Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

2 comments
Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

Sarapan adalah waktu makan yang penting sebab sarapan membekalkan tenaga dan nutrisi yang tubuh anda perlukan. Ramai yang tidak mengambil sarapan kerana terlalu sibuk dan takut menjadi gemuk. Walhalnya dengan pengambil menu sarapan yang betul ia mampu menjadi anda lebih produktif dan cergas.

Namun begitu, ada beberapa menu sarapan yang sebenarnya mampu menyebabkan kita naik berat badan antaranya ialah:

1. Secangkir Kopi
  • Kopi mengandungi kafein dan dianggap sebagai menu sarapan yang tepat kerana kafein sangat berguna untuk mendorong hormone adrenal dalam tubuh. Namun begitu, dengan hanya meminum kopi sebagai menu sarapan ia bisa memperlambatkan peningkatan metabolism dalam tubuh.

2. Kuih – Muih
  • Sesetengah orang memilih untuk makan kuih – muih sebagai menu sarapan, tetapi tanpa mereka sedar, kuih sebenarnya mengandungi kandungan gula dan tepung yang akan menaikkan berat badan anda secara perlahan. 

3. Roti
  • Roti, terutamanya roti putih mengadungi kandungan tepung yang tinggi dan ia bukanlah makanan ideal untuk sarapan kerana roti mempunyai kalori serta gluten tinggi yang mampu menganggu kesihatan pencernaan sekali gus membuat berat badan anda naik.

4. Bijiran Keemasan
  • Bijiran atau pun sereal keemasan mengandungi gula buatan yang sangat tinggi. Rasanya memang enak lebih – lebih bila dimakan dengan susu namun tanpa kita sedar menu ini mampu membuat berat badan anda bertambah.

5. Nasi 
  • Sudah menjadi makanan ruji bagi orang Malaysia malah ada yang tidak selesa jika tidak mengambil nasi sehari suntuk. Nasi tidak sesuai menjadi menu sarapan kerana ia mengandungi kaborhidrat yang tinggi dan sekaligus memperlambatkan proses pencernaan. 

Semua senarai menu pagi di atas merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.. Tapi bukan sahaja sarapan pagi je punca berat badan naik tapi rutin makanan harian iaitu apa yang di makan setiap masa.. Kalau pagi dan ambil makanan berat, tengah hari dan makan malam harus kawal apa yang di makan.. 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. nice share,,,org diet kena ambik tau semua ni

    BalasPadam
  2. mulakan dengan bismillah :)
    hai kak reena done follow sini

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...