanda-tanda Mengalami Kolestrol Tinggi


Tanda-tanda Mengalami Kolestrol Tinggi

Penjagaan kesihatan amat diperlukan oleh setiap masyarakat lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak menentu. Di sini, ingin berkongsi tanda-tanda anda mempunyai kolestrol yang tinggi. Sedikit sebanyak perkongsian ini mungkin dapat membantu anda supaya lebih menjaga diri sendiri. Jika tanda-tanda ini ada pada diri anda, sila berjumpa doktor ya.

Tanda-tanda Mengalami Kolestrol Tinggi :
  • Kaki sering rasa kebas adalah salah satu tanda kolestrol tinggi. Ia terjadi kerana darah bergumpal dan menyebabkan aliran ke kaki tidak lancar. 
  • Senak dada sebelah kiri akan terjadi apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi. 
  • Peningkat kolestrol juga menyebabkan anda mudah letih dan mengantuk. Ini kerana peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini mengakibatkan aliran darah membawak oksigen ke otak terhalang membuatkan seseorang itu cepat mengantuk.
  • Apabila pembuluh darah makin sempit, kaki akan membengkak. Kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah. 
  • Selain dari itu akan timbul bintik-bintik putih pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi. 
  • Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurang sehingga menyebabkan rasa sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher.
  • Pada tengah atau hujung kelopak mata merupakan mendapan kolestrol, ada juga yang mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut
Jika tanda-tanda di atas terdapat pada diri anda, sila jaga kesihatan atau dapatkan khidmat nasihat doktor.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. kawan saya ada tanda kat mata tu, doktor cakap kolestrol tinggi...kurus je orangnya

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...