Langkah Berjaga-Jaga Ketika Berhadapan Anjing Liar

1 comment

Langkah Berjaga-Jaga Ketika Berhadapan Anjing Liar


Langkah Berjaga-Jaga Ketika Berhadapan Anjing Liar

Pernah tak korang terserempak dengan anjing liar kemudian di kejar anjing tersebut.. huhu.. aku pernah ada perngalaman di kejar anjing liar huhu.. rasa nak gugur jantung ni.. nasib baik masa tu, aku atas motosikal... cepat-cepat pecut motosikal tu.. masa tu aku dah terbayang yang betis kaki aku dah kena baham angin... dah terbayang yang kaki aku ada kesan gigitan anjing.. huhu.. bila di ingat balik seram rasanya...

Selepas kejadian tu, aku lebih berjaga-jaga.. Alhamdulillah ada beberapa tip yang aku ikut menjadi.. Antara tip langkah berjaga-jaga ketika berhadapan anjing liar ialah :

1) Jangan tarik perhatian anjing
  • Deria pendengaran anjing sangat peka dengan pergerakan yang laju. Jadi, untuk memastikan anjing itu rasa kurang tertarik pada anda, perlahankan pergerakan dan berjalan secara perlahan.

2) Jangan tenung mata anjing
  • Ya, jangan sesekali lakukan perbuatan ini. Sekiranya terserempak dengan anjing liar, alihkan pandangan dan pusingkan badan anda ke arah yang bertentangan dengan anjing itu.Tahu kenapa anda tidak boleh memandang mata anjing? Tenungan itu membuatkan anjing rasa terancam.

3) Buat tak endah
  • Buat tak endah , jangan keluarkan suara. Anjing tersebut akan berlalu pergi.

4) Jangan dekati anjing liar
  • Berhenti, berdiri tegak tanpa melakukan sebarang pergerakan yang membuatkan anjing rasa terancam dan berniat untuk melawan.

5) Suara lembut
  • Jangan sesekali menjerit pada anjing dan cuba untuk tenangkan keadaan dan guna suara yang lembut,

6) Sembur air
  • Pergi kemana-mana sediakan air dan sekiranya terserempak dengan anjing liar yang cuba untuk melawan anda, sembur sahaja air untuk membuatkan anjing jadi tidak agresif.


Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda diserang?
  • Sekiranya anda betul-betul diserang, jatuhkan diri ke atas tanah dan buat posisi seperti bola iaitu dengan menutup kepala anda dan kedudukan seperti bola. Pastikan anjing tidak dapat untuk menerkam dibahagian tisu lembut manusia iaitu kerongkong, muka dan juga perut.
  • Kemudian, jerit sepuas hati. Semoga tips ini dapat membantu kita untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. Saya setuju dengan tip2 yang diberikan. Sbb masa awal2 duk kat taman perumahan saya ..memang banyak anjing liar. Cara2 di atas memang dilakukan untuk hadap anjin2 ni
    .
    Blog House Husband - Kerja Dari Rumah

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...