Jep Sepahtu dah Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri

1 comment

Jep Sepahtu dah Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri



Tahniah Jap dan Sari Yanti... Hari ni terkejut dengar berita Jep dah kawin.. rasanya bukan aku je terkejut tapi seluruh rakyat Malaysia dan peminat Jep dan Sari Yanti.. Alhamdulillah.. Selama ni memang ada gosip-gosip si Jep dan Sari Yanti ni.. Tapi tak sangka kan, hari ni dapat berita Jep kahwin.. Apa punm Tahinah Jep dan Sari Yanti.. Semoga Masjid yang di bina ni kekal hingga ke Jannah..


Barakallah buat kedua mempelai setelah dipermudahkan segala urusanhanya dengan sekali lafaz beserta mas kahwin bernilai RM 1000 ringgit tunai bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan , Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin atau popular dengan gelaran Jep Sepahtu kini sah bergelar suami kepada Sari Yanti Mohamad Nazari pada jam 11.50 pagi di majlis pernikahan mereka yang diadakan di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya dan majlis akad nikah ini disempurnakan oleh jurunikah iaitu Ustaz Nazmi.

Ramai sanak saudara dari kedua belah pihak serta rakan-rakan artis kedua pengantin seperti Nazim Othman, Indan Ladyana, Mark Adam, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Hattan, Alif Satar dan ramai lagi turut hadir memeriahkan lagi suasana perkahwinan mereka.

Manakala, pengapit Jep pula terdiri daripada Tauke Jambu, Mark Adam, Rahim Sepahtu, Pak Ya, Shuib, Ropi Cecupak dan juga Ebby Yus. Manakala, Elfira Loy pula turut mengiringi Sari Yanti sebagai pengapit bagi pengantin perempuan.

Kami dari Sinar fm mengucapkan tahniah kepada Jep dan Sari Yanti, semoga selamat menjalani hidup sebagai suami isteri. Mari lah kita sama-sama mendoakan semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber: Facebook Sinar FM






Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...