Waktu Sesuai Gosok Gigi

2 comments

Waktu Sesuai Gosok Gigi


Waktu Sesuai Gosok Gigi

Menjaga kesihatan gigi dan mulut sememangnya penting dan seharusnya dilakukan oleh semua orang. Namun begitu ramai yang tidak tahu waktu yang tepat untuk menggosok gigi dan melakukan kesalahan semasa menggosok gigi.

Menurut sumber, Prof Melanie Sadono Djamil mengatakan waktu sesuai gosok gigi bukanlah selepas bangun tidur tetapi adalah selepas sarapan pagi dan pada waktu malam sebelum tidur.

Kebiasaan gosok gigi selepas makan juga kurang baik dan waktu yang terbaik adalah 15 – 20 minit selepas makan. Ini kerana ia memberi masa yang cukup untuk saliva membantu proses pencernaan. 

Alfa amilase dan enzim lainnya dilepaskan setelah makan, dan zat-zat kimia yang terkandung dalam pasta gigi atau ubat umur mencegah enzim-enzim bekerja untuk pembantu tahap awal pencernaan yang dilepaskan di dalam rongga mulut.

Menggosok gigi selepas makan memang baik untuk menghindari sisa makan terlekat dan sekaligus merosakkan gigi. Namun begitu, mulut perlu diberikan masa sebelum dibersihkan kerana menggosok gigi sejurus makan mampu merosakkan gigi kerana ia akan menyebabkan stuktur semulajadi saliva rosak dan mempengaruhi fungsi pencernaan. Oleh sebab itu sebaiknya tunggu 15 – 20 minit sehingga pH saliva kembali normal. 

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. gosok gigi selepas sarapan? omaigodd hahaha patutlah suami saya selalu sarapan dlu baru gosok gigi. rasa mcm selekehhh je.

    BalasPadam
  2. Tips berguna. Memang kerap gosok gigi bila rasa tak selesa.

    #blogwalking

    LiaHasty
    www.liahasty.com

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...